Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NEELOFA HARGAI BANTUAN TIGA RAKAN ARTIS

NEELOFA menerima trodi dari fanclubnya setelah diumumkan Bintang Paling Popular. Pix kredit:abpbh.com.my

Semua pun sudah maklum siapa yang berjaya bergelar “Bintang Paling Popular ABPBH 29 yang disiarkan secara langsung Ahad lalu.

Beliau tidak lain adalah pengacara dan pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor, 27,  atau lebih mesra disapa Lofa  sahaja di kalangan teman-teman media. 

Dengan meraih 212,829 undian, Neelofa layak membawa pulang hadiah utama berupa kereta Volkswagen Passat bernilai RM173,888 tajaan Volkswagen Group Malaysia berserta trofi yang diterimanya daripada peminat pada acara kemuncak yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Selain itu, Neelofa turut mengukuhkan posisinya dalam bidang pengacaraan apabila mengungguli kategori Pengacara TV Popular menewaskan Hazlin Hussein, Izreen Azminda, Sherry Alhadad dan satu-satunya lelaki, Wak Doyok.

Dengan kemenangan itu, Loga mencipta sejarah sebagai artis wanita ke duanya selepas Dato Siti Nurhaliza pada ABPBH 2009 waima selama ini kategori itu lazimnya didominasi oleh artis lelaki selama lima tahun berturut-turut.

Pun begitu, Neelofa bagaimanapun tewas kepada Fathia Latiff bagi kategori Pelakon FIlem Wanita Popular.

Menariknya dalam ucapan kemenangan Neelofa menyebut tiga nama penting yang membantu dirinya mencapai tahan sekarang iaitu Aziz M. Osman, Erma Fatima dan Dato Hans Isaac.

Kenapa mereka?

“Aziz M.Osman adalah pengarah pertama yang percaya bakat saya, Erma Fatima pula pengarah yang sentiasa memberi kepercayaan kepada saya dalam banyak drama yang diterbitkan manakala Hans banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar pada awal kemunculan dalam industry.” kenang Lofa.

Ternyata, Neelofa tidak membelakangkan mereka yang menaikkan namanya malah nilai eksklusif yang sering dijaganya terutama dalam memilih tawaran-tawaran sebagai pelakon dan pengacara barangkali membantu kerjayanya sehingga dinobat sebagai Bintang Paling Popular apatah lagi kini bergelar usahawan dengan produk tudungnya yang semakin laris.

“Susah untuk terus berada dan releven dalam industri ini, tapi seorang rakan artis ada beritahu jika saya berjaya lalui lima tahun pertama, maka ia akan mudah untuk tahun seterusnya,” tambah Neelofa kepada media.

Kak Fas yang turut berada menyaksikan majlis anugerah berprestij itu turut terharu dengan ucapan penghargaannya itu.

Tahniah Neelofa!



Sepanjang lebih dua jam berada di PICC,  Kak Fas terhibur dengan persembahan Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar dan Liza Hanim yang menyampaikan lagu tribute untuk allahyarham Dato Adnan Abu  Hassan. Cuma Kak Fas rasa ada lagu yang lebih sedap dan popular daripada yang dipilih mereka bertiga.

Namun yang paling Kak Fas teruja melihat  persembahan daripada penyanyi Indonesia, Isyana Sarasvati, 23 tahun yang diterbangkan khas dari Jakarta.



Hanya dengan bermain piano dan vokalnya yang mantap membawa lagu ‘Tetap Dalam Jiwa’ memang meresapi ke dalam jiwa Kak Fas dan rasanya jiwa semua penonton yang menyaksikannya pada malam gemilang itu. Inilah yang dikatakan ‘less is more’ ya tak? 

Artis-artis lain yang terlibat dalam persembahan malam itu terdiri daripada Ziana Zain, SIti Nordiana, Dayang Nurfaizah, Hazami dan rakan-rakan serta kumpulan Estranged dan Manifesto.

Pada keseluruhannya, ABPBH 29 bertemakan #respek dengan pentas yang cantik mampu menghiburkan apatah lagi dengan gelagat Zizan Razak yang sering mengusik pasangan hosnya, Mira Filzah dan monitor tv pula sering memancarkan wajah Emma Maembong  mahu pun Kamal Adli yang turut hadir. 



Ini mengundang gelak tawa daripada khalayak yang hadir. Bagaimana pula perasaan mereka yang terkena tempias itu wallahualam… apa pun #respek atas kefahaman dan ketahanan jiwa mereka yang bergelar artis.

Kena gossip macam mana pun wajah kena selamba… tak gitu ZIzan, Emma dan Kamal Adli?



Senarai Keputusan Penuh ABPBH 29:

ABPBH 29 Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Neelofa
Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman: Fauziah Datuk Ahmad Daud
Artis Baharu Lelaki Popular: Sufi AF2015
Artis Baharu Wanita Popular: Mira Filzah
Pelakon Filem Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular: Fathia Latiff
Pelakon TV Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad
Pelakon TV Wanita Popular: Emma Maembong
Penyanyi Lelaki Popular: Aizat
Penyanyi Wanita Popular: Adira
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Wings
Artis Versatil Popular: Ifa Raziah
Pengacara TV Popular: Neelofa
Penyampai Radio Popular: DJ Lin
Artis Komedi Popular: Abam

ABPBH Kategori Online

Artis Aksi Selfie Popular: Saharul Ridzwan
Personaliti Media Sosial Popular: Lara Alana
Artis Ikon Respek: Datuk Aznil Haji Nawawi
Artis Trending Popular: Ayda Jebat
Artis YouTube Popular: Siti Nordiana