Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AMBERTEX SISTEM TERBAHARU UBAHSUAI DEKO RUMAH


Asalnya beliau seorang graduan Ijazah Sarjana Muda  IT dari sebuah kolej tempatan namun disebabkan oleh minatnya dalam bidang perniagaan khususnya dalam mencipta bahan binaan berkaitan  industri dekorasi perumahan membawa Encik Ridzuan Abdullah kini, sebagai pengasas Ambertex High Performance Coatings.

Tetapi ko orang mesti tertanya-tanya apa itu Ambertex High Performance Coatings kan?


Sebenarnya Kak Fas pun kurang pasti mengenai apa itu Ambertex  sehinggalah dijemput hadir ke sidang media khas oleh beberapa orang media cetak dan blogger untuk menyaksikan sendiri inovasi ciptaan usahawan muda berusia 30 tahun ini.

Bila sudah mendengar penerangan Ridzuan barulah Kak Fas dan rakan-rakan media lain faham apa sebenarnya yang diciptakan oleh beliau sejak lebih empat tahun melakukan "R&D" (kajian) berkaitan sistem salutan atau pun kata orang putih 'coating'.

Jika ko orang masih 'blur' apa yang Kak Fas ingin ceritakan ni eloklah Kak Fas mulakan dengan pertanyaan ya?

Ok... tak lama lagi kita akan menyambut Ramadan dan seterusnya meraikan Hari Raya Aidilfitri ya tak?

Jadi...bagi menyambut kedatangan hari lebaran berkenaan sudah tentulah ada yang sedang berangan-angan untuk mencantikkan rumah, jika tidak 'renovate' semua pun memadai melakukan pengubahsuaian pada ruang tamu, ruang dapur atau pun bilik air yang sering dikunjungi tetamu apabila bertandang ya tak?




Tetapi dalam waktu yang sama, tentu anda terfikir sebarang pengubahsuaian rumah perlu memakan masa malah belanja yang tinggi ya tak sebab sudah pasti kontraktor perlu pecahkan dinding atau lantai dan sebagainya untuk mendapatkan 'wajah' baru.


Berapa lama pulak masa yang diperlukan untuk pengubahsuaian sedangkan sambutan Raya tidak sampai dua bulan lagi. Sempat ke?

Jika itu yang merunsingkan ko orang maka dengan wujudnya sistem pengendalian Ambertex ciptaan Encik Ridzuan ini segala persoalan mampu diselesaikan.



Melalui teknik Ambertex ko orang tak perlu pecah lantai atau dinding dan sebagainya untuk memperoleh desain baru yang lebih mewah dan segar.

"Melalui teknologi hasil ciptaan saya, menggantikan jubin lebih cepat dan mudah di mana hanya dengan menggunakan coating sebagai 'base', ditambah 'color flake' atau efek metalik sebagai bahan komposit, disalut pula dengan 'top coat' bagi mengukuhkan lagi lapisan kalis air, anda sudah boleh mendapatkan dekorasi baru dan cantik," ujar Ridzuan penuh yakin.

Kak Fas dengar pun macam tak percaya tetapi melihat bapa kepada dua orang anak ini melakukan demonstrasi dengan menghentak lantai menggunakan tukul besi tetapi lantai tak pecah cukup mengkagumkan.



Ya... menurut Ridzuan... salutan yang disembur pada lantai asal mampu menahan berat sehingga 10 ton untuk jubin berukuran 1mm tebal malah kebal dan tidak mudah pecah.

Menarik tak? 

Ko orang boleh memilih sebarang bahan dekorasi yang tersedia ada samada granite, marmar dan sebagainya dengan efek 'metallic' atau pun 'glow in the dark' sekali pun.




Salutan 'glow in the dark' memang sesuai dipasangkan di bilik kanak-kanak yang sudah menconteng dinding kerana dengan adanya salutan sedemikian anak-anak boleh bermain cahaya dengan hanya melukis pada dinding menggunakan 'torch light' khas yang boleh dibeli bagi tujuan tersebut.

Selain mudah dicuci dengan hanya mop sahaja... pengguna boleh memilih untuk memasang lantai bercorak 3D sekali pun malah lantai yang tidak licin tanpa sebarang bahan kimia ia selamat  untuk kanak-kanak merangkak dengan selamatnya.




Pendekata, Ambertex sesuai untuk mereka yang inginkan lantai rumah yang mewah dan elegan, tahan lama malah unik. Ko orang boleh memilih daripada 1,060 warna untuk granite mahu pun 60 warna bagi efek marmar kosong atau bercorak.




Dengan lebih empat tahun kajian Encik Ridzuan yakin hasil ciptaannya ini dapat diterima ramai malah setekat ini kira-kira 67 kontraktor atau 'aplikator' sudah dikenal pasti menggunakan sistem Ambertex dalam urusan pengubahsuaan rumah.




"Salutan ini juga boleh dilakukan ke atas papan malah tahan kebakaran. Bukan bermakna ia tidak boleh terbakar terus tetapi mengambil masa untuk hangus jika rumah dijilat api," jelas Ridzuan sambil melakukan demonstrasi kepada kami.

Hebat kan? 

Kak Fas tumpang bangga ada anak Melayu yang mampu mencipta sesuatu yang unik malah lebih baik daripada saingan yang sama buatan Amerika Syarikat.

Kata Ridzuan, sistem seperti yang diciptakannya itu ada dihasilkan oleh Amerika namun pengeringan mengambil masa 58 jam sedangkan Ambertex mengambil masa pengeringan cuma dalam 4 jam.

Wah! "Malaysia Boleh" kan?

Ternyata berkat kesabaran selama empat tahun Encik Ridzuan kini sudah mampu tersenyum lebar apabila Ambertex sudah diterima pakai kontraktor-kontraktor seluruh negeri malah sudah pun diguna pakai di beberapa tempat awam seperti ruang tandas di KLIA, Lapangan Terbang Langkawi, kilang MARDI dan banyak lagi.




























Malah, dalam memperkembangkan bisnes Ambertex High Performance Coating ini, selaku Pengarah dan pengasas Ambertex (M) Sdn Bhd,  beliau bercadang untuk melangkah ke peringkat global malah bakal memasarkannya di Maldives, Taiwan, Indonesia dan Myanmar, China.

Nak tahu pula harganya?

Oh ya.. jika ko orang nak buat harganya antara RM12 hingga RM30 kaki persegi tetapi perlulah melalui kontraktor yang dilantik di setiap negeri.




"Kita cuma supply dan tidak memasarkannya terus kepada pengguna tetapi harus dilakukan melalui kontraktor kelayakan yang sudah berdaftar dengan kami," tambah Ridzuan.

Turut hadir memberikan penjelasan, Raja Izzuwin Shah selaku perunding diRaja.serta kontraktor-kontraktor dari Perak mahu pun Indonesia.

Khabarnya tidak lama lagi, bahan Ambertex akan digunakan untuk proek lebuh raya memandangkan ia mampu memantulkan  cahaya pada waktu malam.





Lebuh raya mana? Masih 'rahsia' cuma tunggu dan lihat nanti ya...

Apa pun Ambertex mensasarkan jualan pemasaran bernilai RM1.2 juta berakhir tahun 2017 ini dan tentulah ini sesuatu yang membanggakan bagi seorang usahawan yang cuma melaburkan kira-kira RM50,000 daripada wang simpanannya sendiri.

"Saya tidak membuat sebarang pinjaman...saya bermula dengan modal RM5 sebagai seorang petugas IT di Low Yat dan sedikit demi sedikit saya mengumpul wang untuk membuat kajian dan walau pun pernah gagal beberapa kali tetapi akhirnya inilah hasilnya," ujar bapa kepada dua orang puteri berusia 8 dan 3 tahun ini.




Syabas! Kak Fas ucapkan atas initiatif dan inovasi ciptaannya ini....

Kalau ko orang nak tahu lebih terperinci bolehlah layari facebook Ambertex atau telefon talian +603-4141 5084 atau jika mahu melihat pelbagai corak dekorasi yang sedia ada boleh hadir ke 'showroom' Ambertex di pusat komersial Starparc Point ,Jalan Ibu Kota,Taman Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur.

Memang sesuai sangat dipasang di lantai bilik air, meja dapur, ruang tamu, mahu pun parkir kereta. Jadi boleh lah anda Raya sakan ya tak? 

Dah lah harga mampu milik cepat lak siap.tu bak kata Ridzuan...'dalam 20 minit saya boleh siapkan sebuah ruang tamu". huhu....







.