Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

VITAGEN ATUR PELBAGAI AKTIVITI RAI 40 TAHUN


Kak Fas bukanlah jenis orang yang suka minum susu. Sejak kecil memang tak boleh minum susu sangat.... tak tahu lah kenapa sehingga anak-anak Kak Fas pun tak berapa suka susu.

Tetapi jika susu itu dicampur dengan cornflakes boleh lah juga telan tetapi jika susu kosong sahaja memang tekak tak boleh terima.

Apa pun bila Kak Fas cuba minuman susu kultur Vitagen... eh boleh pulak telan... Barangkali sebab ada perisanya kut dan tak sangat rasa 'pure' susu gitu. Cuma jarang benar Kak Fas minumnya kecuali dah tersedia di hadapan mata.


Ya... apabila dah berada di depan mata, nak tak hendak Kak Fas minumlah juga dan perisa yang paling Kak Fas suka adalah Vitagen perisa epel mahu pun anggur. Yang perisa oren pun boleh tahan lah cuma yang lain tu belum lagi cuba seperti perisa LB atau pun Vitagen Kolagen.

Semasa hadir di majlis sambutan ulang tahun ke 40 Vitagen hari ini baharulah Kak Fas sedar adanya Vitagen Kolagen.

Apa lagi perlahan-lahan Kak Fas cuba rasa Vitagen Kolagen tu... 'not bad' gak haha... bolehlah minum kira....

Apa pun meh Kak Fas citer-citer sikit perihal majlis petang tadi....

Kalau ko orang belum tahu, Vitagen sebenarnya adalah produk minuman susu kultur pertama dan menduduki 'carta' nombor 1 di Malaysia ....huhu... (macam kedudukan lagu pulak ya Kak Fas tulis 'carta' hihi)..

Dan dah 40 tahun Vitagen lahir... sama pulak tu dalam bulan kelahiran Kak Fas iaitu bulan Mei hihi.... 

Dan selama itu ia telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia bagi penjagaan sistem penghadaman.

VITAGEN mengandungi berbilion-bilion bakteria baik di dalam kultur Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei yang hidup dan aktif.  Formulasi itu membantu penyerapan nutrien daripada makanan dan merangsang sistem imunisasi yang lebih kuat. 

Apabila diambil, ia membantu menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya, seterusnya mengurangkan risiko gangguan usus untuk kesihatan penghadaman yang optimum. 




Sempena sambutan ulang tahun ke 40, Vitagen memulakan kempen 'A Better Gut Begins with VITAGEN' bermaksud 'sistem penghadaman yang lebih baik bermula dengan VITAGEN'

Kempen itu merupakan lanjutan daripada inisiatif VITAGEN untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan penghadaman. 

Ketika berkongsi tentang rancangan VITAGEN untuk menjadikan kempen kesihatan sistem penghadaman lebih menarik buat rakyat Malaysia dan selari dengan kempen ulang tahun ke-40 VITAGEN, Pengurus Besar VITAGEN, Poh Eng Lip (kanan) dalam ucapan ringkasnya  berkata:


“Kami telah mengatur pelbagai rancangan yang menarik untuk VITAGEN tahun ini. Acara dan aktiviti yang kami laksanakan disokong oleh penyelidikan yang mengesahkan bahawa kesihatan sistem penghadaman dapat menambah baik kesihatan secara keseluruhannya.


“Untuk berhubung dengan generasi muda pada era digital ini, VITAGEN kini beralih kepada strategi yang menerapkan lebih unsur multimedia interaktif yang akan dibawa menjelajahi ke seluruh negara bersama aktiviti-aktiviti yang akan mengajak orang ramai untuk meneroka sistem penghadaman manusia. Sebagai pakar kesihatan sistem penghadaman, VITAGEN percaya kesihatan yang baik bermula dari dalam,” 

Kajian menunjukkan bahawa kesihatan sistem penghadaman berkait rapat dengan obesiti. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai populasi paling gemuk di rantau ini .

Jumlah golongan dewasa yang mempunyai berat berlebihan meningkat sebanyak 30% . Sementara rakyat Malaysia yang obes mewakili sehingga 17.7% populasi keseluruhannya . Kombinasi ini bermakna hampir separuh daripada populasi negara kini sama ada mempunyai berat berlebihan atau obes. 



Wah tinggi angka tu....

Khabarnya, penyakit melibatkan sistem penghadaman atau usus disenaraikan di antara 10 sebab utama seseorang dimasukkan ke hospital (9.14%)  dan kematian (3.81%)   di hospital-hospital swasta. Kanser kolorektum pula disenarai sebagai kanser paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysia  dengan 12.1%.

Banyak penyakit seperti tekanan yang kelihatan seperti tiada kaitan dengan sistem penghadaman manusia, sebenarnya disebabkan oleh masalah usus. Memahami bagaimana usus berfungsi dan menjaganya adalah penting untuk kesejahteraan hidup secara keseluruhannya.

Kesihatan sistem penghadaman yang baik dilihat semakin penting memandangkan rakyat Malaysia kini berdepan dengan masalah kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup tidak aktif, tekanan dan peningkatan pengambilan makanan segera yang mungkin mengandungi rendah serat dan kurang bakteria baik. 

Hakikat itu, langkah VITAGEN menggiatkan usahanya untuk mempromosikan kesihatan sistem penghadaman yang baik kepada rakyat Malaysia menerusi kempen-kempen dan aktiviti yang berterusan haruslah dipuji, terutama dalam membentuk gaya hidup sihat.

Jenama itu juga memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mempunyai diet dan kesihatan spesifik melalui  perisa atau varian kurang gula serta kolagen. 



Baru-baru ini, varian VITAGEN Less Sugar dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat daripada Kementerian Kesihatan. 

Kak Fas setuju dan menyokong pendapat Poh   bahaw rakyat Malaysia perlu hidup dengan lebih sihat. 

Untuk itu, tahun ini, Vitagen melaksanakan beberapa strategi dan pendekatan berbeza berbanding  pendekatan tradisional seperti ‘jangan buat itu atau ini kerana ia tidak baik untuk anda’ tidak lagi berkesan ke atas generasi muda.

Sejak 40 tahun menjuarai penjagaan sistem penghadapan VITAGEN telah melalui pelbagai program sekolah, serta kerjasama dengan Persatuan Kesihatan Penghadaman Malaysia (DHM) mahu pun  Persatuan Pemakanan Malaysia, di samping menaja pelbagai acara sukan, hiburan dan banyak lagi. 

Kempen VITAGEN sempena ulang tahun ke-40 jelas menunjukkan hubungan positif di antara kesihatan sistem penghadaman yang baik dengan kesihatan keseluruhan menerusi tiga aspek penting iaitu tahap imunisasi lebih baik, fikiran semakin jelas / kepekaan mental yang lebih tajam dan mood yang lebih seimbang.   

Majlis sambutan ulang tahun ke 40 Vitagen turut diserikan dengan acara potong kek mahu pun pemberian cabutan hadiah bertuah kepada pihak media dan bloggers.

Terima kasih Vitagen atas hadiah tempat kedua, sebuah 'fitbit charger 2" kepada Kak Fas. Kak Fas sangat menghargainya walau pun gagal mendapat cabutan bertuah sebuah telefon bimbit Samsung haha...

Ini petanda Kak Fas harus sentiasa 'keep fit' kata orang kerana dengan adanya alat 'fitbit' boleh lah Kak Fas mengawal  dan selalu periksa tahap kecergasan jantung dan sebagainya.

In shaa Allah dengan minuman Vitagen sekurang-kurangnya dua botol sehari mampu menjaga kesihatan dan masalah penghadaman. 

Ada satu tip yang Kak Fas rasa perlu kongsi dengan ko orang iaitu selepas membeli Vitagen sebaiknya jangan dibiarkan di luar selama lebih dari satu setengah jam agar susu kultur ini tahan lama. Cepat-cepat masukkan dalam peti ais selepas membelinya.

Ini pesanan yang disampaikan oleh Puan Nordina Baharom (Pengurus Jenama Kanan, VITAGEN). Turut hadir, Encik Michael Ong (dua dari kiri) selaku Timbalan Pengurus Besar VITAGEN serta  Ms Yap Jay Queen, Pengurus Pemasaran VITAGEN.

Untuk maklumat lanjut mengenai VITAGEN dan kempen “A Better Gut Begins with VITAGEN”, sila layari laman web:
https://www.facebook.com/VITAGENMalaysia, atau www.vitagen.com.my.