Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'GIMME GIMME ABBA' KEMBALIKAN NOSTALGIA ABBA!

KAK Fas bersama kumpulan GIMME GIMME ABBA dan Dato Nicholas (4 kanan), Pengarah Homme Productions selepa menyaksikan konsert kumpulan pop dari UK itu di The Gardens Theatre baru-baru ini.

Kumpulan ABBA... sape tak kenal kan?

Kak Fas membesar dengan lagu-lagu kumpulan pop berasal dari Sweden ini. Umum sedar kumpulan yang popular dengan lagu-lagu hit seperti 'Waterloo' atau pun 'Dancing Queen' ini sudah lama berpecah pada tahun 1982.


Pun begitu, popuariti lagu-lagu Abba masih malar segar dalam ingatan, bukan sahaja pada generasinya tetapi juga pada generasi kini, walau pun mereka  lebih cenderung ke arah lagu-lagu hip hop dan fusion.

Apatah lagi apabila lagu 'Mamamia" telah dijadikan persembahan pentas (1999) dan judul filem pada tahun 2008 menaikkan kembali nama ABBA.

Atas keghairahan peminat-peminat tidak kira usia menyanyikan lagu-lagu ABBA, lahirnya sebuah kumpulan tribut yang dinamakan GIMME GIMME ABBA yang terdiri daripada dua wanita, Khaty dan Lucy bersama pasangan masing-masing, 

Semalam, Kak Fas bersama teman blogger, Ella turut bersama ke The Gardens Theatre bagi menyaksikan persembahan malam pertama Gimme Gimme Abba yang akan berlangsung sehingga 20 Mei ini.




Walau pun mereka bukan kumpulan asal Abba, namun persembahan dan nyanyian kumpulan dari UK ini dapat mengubati rindu kepada lagu-lagu hit Abba
Selama hampir dua jam,Kak Fas dan penonton yang hadir cukup terhibur dibuai lagu-lagu popular Abba seperti antaranya 'Money,Money, Money', 'Fernando', 'Waterloo', ;Mamm Mia dan tentu sekali "Dancing Queen' serrta 'Thank you for the Music' yang dijadikan lagu penutup tirai.

Walaupun berada di sebuah teater yang berkerusi empuk dan eksklusif namun penonton yang hadir tidak melepaskan peluang bangun sambil menari.  Lagu-lagu yang mengajak penonton  berinteraktif menambahkan lagi pesona malam persembahan.




Puas dan terhibur adalah perkataan yang paling tepat bagi menggambarkan konsert mini 'Gimme Gimme Abba' ini. Ia pastinya mengembalikan setiap ringgit yang dibelajakan penonton yang membayar RM350 di ruang ;'circle' dan RM300  yang duduk di lantai atas.

'Konsert live 'Gimme Gimme Abba' yang dibawakan oleh Homme Productions PLT akan berlangsung sehingga 20 Mei ini, bermula jam 8 malam di The Gardens Theatre, aras 6 di kompleks membeli-belah The Garden Midvallay.



Jadi sesiapa yang terlepas pandang persembahan pada malam pertama masih boleh menyaksikan persembahan hebat kumpulan ini waima selepas itu mereka akan berada di Keriang Hill, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah.

Di Alor Setar, GImme Gimme Abba akan mengadakan Konsert Gala  Amal diRaja di mana yang dianjurkan bersama Seri Panglima Sdn Bhd bagi mengisi tabung organisasi Yayasan Sultanah Bahiyah di bawah kepimpinan Tunku Paglima Besar Kedah, Dato Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.sebagai Pengerusi.

Pada konsert gala berkenaan, pihak penganjur mensasarkan untuk mengutip lebih daripada RM250,000 melalui jualan tiket. Tiket persembahan yang bakal diadakan pada 21 Mei boleh diperolehi dengan berhubung terus ke talian Seri Panglima Sdn Bhd di +604-772 3838 atau bercakap dengan Hafiz di talian +6017-460 4731.





Sementara tiket bagi persembahan di Gardens Theater yang dijual pada harga RM300 dan RM350 boleh diperoleh melalui outlet ticketcharge,com.my atau telefon hotlinenya 03-9222 8811.

Kak Fas rekomen anda tidak akan kecewa malah selepas persembahan berakhir boleh pula bergambar dengan kumpulan berkenaan. Apa lagi 'stand by' la kamera anda untuk wefie ke selfie ke....

Memang persembahan mereka terbaik walau pun nampak sederhana! 

Seperti lagu yang mengakhiri persembahan mereka 'Thank You For The Music' .... Kak Fas juga mahu mengucapkan 'thank you for the show' dan terima kasih kepada Ellice Ng dan Homme Productions atas kesempatan menyaksikan persembahan hebat itu.