Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA BANTU PKS BERDAYA SAING

SEJUMLAH
16 syarikat PKS tempatan diberikan ruang untuk mempamerkam produk masing-masing secara bergilir-gilir di pameran sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang berlangsung sepanjang tempoh 10 hari bermula pada 22 Ogos hingga 31 Ogos 2020, bertempat di LULU Hypermarket & Departmental Store, CapSquare, Kuala Lumpur.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi bertujuan untuk memperkukuhkan perbelanjaan domestik dengan menggalakkan pengguna di Malaysia untuk membeli barangan tempatan selain untuk memupuk semangat patriotisme rakyat Malaysia agar mengutamakan barangan keluaran tempatan.



Kempen Beli Barangan Malaysia merupakan sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 1984 dan bagi menangani impak pelaksanaan PKP yang menyebabkan kemerosotan kepada sektor peruncitan dalam negara, KPDNHEP telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan sektor ini kembali berdaya saing dan mampu mengekalkan sumbangan besar kepada ekonomi negara. 

Selepas beberapa majlis pelancaran dilaksanakan di Kuala Lumpur kempen akan diperluaskan ke seluruh negara seperti di Melaka, Penang, Perak, Pahang, Kelantan serta Sabah dan Sarawak.



Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Alexander berharap dengan sokongan Kumpulan LULU yang memiliki 191 cawangan Hypermarket & Departmental Store di 11 buah negara terutama di Timur Tengah  dan Asia dengan nilai AS$9 bilion setahun, produk-produk Malaysia dapat dipasarkan dengan lebih agresif ke pasaran Timur Tengah melalui pasaraya mereka.

“Pada tahun 2019, Lulu Malaysia telah membantu memasarkan produk-produk Malaysia terutamanya produk makanan dan minuman serta barangan segar berjumlah lebih RM10 juta ke pasaran Timur Tengah dan kita berharap agar tahun ini jumlah tersebut akan dapat dipertingkatkan dengan lebih banyak lagi,” tambah Alexander.

Turut hadir Encik Asif Moidu, Pengarah Wilayah, Lulu Group Retail Sdn. Bhd.

Khabarnya, LULU juga sedang merancang untuk membuka lebih banyak outlet Lulu Hypermarket di seluruh negara seperti di Setia Alam, Johor Bahru, Bangi dan Putrajaya.


Sementara itu. pasaraya LULU memnberikan sijil khas sebagai tanda pengiktirafan kepada 5 pembekal PKS Bumiputra yang berprestasi tinggi setelah mereka mencatatkan nilai jualan tahunan yang sangat menggalakkan sepanjang tahun 2019 yang lepas.


Video Kredit: Alias Abu Bakar.

#KPDNHEP #BeliBaranganBuatanMalaysia #PKS #LuluHypermarket&DepartmentalStore #CapSquare

Tiada ulasan: