Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'MOM'S GLAMOROUS NIGHT 2016' DI SALOMA BISTRO 13 MEI



Setiap kali hadirnya bulan Mei, 'Hari Ibu' disambut penuh meriah di seluruh dunia dan Malaysia sebagai sebuah negara kosmopolitan dengan rakyat berbilang kaum tidak terkecuali menyambut hari yang dikhaskan untuk  kaum wanita yang bergelar ibu itu.

Atas rasa  kasih sayang terhadap ibu, setiap anak mahu memberikan yang terbaik buat ibunda masing-masing dan bagi seorang pemuda bernama Nabil Akram Mohammed Rameli atau lebih mesra disapa Abiel, kerinduannya kepada ibu mencetuskan ide baginya untuk meraikan para ibu melalui sebuah majlis  makan malam amal yang dinamakan sebagai 'Mom's Glamorous Night 2016' (MGN2016)


Bakal diadakan pada 13 Mei 2016 ini bertempat di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, MGN2016 bukan sahaja dianjurkan oleh Abiel melalui syarikatnya,  D'Touch & Couture' untuk meraikan kaum ibu tetapi di sebalik itu, segala hasil pendapatan akan disalurkan untuk tiga pertubuhan yang berkaitan ibu tunggal.

Pertubuhan tersebut terdiri daripada Persatuan Ibu Ibu Tunggal Teratai, Desa Petaling; Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur & Selangor dan Biro Wanita Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.



Majlis sidang media berkaitan malam MGN2016 diadakan petang Isnin (9hb Mei) dengan kehadiran tetamu kehormat, Puan Sri Nisa Bakri  (kanan) serta para selebriti yang terlibat dalam persembahan iaitu Rozita Rohaizad, Norish Karman manakala Dee Jangan Ketawa akan bertindak sebagai pengacara.

Diadakan di butik barang kemas, Emperor's Fine Jewel, Starhill Kuala Lumpur yang akan menaja barang kemas untuk diperagakan serta dijual pada malam tersebut, Pengarah Urusannya, Dato Sri Nitin  Goenka memberitahu, pihaknya akan menyumbangkan  sebahagian daripada 15% hasil jualan kepada tabung badan kebajikan penganjur..

"Selain daripada persembahan fesyen, majlis pada sebelah malam, acara akan dimulakan dari  jam 11 pagi dengan jualan produk di mana kira-kira 15 gerai akan dibuka termasuk jualan barang kemas Emperor Fine Jewels yang bermurah hati untuk membantu kami," ujar Abiel sambil melahirkan ucapan terima kasih kepada Dato Seri Nitin Goenka.

Turut hadir bersama terdiri daripada ahli  jawatankuasa penganjur yang juga rakan kongsi Abiel Empire Entertainment antaranya seperti Che Puan Datin Mimi Wahedah, Dato Azlina Abu dan Eliza Zul..




Daripada penerangan dan ucapan aluannya  yang disusuli sebak mengenangkan kerinduan kepada ibu tercinta yang telah kembali ke rahmatullah hampir enam tahun lalu, ternyata niat murni Abiel menganjurkan malam MGN2016 semata sebagai menghargai kaum ibu dan bertujuan amal.

Acara 'karpet merah' akan bermula jam 6.30 petang manakala para ibu yang hadir dijanjikan sebuah malam yang glamor dan 'happening' malah beberapa hadiah menarik bakal dimenangi dalam acara cabutan bertuah dan juga bagi acara 'Best Dressed - Mama Vogue 2016'.

Norish Karman dan Rozita Rohaizad bakal menyanyi solo dan berduet beberapa buah lagu yang berkaitan ibu  di samping penyanyi kelahiran AF, Lufya dan pastinya gelagat pengacara Dee bakal membuatkan suasana malam cukup riang.

Antara aktiviti lainnya termasuk  wujudnya Meja  Kutipan Amal di ruang legar Saloma Bistro di mana orang ramai boleh membawa barangan terpakai untuk diagihkan atau di jual, yang mana wang kutipan tersebut akan disalurkan juga  kepada  badan-badan kebajikan diatas.

Selain itu akan berlangsung acara pertandingan memperagakan pakaian Ibu dan Anak yang dibimbing oleh bekas model, Che Puan Datin Mimi Wahedah serta peragaan

pakaian koleksi Raya dan koleksi pakaian Pengantin terkini daripada Abiel D’ Touch and Couture.

"Moms Glamorous Night 2016' dibuka kepada orang ramai dengan membuat tempahan secara individu atau pun membeli meja dengan harga RM340 (vvip- meja berlian); RM260 (meja  Emas) dan RM180 bagi kategori tempahan meja 'Perak". 

Temapahan meja semakin laris dan mereka yang ingin bersama perlu segera berhubung dengan pihak penganjur agar tidak putih mata kata orang.

Segala pertanyaan boleh menghubungi Fahrin di talian 012-3193542 dan Eliza Fiza 017 355 2389atau email abielteam@gmail.com.


DATO  Sri Nitin (empat dari kiri)  bersama Puan Seri Nisa (3 dari kanan) pada sidang media yang berlangsung semalam.
KETIBAAN Puan Seri Nisa disambut Eliza dan Mimi Wahedah.
KAK Fas (kanan) turut mengambil kesemptan bergambar bersama wanita-wanita hebat ini.Dari Kiri: Eliza, Abiel, Nisa, Azlina dan Mimi Wahedah.di butik Emperor's FIne Jewel, Starhill, Kuala Lumpur semalam.