Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM! HUBUNGI KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN DERMA BUKU #BOOK2U



Cuba jenguk-jenguk ke dalam almari atau rak di dalam ruang tamu atau pun bilik ko orang?

Kenapa agaknya Kak Fas minta ko orang buat begitu?

Sebab nak lah tanya ko orang apakah di dalam almari atau rak mahu pun dalam kotak-kotak yang disimpan di bawah katil mahu pun di bilik stor sekali pun mengandungi buku-buku lama yang tidak lagi digunakan?

Jika jawapannya  ‘ada’ … maka Kak Fas nak syorkan sesuatu bagi mengosongkan kotak-kotak simpanan buku atau pun yang memenuhi rak rumah anda sekali gus dapat pahala hihi…

Jawapannya apa kata DERMA sahaja buku yang sudah lapuk dan tidak lagi berguna sebab ko orang pun dah baca beberapa kali malah tiada sesiapa lagi yang berminat untuk membacanya daripada menjadi makanan anai-anai atau pun lama kelamaan lapuk menjadi habuk.

Di mana nak menderma?

Ok inilah yang Kak Fas nak ceritakan hari ini.. apa tah lagi di bulan Ramadan yang penuh berkah ini ada pahalanya jika berbuat amal kebajikan ya tak?

Kak Fas mahu mencadangkan ko orang membantu usaha murni Kelab Sahabat Persaudaraan atau ringkasnya KSP dalam kempen ‘Jom Derma Buku #book2u, satu inisiatif yang memfokuskan keperluan buku di Rumah Anak-Anak Yatim di seluruh Negara.


Kempen hasil cetusan idea Ahli-ahli Kehormat KSP yang diselaras Pengasas KSP, Dr. Zamri Noordin ini baharu sahaja melancarkan program ‘Jom Derma Buku’ baru-baru ini.

Kak Fas mohon maaf kerana tidak dapat hadir kerana berada di luar kota namun sebagai tanda sokongan Kak Fas wajib menceritakan mengenai kempen ini setelah mendapat segala bahan dan butiran daripada rakan lama Kak Fas yang mewakili Kak Fas di situ, saudara Ghazali Yahya.

Dan setelah Kak Fas bertanya beberapa perkara melalui sms kepada pihak terbabit, Kak Fas dimaklumkan program berkenaan dilaksanakan melalui Biro Pendidikan KSP dengan gandingan penglibatan pemimpin-pemimpin masyarakat di setiap Parlimen.

Khabarnya, Dr. Zamri  berharap mampu mensasarkan kira-kira 12,000 buah buku dalam tempoh lapan bulan atau  setahun sepanjang kempen dijalankan.

“Sekurang-kurangnya kami berharap dapat mengumpul kira-kira 1,000 buah buku sebulan dalam tempoh kempen dijalan di 222 kawasan Parlimen seluruh Negara sekali gus dapat menambah nilai kasih sayang antara Kesepakatan,” sebut Dr. Zamri dalam kenyataan medianya.

Sementara itu Pengarah Projek merangkap Ketua Biro Pendidikan KSP , Hanni Afrah Hassan memberitahu buku-buku hasil sumbangan dari orang ramai ini akan turut diedarkan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan sekiranya bahan bacaan tersebut menepati permintaan mereka.

"Kami bersyukur kempen ini mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pengeluar buku-buku pendidikan untuk turut sama membantu menyediakan buku-buku atau bahan bacaan mengikut permintaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan".

"Biro Pendidikan akan mengumpul permintaan dan keperluan buku di rumah anak-anak yatim dan golongan pelajar yang tidak berkemampuan untuk diketengahkan kepada Masyarakat Malaysia bagi mendapatkan tajaan dan sumbangan,”

PIX kredit: Sinaronline.

Atas hakikat itu, Hanni menyeru  semua pihak tampil bersama-sama menyumbang seberapa banyak buku yang mereka mahu.

“Pada kami 1Buku Sejuta Harapan,Kesyukuran Teras Kesepakatan," tambahnya bersungguh-sungguh.

Dalam pada itu juga, Hanni  turut menjelaskan 'bahan bacaan yang sesuai mampu menghilangkan tekanan dalam diri seseorang".

Sebagai sebuah biro yang berada di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), KSP sentiasa memberi keutamaan kepada aktiviti pendidikan dan kebajikan, katanya.

Antara yang terawal tampil memberi sumbangan buku antaranya Kumpulan Media Karangkraf, Perbadanan Perpustakaan Selangor, DBP dan orang perseorangan.



"Saya berharap selepas kempen ini dilancarkan, lebih ramai lagi pihak-pihak lain atau individu yang boleh berkongsi bahan bacaan untuk kempen ini," jelasnya.

Turut hadir pada majlis pelancaran ini termasuk Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo; Ketua Pengarah Biro Tata Negara Datuk Ibrahim Saad, bersama lima orang wakil-wakil rumah-rumah anak yatim.

Antara lima buah rumah anak yatim yang menerima sumbangan awal buku ialah Rumah Kebajikan Nur Hati, Rumah Bakti Dato Harun, Rumah Kasih Nur Hasanah, Pusat Jagaan As-Samad dan Persatuan Darulhayah Selangor dan Kuala Lumpur.

Kempen ini juga diharap akan dapat mengembalikan minat membaca di kalangan Masyarakat Malaysia khususnya golongan remaja.

Maklumat lanjut hubungi melalui emel ke hannidesire.hh@gmail.com atau Alisa 011 51861137 dan boleh juga ikuti laman facebook Kelab-Sahabat-Persaudaraan serta twitter melalui sahabat persaudaraan@sidangksp.




Tiada ulasan: