Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAM WAKAKA KINI TUNANGAN ORANG. SIAPA DIA?


Sedang seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji, pada 1 Ogos 2020, penari profesional Haslam Abdul Rahman, 34, atau lebih dikenali sebagai 'Alam Wakaka' memilih tarikh bulan Zulhijah itu untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nurul Alisya Najwa Hazman.

Gadis yang berusia 19 tahun dari Segamat, Johor itu menjadi tunangan Alam dalam satu majlis sederhana tetapi meriah bagi mengikut SOP yang ditetapkan Kerajaan dalam tempoh PKPP ini.

Juara program realiti tarian, 'So You Think You Can Dance' musim pertama pada 2009 ini dijangka melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun hadapan.

Pernah membintangi filem 'Sayang You Can Dance' dan drama realiti 'Alam’s Story' tujuh tahun lalu, pertunangan bersama Nurul Alisya untuk tempoh 6 bulan diiringi pemberian  5 dulang hantaran berbalas 7. 

Majlis yang di hadiri oleh keluarga terdekat antara pihak Alam Dan Alisya ini menyaksikan penghantaran dua bentuk cincin, sejadah & telekung, bag tangan, brownies dan buah-buahan berserta sirih junjung daripada pihak Alam.

Keluarga Alisya pula  membalas dengan 7 dulang hantaran meliputi sirih junjung, Al-Quran, kek, kuih, cokalat, sejadah dan set penjagaan kulit serta badan.

"Saya mohon kepada peminat dan semua yang mengenali saya  mendoakan agar apa yang sudah dirancang menjadi kenyataan. Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan saya bersama Alisya," katanya.






#AlamWakaka #Bertunang #SoYouThinkYouCanDance #SayangYouCanDance

Tiada ulasan: