Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KIPLING LANCAR KOLEKSI MUSIM PANAS 2016



Cantek dan menarik walau pun harganya barangkali  agak mahal sedikit namun sesuai dengan jenama buatan dari Belgium, Eropah ini - Kipling.

Jenama yang dihasilkan atas nama penulis cerita 'Jungle Book', Rudyard Kipling berdasarkan kepada karektor monyet yang menjadi logonya mula diperkenalkan pada tahun 1987 oleh tiga pereka fesyen yang berjaya menemui kain nylon berkedut (crinkled) dan dari situ lahirnya jenama Kipling..

Sejujurnya inilah pertama kali Kak Fas mengenali lebih dekat jenama Kipling.... selalunya Kak Fas lebih cenderung kepada bag atau produk berjenama Coach apatah lagi setelah melihat pelbagai koleksi cantik sewaktu melawat  ke pusat Factory Outlet di Texas, Amerika Syarikat lima tahun lalu.

Sejak itu, Kak Fas tertarik hati dengan koleksi Coach selain jenama yang lebih mampu milik seperti Bonia, Carlo Rino dan seumpamanya.

Tetapi  pagi semalam, (Khamis, 26 Mei) Kak Fas dah jatuh hati kepada koleksi jenama Kipling....

Desainnya, modelnya dan warnanya menambat hati Kak Fas....malah Kak Fas sempat juga menaiki bas 'HopOnHopOff' buat pertama kalinya juga mengelilingi bandar Kuala Lumpur. Uniknya bas tersebut, badannya membawa jenama Kipling dengan monyet-monyet mengeliliginya. 

Malah anda boleh kira berapa monyet untuk mencuba nasib memenangi bag Kipling sepanjang bas ini bergerak selama sebulan. Di samping itu, bole pula selfie untuk memenangi beberapa hadiah lumayan dari jenama Kipling...

Bagaimana caranya.. sebaiknya anda selak ke  ruangan 'Fesyen & Events' seterusnya untuk membaca dengan lebih terperinci perihal koleksi Kipling dan cara untuk memenangi hadiah produk Kipling...

Kak Fas menulis dalam bahasa Inggeris agar semua tidak kira bangsa dapat membacanya tanpa ragu-ragu.


Apa pun, Kak Fas memang rekomen mereka yang sedang menari bag atau bagasi untuk pergi bercuti pada musim panas ini agar renung seketika koleksi #KiplingSummerPre-Fall2016' ini....anda pasti Terpesona macam Kak Fas....

Jom cuti cuti Malaysia bersama Kipling...





Lihat ruang "Fashion & Events' selanjutnya................