Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SWEEDSKIN' PRODUK PERTAMA GUNA EKSTRAK DAUN KELADI, SNOW ALGAE


Bagi semua pencinta kecantikan baik wanita mahu pun lelaki sudah tentu dengar jenama ‘Sweedskin’ betul tak?

Walau pun Kak Fas suka meninjau produk-produk kecantikan atau pun jenama penjagaan kulit tetapi sejujurnya ini baharu pertama kali Kak Fas dimaklumkan mengenai ‘Sweedskin’.

Apabila mendapat undangan daripada rakan lama Kak Fas, PR Kit Rushuhaimin,  sudah semestinya Kak Fas tidak upaya menolak sebab mahu sangat tahu mengenai ‘Sweedskin’ agar dapat dikongsikan ceritannya kepada semua pembaca setia Kak Fas.

Apa tah lagi seperti kata Encik Mohd Suharmin Abdul Rahman (bawah, berdiri) sewaktu ditemui:

“Sweedskin ini setanding sebuah jenama dari Jepun yang terkenal (maaf Kak Fas tak mahulah sebut nama jenama tu ya) tetapi dalam harga mampu milik memandangkan ia keluaran tempatan.”

Pix kredit Miera Nadhirah..

Menjawab pertanyaan Kak Fas, Ketua Pegawai Eksekutif SNA Wellness International Sdn Bhd ini memberitahu, produk ‘Sweedskin’ tidak menggunakan ‘pitera’ tetapi Celtonyl dan serbuk ‘Snow Algae’.

Apa pula Celtonyl dan Snow Algae tu?

Celtony dihasilkan daripada  ekstrak daun keladi manakala  serbuk Snow Algae  merupakan ekstrak daripada lumut pergunungan Alps di mana formulasinya  dihasilkan  oleh SNA Wellness dengan kerjasama makmal Solabia Group, Perancis dan Mibelle Group Biochem, Switzerland.

pix coconut.tv











Kalau u alls nak tahu ‘Sweedskin’ ini sebenarnya sudah berada dalam pasaran tempatan sejak tahun 2014 tetapi penjualannya lebih tertumpu kepada klinik kecantikan atau pakar estetik.

Kata pengasasnya, Datin Seri Siti Noor Asikin Muhammad kepada 10 bloggers yang dijemput khas, dengan sambutan dan testimoni mahu pun kepercayaan yang telah diterima oleh pakar pakar estetik daripada lebih 26 buah klinik antaranya sekitar Lembah Klang, SNA Wellness merasakan sudah tiba masanya ia di perkenalkan  ke pasaran umum.

“Kerana itulah sekarang kami mengubah stretegi untuk meluaskan pasaran agar produk berkualiti sebegini dapat dimanfaat kepada wanita-wanita mahu pun lelaki yang prihatin terhadap kecantikan diri masing-masing dzahir dan batin,” jelas Datin Seri yang dalam usia 50an tetap kelihatan awet muda malah kulitnya nampak segar lagi berseri.



Serius…… semua yang berada menjangkakan Datin Seri dalam lingkungan usia 40an tetapi beliau sudah mempunyai tiga orang cucu namum tetap ramping gitu.

Barangkali inilah penangan ‘Sweedskin’ hasil kajian yang mengambil masa lima tahun  tetapi kesannya dapat diperoleh dalam tempoh dua minggu.

Bercerita lanjut, Siti Noor Asikin menambahkata, “ syarikatnya kini menumpukan penjualan mengikut tiga saluran meliputi 50% rangkaian runcit, 40 peratus  ‘on line’ dan 20 peratus jualan melalui rakan pengedar.


Menurut Encik Affandi Abdullah (kanan) yang bertanggungjawab dengan pemasaran melalui ejen, setiap yang mahu bertindak sebagai pengedar hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM2,000 sahaja manakala RM10,000 sebagai ‘stokis’.

Pun begitu, katanya, bagi mengawal situasi pemasaran agar menguntungkan ejen pihaknya perlu mengehadkan bilangan pengedar atau ejen.

“Kami tidak mahu dalam satu kawasan itu ada ramai ejen jualan tetapi biarlah satu ejen sahaja yang bertanggungjawab agar tidak bertindih,” tambahnya.

Dengan segala perancangan disusun rapi dari semua sektor pemasaran, SNA Wellness mensasarkan jualan mampu mencapai RM7 juta dalam tempoh setahun.

Oops dah jauh pula Kak Fas bercerita mengenai strategi pemasaran ‘Sweedskin”… hihi.. 
Ok kembali pada ramuan dan khasiatnya,  ‘Sweedskin’ merupakan produk pertama di Malaysia menggunakan centonyl yang bertindak sebagai pengaktif dalam menhasilkan sel baharu sekali gus mengoptimumkan kadar penghidratan.

Melalui kerjasama dengan firma Kumpulan Solabia di Perancis, centonyl dihasilkan untuk kulit masyarakat Asia khususnya muslim dan muslimah tanpa bahan pengawet, silicon, lanoline, MIT/Paraben, komedogenik, sumber haiwan, minyak mineral, pewarna  dan sudah tentu bebas alkohol.



Lebih istemewa penggunaan serbuk rumpai salji algae (Snow Algae Powder) mempumyai ketahanan hidup yang luar biasa waima di atas permukaan ais mahu pun salji.

“Rumpai laut ini bebas kimia dan ia sentiasa hidup, tak pernah mati walau dalam keadaan apa sekali pun  jadi begitulah yang kita perlukan untuk kulit kita, sentiasa segar, “ celah isteri kepada ahli perniagaan Dato Seri Mohamad Supardi Md Noor ini selanjutnya.

Dari segi pembungkusannya Kak Fas dah nampak produk ini berwajah ‘antarabangsa’ …bole bawa ketengah kata orang… tak lah memalukan orang Malaysia gitu.

Walau pun formulamya mendapat sentuhan pakar saintis Eropah sejajar dengan slogannya 'kecantikan di sebalik Sains' (Beauty behind science) namun pembuatannya sesuai dengan kulit wanita Asia, lebih-lebih lagi golongan Muslimah.

Kata Datin Seri, produk yang dihasilkan adalah unisex… yang boleh digunakan oleh kaum Adam untuk semua jenis kulit samada kering, berminyak atau sensitif.

Bagi SNA Wellness, keutamaan syarikat bukan sahaja melihat pada segi keuntungan tetapi mahu mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat  sekali gus  kecantikan dalaman terserlah pada wajah.

Setekat ini Sweedskin mempunyai 7 rangkaian produk iaitu :


● Luminous Purifying Cleanser
● Skin Activator Mist
● Daily Defence Cream
● Brightening Serum
● Luminous Moisturizer Serum
● Sebum Reducer Serum

● Age Reversing Serum

Menurut Siti Noor Asikin, sebaiknya pengguna menggunakan sepenuhnya 7 produk berkenaan dalam rutin harian mereka tanpa mencampuradukkannya dengan produk lain.

"Cara ini baharulah akan nampak kebekersanannya namun perlulah mengikut rejim yang teratur daripada pencuci muka hingga kepada pemakaian empat jenis serum yang disediakan," tambah Datin Seri.

Setiap satu produk mempunyai fungsinya tersendiri... jadi agar ko orang tidak bosan membacanya panjang lebar biarlah Kak Fas ringkaskannya sahaja di sini ya....

1. Luminous Purifying Cleanser - Pencuci Pembersih Berseri

Gel pencuci membantu mempertahankan kehalusan kulit daripada cela persekitaran seraya menampilkan kulit bersih, halus, licin dengan seri keremajaan.

2. Skin Activator Mist - Semburan Pengaktif Kulit

Diformulasi dari bahan bebas minyak dan mudah menyerap, sesuai untuk penggunaan harian serta mampu memberikan kepuasan sejurus pemakaian tanpa kesan dan rasa.

3. Daily Defence Cream - Krim Pelindung Harian

Krim ringan, mudah serap dengan SPF30 ini membantu melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV. Dengan SPF30 ia melindungi dari melembapkan kulit sepanjang hari  secara lembut lantas menghasilkan kulit licin tanpa kerengasan.  

4.  Brightening Serum - Serum Pencerahan 

Menceriakan kulit kusam untuk menyerlahkan seri wajah. Penggunaan konsisten menghasilkan kulit halus, licin, lembap dan anjal malah penggunaannya menyebabkan kulit kelihatan tegang, muda dan sihat.

5. Luminous Moisturizer Serum - Serum Pelembap Hidrasi

Serum mesra kulit memberikan segala khasiat dan menyuburkan kulit halus. Penyerapan drastik memberikan hidrasi optimum dan mengekalkan keremajaan dan kehalusan kulit anda.

6. Sebum Reducer Serum - Serum Menghalusi Sebum

 Serum jerawat yang ideal untuk digunakan seharian.bagi mengekal dan membersihkan pori-pori. Kulit kurng berminyak, segar, halus malah keserian wajah terserlah.

7. Age Reversing Serum - Serum Anti Penuaan

Serum tidak berminyak ini dirumuskan secara unik untuk mengembalikan keremajaan. Ia berkuasa menghidrate dan menyubur kulit secara pantas namun bertindak lembut dan selesa untu mengembalikan keaslian kulit. Kulit tampil anjal, berseri secara semula jadi.


Jika hendak cuba boleh sahaja mendapatkan set khas yang dipek eksklusif bernilai RM130.90 terlebih dahalu dan setelah berpuas hati eloklah membeli set penuh bernilai kira-kira RM690.

Selain dijual di klinik pakar kecantikan terpilih dan farmasi Healthlane ia boleh dibeli atas talian daripada lazada atau pun 11 street. malah penduduk sebelah Pantai Timur boleh mendapatkannya di kiosk Sweedskin di  Aeon Kota Bahru, Kelantan.



Apa pun jika ko orang nak tahu lanjut boleh layari laman webnya  www.sweedskin.com
Ig : @sweedskin

Boleh juga terus ke ibu pejabat dan showroom SNA Wellness terletak di No 75-1 Wisma DSN Groupd, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju  talian 603 4144 4900.

Selamat mencuba... semoga kita kaum wanita sentiasa menjaga kecantikan diri luar dalam ya....