Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM BERSAMA #OPTIMUSPRIME #BUMBLEBEE DI 1 UTAMA





Sekiranya anda mahu mengambil gambar dengan karaktor popular dalam filem 'Transformers" dan get close and personal bersama karakter #OPTIMUSPRIME dan #BUMBLEBEE mahu pun bergaya di hadapan edisi terhad kereta #CHEVROLETCAMARO then cepat-cepat ke 1 Utama, Damansara (old wing) samada hari ini atau pun esok.

Ya... hanya dua hari diperuntukkan untuk anda bergambar dengan kesemua karakter #Transformers ini sebelum ia berakhir Ahad ini 29 Mei 2016. Waktu-waktu untuk sesi 'Meet & Greet' ini hanya berlangsung tiga kali dalam sehari iaitu pada pukul 3 petang, 5 petang dan 8.30 malam.



Apa-apa pun Kak Fas upload snippets pendek ini agar anda teruja membawa anak-anak ke pusat membeli-belah ini hujung minggu ini.... cuti sekolah kan... cepat nanti miss pulak....

Aktiviti- aktiviti lain termasuk peluang untuk memenangi produk Transformer bernilai RM249.90 dalam cabaran 'Fastest Fingers Challenge' bagi kanak-kanak berusia 8 hingga 12 tahun.

Sementara kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun pula boleh memilih untuk menyertai Dynamic 5 Challenge sebagai langkah menampilkan kebolehan mereka dalam memimpin dan menjalankan tugasan secara berkumpulan. Peserta akan diberi cenderamata Transformers dan berpeluang bergambar dengan OptimusPrime dan Bumblebee.



Selak ke ruangan 'Post Release' untuk cerita selanjutnya di blog Kak Fas ni....