Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUGERAH SERI ANGKASA KEMBALI - 21 MEI


Anugerah Seri Angkasa atau pun ringkasnya ASA kembali setelah kali terakhir dianjurkan oleh RTM pada 2010.

Kak Fas pernah satu ketika dahulu menjadi juri  untuk kategori dokumentari bagi ASA sebanyak dua kali, tapi dah lupa dah tahun mana, maklumlah Kak Fas dulu pun pernah menjadi Penolong Penerbit di RTM bagi beberapa rancangan seperti Hiburan Minggu Ini, Panorama dan beberapa program lagi.

Dan selepas meninggalkan RTM, Kak Fas dijemput menyertai barisan juri. Kak Fas masih ingat lagi memerah tenaga dan masa bersama beberapa juri lain seperti Othman Hafsham ketika itu yang bertindak sebagai ketua juri bagi kategori dokumentari

Kini ASA kembali dan majlis kemuncak penganugerahan yang memartabatkan penggiat-penggiat seni industri kreatif penyiaran tanah air yang merupakan pengiktirafan RTM  itu kali ini mengambil tema 'Evolusi Tanpa Batasa' dijangka berlangsung pada 21 Mei ini di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur.



ASA 2016 tahun ini  yang turut mengiktiraf pekerja-oekerja di belakang tabir industri kreatif menyaksikan  sebanyak 38 pencalonan Kategori TV dan 19 pencalonan Kategori Radio menjadi rebutan. 

Radio Televisyen Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah membuka peluang penyertaan sehingga penghujung tahun lalu, secara dalam talian dan menerusi borang penyertaan. Sambutan luar biasa yang diterima menyebabkan pihak urusetia terpaksa melanjutkan tarikh tutup penyertaan. Antara syarat penyertaan yang perlu dipatuhi, rancangan-rancangan yang dicalonkan adalah yang pertama kali disiarkan stesen penyiaran masing- masing antara 1 September 2014 hingga 31 Ogos 2015.

Penyertaan terbuka kepada semua stesen penyiaran kerajaan dan swasta yang programnya disiarkan melalui siaran tidak berbayar (terrestrial) dan setelit. Stesen TV yang menyertai ialah RTM, Astro, Media Prima, TV Alhijrah, serta stesen-stesen radio termasuk Nasional FM, Traxx FM, Minnal FM, AiFM, Suria FM, Ikim FM, 988 FM, Best FM, Bernama Radio, dan IM4U FM.

RTM selaku urusetia ASA 2016, menerima sebanyak 756 borang pencalonan. Hanya 701 penyertaan diterima, manakala 55 lagi ditolak kerana tidak menepati syarat-syarat penyertaan antaranya; program tidak menepati syarat tarikh siaran, program yang dihantar tidak mempunyai borang pencalonan dan terdapat juga stesen TV yang menghantar pencalonan program dari siaran IPTV. Daripada 701 penyertaan, 538 pencalonan adalah daripada kategori TV manakala baki 163 pula adalah pencalonan bagi kategori radio.

ASA 2016 sekali lagi menyaksikan RTM mencatat jumlah penyertaan tertinggi. RTM menghantar 249 pencalonan bagi 38 kategori TV dan 19 kategori Radio. Astro pula menghantar 227 pencalonan, diikuti Media Prima 159 pencalonan. Manakala 14 pencalonan dihantar stesen TV Alhijrah, yang pertama kali menyertai ASA. Sebanyak 52 pencalonan diterima melalui saluran Suria FM, Ikim FM, 988 FM, Best FM, Bernama Radio, dan IM4U FM.



Antara kategori TV yang dipertandingkan dan menjadi tumpuan malam tersebut ialah Drama TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Skrip Drama Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Drama TV Terbaik, dan Hiburan TV Muzikal Terbaik. Bagi kategori Jurukamera TV Terbaik, Kru Kamera TV Terbaik, Promo TV Terbaik, Montaj TV Terbaik, Suntingan Rancangan TV Terbaik adalah antara kategori yang mengiktiraf pekerja-pekerja belakang tabir. 

Kategori TV, 'ASA 2016' menerima pencalonan terbanyak untuk kategori Drama TV Terbaik. Manakala kategori Animasi Penerbitan TV menerima pencalonan paling rendah. Dua kategori khas turut diberikan iaitu Anugerah Juri dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa.

Bagi kategori Radio, penyertaan terbanyak yang dihantar ialah bagi kategori DJ Radio Wanita Terbaik iaitu sebanyak 29 pencalonan. Terdapat juga kategori yang kurang mendapat sambutan daripada stesen radio untuk dicalonkan ke pentas ASA 2016 kali ini iaitu Buletin Berita Radio Terbaik, Liputan Berita Radio Terbaik dan Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik yang masing-masing mempunyai 4 pencalonan sahaja.

Seperti ASA yang lepas, setiap kategori yang dipertandingkan seratus peratus diadili oleh juri-juri profesional yang terdiri daripada golongan ahli akademik, ahli profesional penggiat seni dan karyawan. Ini membuktikan hanya yang terbaik akan diangkat dan dimartabatkan di ASA 2016.

ASA 2016 sekali lagi akan mencatatkan sejarah dalam industri kreatif dan penyiaran tanah air apabila acara gilang-gemilang ini akan berlangsung selama dua malam berturut-turut di Auditorium Perdana Angkasapuri. ASA pada 20 Mei 2016, akan diacarakan pengacara RTM, Terence Dass bersama Adibah Noor.

Manakala Kemuncak Seri Angkasa 2016 pada 21 Mei 2016, menggandingkan pengacara RTM, Muaz Mohamad dan Nana Mahazan. Penyampai anugerah terdiri daripada personaliti semua stesen TV dan radio terlibat.

Kedua-dua acara akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1, RTM bermula 9.00 malam. Sebelum itu pada 15 Mei 2016, akan disiarkan Debaran Anugerah Seri Angkasa 2016 pada pukul 9.30 malam menerusi TV1. 

Pada 21 Mei, kemuncak ASA 2016 akan bersiaran secara langsung melalui  Astro Ria, TonTon (Media Prima) serta Suria FM.

IMBAS KEMBALI :Tiga personaliti Tv (dari kiri) Ashwad Ismail, Pemenang Anugerah Liputan Berita Tv Terbaik, Hanim Muhili, Pemenang Anugerah Wartawan Tv terbaik dan Aminhayat Abd Rahim Pemenang bagi Pemenang Laporan Khas Berita Tv Terbaik menunjukkan trofi Anugerah Seri Angkasa yang dimenangi oleh mereka pada majlis anugerah berkenaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada tahun 2010.



Berikut adalah senarai penuh pencalonan bagi kategori TV dan Radio Anugerah Seri Angkasa 2016 :

KATEGORI TV
1. Drama TV Terbaik
2. Drama TV Bersiri Terbaik
3. Pengarah Drama TV Terbaik
4. Skrip Drama TV Terbaik
5. Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik
6. Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
7. Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik
8. Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik
9. Pelakon Komedi TV Terbaik
10. Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik
11. Buletin Berita TV Terbaik
12. Liputan Berita TV Terbaik
13. Laporan Khas Berita TV Terbaik
14. Liputan Khas Siaran Langsung TV Terbaik
15. Dokumentari TV Terbaik
16. Majalah TV Terbaik
17. Bicarawara TV Terbaik
18. Penyampai Berita TV Terbaik
19. Wartawan TV Terbaik
20. Hiburan  Muzikal TV Terbaik
21. Komedi TV Terbaik
22. Candawara (Game Show) TV Terbaik
23. Rancangan Agama TV Terbaik
24. Pengacara TV Terbaik
25. Penerbitan Sukan TV Terbaik
26. Pengulas TV Terbaik
27. Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
28. Animasi Penerbitan Tempatan TV Terbaik
29. Jurukamera TV Terbaik (Single Camera Production)
30. Kru Kamera TV Terbaik (Multiple Camera Production)
31. Promo TV Terbaik
32. Montaj TV Terbaik
33. Suntingan Rancangan TV Terbaik
34. Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan  TV Terbaik
35. Audio Rancangan TV Terbaik
36. Pengimbangan Muzik TV Terbaik
37. Rekaan Set TV Terbaik
38. Tatarias TV Terbaik