Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'CAPTAIN MILLER' FILEM TAMIL PERANGI PENJAJAH INGGERIS ALA 'MAT KILAU'


DI Malaysia
, negara boleh berbangga dengan kepahlawanan ‘Mat Kilau’ waima sebuah filem yang diinspirasikan oleh tokoh berasal Pahang itu mencipta rekod sebagai filem paling laris dan laku sehingga mencapai pungutan pecah panggung RM97 juta.


Sedar atau tidak di India juga, rakyatnya boleh berbangga dengan filem Kollywood berjudul ‘Captain Miller’ yang turut diinspirasikan daripada kisah benar  seorang anak watan Tamil menentang kekejaman British.


Semangat patriotismnya ditonjolkan dengan api kemarahan dan dendam kepada tentera British di mana beliau pernah menyertainya tetapi kemudian keluar gara-gara tidak sanggup ‘membunuh’ bangsa sendiri.


Ketika menyertai askar British itulah beliau mendapat nama “Miller” sehingga angan-angannya menjadi Kapten Miller benar-benar menjadi realiti apabila mengetuai rakyatnya menentang British sekitar tahu 1930an.



Terbitan Sathya Jyothi Films dengan kos pembikinan mencapai angka yang jauh lebih tinggi daripada filem ‘Mat Kilau’ iaitu kira-kira RM28 juta, ‘Captain Miller’ arahan Arun Mathswaran ini tidak sia sia ditonton.


Malah filem aksi epik  berbahasa Tamil ini yang diedar di lebih kurang 136 pawagam seluruh Malaysia oleh MSK Cinemas Sdn Bhd juga mencipta sejarah waima ia filem Tamil pertama ditampilkan dalam IMAX. Memang puaslah menontonnya.


Mula ditayangkan pada 12 Januari lalu di Malaysia  sempena sambutan Hari Ponggol bagi kaum India, ‘Captain Miller’ diharap dapat memikat hati penonton pelbagai kaum sekali gus menerapkan nilai patriotik dalam jiwa setiap penonton.



Sejujurnya sudah lama Kak Fas tidak menonton filem Tamil di pawagam. Terakhir menonton filem “RRR’ melalui Netflix di peti telivisyen sahaja. Memang ‘best’ filem itu.


Pendek kata, filem-filem Tamil setanding dengan filem-filem Hollywood dan tentu sekali dari segi produksi ia jauh lebih baik daripada kita.


Seperkara yang seronok menonton filem Tamil di pawagam adalah melihat reaksi penontonnya iaitu apabila hero menjelma, semua akan bertepuk dan sorak haha… 


“Anda semua tahu tak, pelakon utamanya. Dhanush atau nama sebenarnya Venkatesh Prabhu Kasthuri Raja adalah bekas menantu pelakon Tamil terkenal, Rajinikanth,” ujar Pengarah MSK CInema, Saradha Sivalingam Kalai ketika ditemui,


Turut hadir suaminya, MS Kalai yang juga pengasas bersam MSK Cinemas Sdn Bhd.



Menurut Saradha, dengan membawa empat filem Tamil di pawagam serentak  ia langkah awal tahun untuk terus memberikan pilihan kepada penonton sambil berharap mampu memancing penonton pelbagai bilang bangsa yang mendiami bumi Malaysia ini.



Enggan meletakkan sebarang sasaran daripada segi jualan tiket, Saradha berpuas hati sekiranya filem di bawah pengedarannya ini mendapat sambutan hangat waima pulang modal sekali pun namun beliau percaya penonton yang bijak menilai filem baik sekarang akan memberikan respons positif malah selama ini tidak mengecewakan harapannya sebagai pengedar filem Tamil.


Captain Miller turut dibintangi barisan bintang Tamil yang popular antaranya seperti Shiva Rajkumar (Sengolan), Priyanka Arul Mohan (Velmathi), Aditi Balan (Shakunthala), Sundeep Kishan (Rafi), Edward Sonnenblick (Andrew Wandy) dan ramai lagi.



Filem pertama daripada trilogi ini khabarnya mengikut perancangan asal diberi judul ‘D47’ sempena filem lakonan Dhanush yang ke-47) memandangkan pengarahnya Arun tertarik pada filem-filem arahan Steven Spielberg khususnya ‘Saving Private Ryan’ (1998) yang dibintangi Tom Hanks sebagai Kapten John Miller.


Bagi pandangan Kak Fas, jika korang semua dah tonton filem ‘Mat Kilau’ dan suka dengan perjuangan menentang Inggeris yang dipaparkan barangkali bole juga menonton versi ‘Captain Miller’ ini.


Dari segi sinematografi dan penggambaran memang berkualiti cuma apabila perlu membaca subtitle di bawah mungkin menggangu dan termiss sikit frame filem sehingga membuatkan anda terlepas sikit babaknya.


Jadi bila menonton ‘Captain Miller’ kena betul-betul fokus sebab ‘flashback’ dan ‘flash forwardnya pantas. 


Apa pun ini antara filem Kollywood terbaik sebagai pembuka kalendar tahun 2024.

Terngiang-ngiang dengar cogan katanya, "Killer Killer Captain Miller'...




#FilemTamil #CaptainMiller #PenjajahBritish #StevenSpielberg #MSKCinemas #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan