Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

IBU IBU GLAMOR SERIKAN 'MOM'S GLAMOROUS NIGHT 2016'


PUAN Seri Nisa Bakri (tengah) bersama Abiel (3 dari kanan), Dato Seri Nitin, Dee, Eliza (kiri), Norish Karman dan Rozita Rohaizad di majlis 'Mom's Glamorous Night 2016 di Saloma Bistro baru-baru ini. Pix : Facebook Puan Seri Nisa.

Majlis  memang menepati tema “Mom’s Glamorous Night 2016” (MGN2016). Rata-rata yang hadir Kak Fas tengok merupakan ibu-ibu atau kaum wanita yang berpakaian ‘blink blink’ bagaikan bintang filem gayanya.

Di antara mereka itu bergelar Toh Puan, Dato, Datin, Puan Seri, Puan-puan malah ada yang sudah bergelar ‘nenek’ sekali pun tetap hadir dalam pakaian anggun lagi berkilauan.

Kesemua mereka itu hadir sempena meraikan Hari Ibu yang dianjurkan oleh Abiel D’Touch & Corture Kuala Lumpur oleh pemiliknya, yang hanya mahu disapa sebagai Abiel sahaja iaitu kependekkan untuk nama sebenarnya, Encik Nabil Akram  Mohammed Rameli.

MIMI bersama pemenang 'Best Dressed'.

Kak Fas antara tetamu yang hadir   di majlis glam itu, atas undangan bekas model, Mimi Waheedah yang dahulu pernah menjadi model untuk Kak Fas ketika berkhidmat di Majalah WANITA, terbitan kumpulan Utusan yang kini bergelar Che Puan Datin Mimi Waheedah.

Sebagai rakan lama, tentu sekali Kak Fas tidak keberatan untuk menerima undangan Mimi seraya membantu membuat liputan acara gemilang tersebut untuk blog ini.

Kak Fas tidaklah  mampu nak memberi sumbangan berbentuk wang ringgit tetapi sekadar menyumbangkan tenaga dalam mewar-warkan majlis amal berkenaan. 

Semoga ini pun dilihat sebagai satu amal jariah…. Dan apa yang terdaya Kak Fas dan sahabat Kak Fas, Misz_Ella sebagai blogger hanya membeli beberapa produk jualan yang diadakan sempena malam tersebut

Itu pun sikit sahaja kerana tujuan adalah untuk bertugas sambil melaporkan dan in sha Allah akan terus membantu dalam jualan jika berpeluang.

Bagaimana pun, kembali pada malam berkenaan, buat kali keduanya Kak Fas mendengar ucapan sebak Abiel sewaktu menceritakan hasratnya mengadakan majlis adalah sebagai tanda ingatan kepada ibu tercinta yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira enam tahun lalu.

“Saya amat merindui ibu saya yang sentiasa berada di samping saya setiap kali saya menjahit manik-manik pada baju,” ujar Abiel sebak.

Dan atas ingatan dan penghormatan pada ibunya itulah hatinya terbuka untuk menganjurkan malam khas untuk ibu-ibu yang dikasehi.

Tetamu kehurmat pada malam tersebut yang turut memberikan ucapan penghargaan adalah ibu jelita, Puan Seri Nisa Bakri yang menganggap usaha Abiel sangat murni malah beliau rasa bangga dapat bersama meraikan malam amal Hari Ibu berkenaan. 

Puan Seri turut menggayakan barangan kemas daripada penaja utama, Emperor’s Fine Jewel di mana pada malam tersebut, para tetamu yang membeli berlian dan produk milik Dato Seri Nitin akan turut menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualan sebanyak 15% kepada tabung amal.



Walau pun majls bermula agak lewat daripada jangka waktu sebenarnya, namun acara-acara yang disediakan mampu menarik perhatian ke semua tetamu yang hadir apatah lagi setelah mendengar gurau senda dan celoteh Dee sebagai pengacara.


Majlis utama dimulakan  dengan sumbangan wang kira-kira RM3,000  kepada setiap tiga badan ib-ibu tunggal iaitu Persatuan Ibu Ibu Tunggal Teratai, Desa Petaling; Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur & Selangor dan Biro Wanita Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, tirai persembahan dibuka dengan nyanyian oleh pelakon, Norish Karman atau NK serta Rozita Rohaizad dengan lagu ‘Syurga diTelapak Kaki Ibu’ dan ‘Kasihnya Ibu’.

Ramai mungkin sudah kenali Rozita sebagai penyanyi yang lahir daripada keluarga Saloma malah nyanyian anak seniwati Mariani ini tidak perlu dipertikaikan lagi nyanyiannya.

Tetapi bagi Kak Fas, inilah juga pertama kalinya mendengar suara lunak NK secara live. Not bad… boleh juga NK bernyanyi ya…. malah pada segmen berikutnya kemudian, NK berduet pula dengan anak gadisnya, Chichi. 

Terserlah kemampuan dua beranak ini. Selepas itu, kesemua lima anak-anak NK berada di pentas dengan masing-masing memegang sekumtum bunga mawar untuk diserahkan kepada ibu tercinta. Terpancar kasih saying antara anak beranak ini, sesuai dengan majlis yang diraikan.



Beberapa persembahan lain yang turut memeriahkan malam berupa pertunjukan fesyen pengantin serta ‘ready to wear’ daripada butik Abiel yang menurutnya bernilai mampu milik di mana untuk pakaian pengantin sewanya sekadar RM1,500 ke atas manakala ‘ready to wear’ pula berharga dalam lingkungan RM199 sepasang dan ke atas mengikut desain fesyen.




Pada acara, ‘catwalk’ ibu dan anak serta mencari Ibu yang paling glamor atau ‘Best Dressed Mom’, dapat dilihat pelbagai gaya di atas pentas yang mencuitkan hati hadirin.

Maklumlah, mereka bukannya peragawati professional tetapi masih mampu memberikan gaya yang menarik. Pendekata, kesemua yang mengambil bahagian memperlihatkan sikap ‘sporting’ masing-masing.


Ketika ruang dalam Saloma Bistro riuh dengan pelbagai acara, ruang luar dewan tidak sepi dengan jualan pelbagai produk oleh pengusaha-pengusaha wanita. 

Dari biskut raya, serunding hingga kepada produk kecantikan segalanya dipamerkan untuk jualan.

Kesimpulannya, nampak disimpulkan malam “Mom’s Glamorous Night 2016’ menepati sasaran yang diinginkan pihak penganjur waima rata-rata yang hadir kelihatan terhibur malah dalam meraikan majlis mereka turut menyumbangkan kepada kerja kebajikan.

Antara artis-artis lain yang turut menghiburkan tetamu terdiri daripada Lufya AF dan Thalia, protégé bagi Ziana Zain dalam program Mentor musim ke 4



Lagi gambar-gambar sekitar majlis: