Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG JEMAAH HAJI PILIH PJL TERBAIK PADA KARNIVAL HAJI 19 HINGGA 21 JAN DI SEPANG!



LAUNGAN
Labbaikallahumalabbaik…...’ semakin bergema dicuping telinga apabila seruan menunaikan rukun Islam ke-5 iaitu mengerjakan Haji bagi yang mampu semakin menghampiri.


Hanya lebih kurang 5 bulan lagi seramai 31,600 jemaah Haji dari Malaysia akan menunaikan Haji pada bulan Jun kelak.


Mungkinkah rezeki anda terpilih sebagai jemaah Haji 1445H dan menjadi jemaah pertama dalam penerbangan pertama yang dijangka pada 5 Mei 2024 depan?


“Nama-nama yang terpilih akan diketahui dalam masa terdekat ini,” ujar Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato' Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman ringkas pada majlis pra pelancaran Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Kali ke-2 anjuran bersama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputra Malaysia atau Bumitra Malaysia yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Turut hadir Presiden Bumitra Malaysia, Hj Harun KC Ahmmu; Ketua Bahagian Agensi Haji (TH), Hj Anuar Ahmad dan  Setiausaha Agung Kehurmat Bumitra Malaysia, Abd Rahman Mohd Ali.


Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan ke-2 berkenaan bakal berlangsung selama tiga hari bermula daripada 19 hingga 21 Januari 2024 di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC), Sepang, menghimpunkan 25 syarikat pelancongan tempatan yang telah diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk musim Haji 1445H/2024.


DARI Kiri: Hj Harun, Syed Saleh, Hj Harun dan Abd Rahman ketika menjawab pertanyaan media.

“Karnival tahun ini diadakan sebagai kesinambungan atas kejayaan penganjuran pertama pada tahun lepas di samping ingin meningkatkan kesedaran masyarakat umum kepentingan untuk memilih syarikat pengendali Haji yang menerima lesen PJH,” sambung Syed Saleh sambil mensasarkan 10,000 pengunjung bakal hadir berbanding 5,000 tahun lalu.


Menurutnya, atas permintaan ramai, karnival tahun ini diteruskan dengan pelbagai kelainan dan penambahbaikan di mana lebih 119 buah reruai disediakan bagi memberi pilihan kepada jemaah Haji atau pun yang bercadang menunaikan umrah pelancongan memilih syarikat yang menawarkan pakej terbaik untuk mereka termasuk Pakej Rahmah yang turut ditawarkan pada harga tidak lebih dari RM50,000.



"Karnival ini juga menjadi serampang dua mata iaitu selain mempromosi pakej haji, umrah dan pelancongan, ia juga menjadi salah satu platform untuk menyampaikan kepada orang ramai bahawa hanya syarikat berlesen sah sahaja yang boleh menawarkan perkhidmatan pengelolaan haji”, ujar Syed Saleh.


Sambungnya,  dengan persediaan yang rapi di samping tempoh pameran yang lebih panjang, pengisian yang padat dan menarik serta kawasan pameran yang lebih luas, karnival kali ini diharap dapat membantu jemaah haji dan umrah pelancongan membuat pilihan terbaik.


“Selain daripada penyertaan kesemua 25 syarikat PJH sebagai pempamer, kami juga berbesar hati dengan sokongan daripada syarikat-syarikat seperti Bank Islam, AMAL (Malaysia Airlines), Takaful Malaysia Berhad dan Saudi Tourism Authority yang turut menyertai karnival ini sebagai pempamer,” tambah beliau.


Berkongsi lanjut, Syed Saleh memberitahu, pelbagai aktiviti lain yang menarik turut disediakan buat para pengunjung antaranya program simulasi haji untuk kanak-kanak, persembahan daripada artis nasyid terkenal, program bual bicara, kuiz dan juga cabutan bertuah khusus untuk para pengunjung dengan tawaran hadiah yang lumayan termasuklah pakej menunaikan umrah.



Wow! Menarik ke tidak?


Pasti menarik kan?


Apa pun yang pasti dengan adanya 25 syarikat yang menyertai karnival, jemaah boleh memilih pakej mana terbaik untuk mereka.



Sementara itu,  Harun KC Ahmmu memberitahu, penganjuran karnival tahun ini yang membawa kelainan turut mempromosikan tawaran menarik untuk pakej umrah dan juga pelancongan yang disediakan oleh syarikat masing-masing.


“Bumitra Malaysia amat berterima apabila diberi peluang untuk memperkenalkan syarikat-syarikat PJH sekali gus berkongsi info kepada bakal-bakal haji secara khususnya dan kepada masyarakat secara umumnya tawaran pakej haji swasta yang ditawarkan bagi memberi lebih pilihan serta nilai tambah kepada mereka mengikut kemampuan serta tawaran pelbagai pakej umrah dan pelancongan merentasi serata negara.”. akhiri Harun.


Khas untuk bakal-bakal Haji berikut disenaraikan 25 syarikat yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji, dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) swasta:


1.    TH Travel & Services Sdn Bhd 

2.    Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd 

3.    Alif Travel & Tours Sdn Bhd 

4.    Amani Travel Sdn Bhd 

5.    Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd 

6.    Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd 

7.    Batuta Travel & Tours Sdn Bhd

8.    Citra Travel & Tours Sdn Bhd

9.    C.S. Holidays Sdn Bhd

10.  Eiman Travel & Tours Sdn Bhd

11.  Felda Travel Sdn Bhd

12.  Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd 

13. JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd

14.  Juara Travel & Tours Sdn Bhd 

15.  Kawan International Travel sdn Bhd 

16.  Kembara Umrah Sdn Bhd

17.  MIMM Travel & Tours Sdn Bhd

18.  MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd

19.  Rayhar Travels Sdn Bhd

20.  Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd

21.  TM Tours & Travel Sdn Bhd

22.  Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd

23.  Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd 

24.  Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd

25.  Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd 



Tepok dada tanya hati, semoga dipermudahkan! 


Yang penting mana-mana pun tentunya yang terbaik waima menjadi pilihan Tabung Haji


Kita merancang Allah SWT jua yang menentukan rezeki samada  sudah sampai seruan bergelar Tuan Haji atau Puan Hajah! 


Menurut kalendar / Takwim Islam yang dikemaskini oleh JAKIM, tarikh jangkaan Hari Raya Haji 2024 adalah pada 10 Zulhijjah 1445H, iaitu bersamaan dengan 17 Jun 2024.


Selamat Menunaikan Haji kepada yang terpilih semoga memperoleh Haji Mabrur!



#KarnivalHajiUmrahPelancongan #SeruanHaji #PJH #TabungHaji #Bumitra #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan