Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI RASA 'GAH' BERBUKA PUASA DI HOTEL MAJESTIC KUALA LUMPUR


SALAM 1 RAMADAN 1438
Sebelum Kak Fas menulis lanjut ingin Kak Fas memohon ampun dan maaf pada bulan yang mulia ini kepada pembaca setia semua yang sentiasa memberikan sokongan membaca coretan Kak Fas yang tak seberapanya ini.
Selepas bersahur jam 5 pagi tadi... tangan Kak Fas rasa 'gatal' nak buka komputer untuk memulakan bicara awal pagi memandangkan ada masa terluang malah idea dan kerajinan pulak hadir tiba-tiba.
Jadi pada kesempatan ini Kak Fas nak ucapkan kepada semua selamat berpuasa pada hari pertama bulan Ramadan ini dan memandangkan hari ini cuti hujung minggu Kak Fas rasa ada yang sudah merancang untuk buka puasa bersama keluarga samada di rumah atau pun di luar.
Bagi warga kota Kuala Lumpur khususnya, sudah tentu banyak pilihan tempat untuk berbuka puasa dan sekiranya anda mahu meraikannya secara 'megah' dikelilingi persekitaran yang eksklusif barangkali Hotel Majestic Kuala Lumpur (Autograph Collection), lokasi paling sesuai untuk berbuka.
Sudah dua kali Kak Fas hadir pada majlis bufet review yang diadakan oleh pihak hotel kepada media dan bloggers baru-baru ini.
Dan oleh kerana ia sebuah hotel ternama di tengah-tengah bandar, Kak Fas tidak mahu melepaskan peluang menerima undangan tersebut apatah lagi bila teringat betapa lembut dan rasa enaknya 'Kambing Golek" yang dihidangkan masa review Ramadan tahun sudah.
Dan kali ini juga, ia dianjurkan khas di sebuah bilik di Tingkat 3 di mana Kak Fas dan rakan-rakan lain hadir untuk review juadah yang bakal diadakan pada bulan Ramadan yang telah pun di 'set' sejak 25 Mei lalu.
Ada dua pilihan yang boleh ditempah untuk majlis berbuka puasa  seperti ini...
atau pun yang ini...

Jadi orang kata, 'tepuk dada,tanya selera'....waima mana-mana satu pun pilihan cita rasa anda.... satu keluarga boleh menikmatinya memandangkan pelbagai hidangan.


Bagi Kak Fas... sebaik sahaja melangkah ke Tingkat 3 dan selepas mendaftar, berkenalan dengan Cara Lee sebagai Eksekutif  Komunikasi yang menghantarkan jemputan dan setelah dipersilakan ke meja yang ditetapkan... Kak Fas terus memulakan 'penggambaran'... ya lah orang-orang sekarang sebelum makan kena bagi kamera makan dulu ya tak? 


Barulah puas nak makan kemudian...dah tu halwa teling dihiburkan pula dengan alunan muzik ringan dari mainan piano..


Pada sebuah sudut disediakan contoh lebih kurang 100 jenis hidangan yang diboleh dinikmati  sepanjang Ramadan ini.


Apa pun bagi Kak Fas apabila berada di Hotel Majestic ini, station makanan yang Kak Fas akan lawat dulu adalah Kambing Goleknya...

Rasanya ramai yang singgah di sini dahulu sebab bila Kak Fas sampai dah separuh daripada kambing telah dipotong... nasib ada lagi hahaha...

Apa pun Kak Fas suka yang 'well done' jadi minta pada Chef untuk memotong daging yang tidak nampak kemerah-merahannya huhu...


 












Selepas itu Kak Fas menuju ke hidangan lauk pauk dari Utara termasuklah nasi briyani, sotong masak asam, ayam sambal bunga kantan, masak lemak telur itik, ikan patin masak tempoyak dan macam-macam lagi.

Bila bab masak tempoyak itu yang favourite Kak Fas jadi itu juga yang menjadi pilihan utama lauk Kak Fas.. rasanya enak cuma Kak Fas rasa kalau kuah dia pekat sikit lagi sedap,,, nampak macam tempoyaknya kurang di sini.


Tetapi dalam pada itu Kak Fas 'Raya' terlebih dahulu hihi sebab memilih lemak, ketupat dan serunding yang disediakan. Ini dia serba sedikit yang Kak Fas letak dalam pinggan untuk dirasai... namun orang kata makan buah dulu kan jadi Kak Fas ambillah sepotong tembikai sebagai 'starter' huhu...

Masa Kak Fas merasai hidangan ni belum puasa you alls ... jadi bila berbuka hari ini jangan lupa pulak ambi dahulu air dan buah kurma ya... ada empat jenis air yang boleh dipilih.


Dan kalau Kak Fas . bila laungan azan bergema selepas meneguk air dan kurma Kak Fas akan cari pemanis mulut dahulu... dan Kak Fas paling suka seri muka mahu pun sago gula melaka.


Di sini ada pelbagai kuih muih mahu pun bubur-bubur seperti bubur jagung.. pendekata, rambanglah gak mata nak pilih yang mana sebab semuanya sedap-sedap belaka...

Sebagai meringkaskan 'story' ini agar ko orang tidak  terliur pulak membacanya tengah berpuasa ni elok lah pergi berbuka di sana dan rasa sendiri juadah yang disediakan oleh Chef Zaidi bersama teamnya.

Jika memilih berbuka mengikut The Festive Variety Dinner at Contango ... harganya cuma RM100 nett seorang dan seperti yang tertera dalam poster di atas ia dibuka sejak 24 Jun lalu sehingga 12 Julai depan.

Jika membuat tempahan untuk 50 orang ke atas, pelanggan akan menerima hadiah sijil untuk dua orang untuk menikmati makanan di Contango.

Tetapi jika memilih The Majestic Festive Banquet Dinner  yang lebih eksklusif... anda cuma membayar RM125 net setiap seorang.

Nak tahu lanjut sila emelkan pertanyaan kepada tmklguestservices@ytlhotels.com.my atau telefon sahaja talian + 603 2785 8000/8062 atau pun layari laman web hotel DI SINI 


NAK makanan ringan pilih sahaja roti canai... panas panas u alls..

AIS krim pun ada ...


Dan kalau lepas makan dan selesai Terawih rasa penat.boleh aje tempah bilik tidor di hotel mewah ni u alls.. ha tengok biliknya mewah dan gah gitu... tak perlu nak 'rush' memandu balik jika rumah jauh atau dari negeri lain... tak gitu?

Pix dari website http://www.majestickl.com/offers.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan