Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSIKAN 'WE BARE BEARS: THE MOVIE' 12 SEPT. SERTAI PESTA INTERAKTIF

Siri animasi multinasional Amerika Syarikat, ‘We Bare Bears’ yang dicipta oleh Daniel Chong untuk rangkaian televisyen, Cartoon Network sejak diperkenalkan pada bulan November 2014, buat julung kalinya akan ditayangkan sebagai filem berjudul “We Bare Bears: The Movie’ mulai 12 September 2020 ini.

Dihasilkan oleh Cartoon Network Studios, filem ini akan menjadi acara filem rangkaian kartun terbesar yang pernah dilancarkan dengan debut di pelbagai saluran dan platform seperti di Cartoon Network (Astro 615HD/635), Boomerang (UnifiTV, 555), HBO (Astro 411 HD), HBO GO, Warner TV (Astro 712HD), UnifiTV  (451) dan Oh! K (Astro 394).


Bagi anda yang belum pernah menonton siri animasi popular di kalangan kanak-kanak mahu pun dewasa ini, ‘We Bare Bears’ mengisahkan  tiga beradik beruang, Grizzly, Panda dan Ice Bear (masing-masing disuarakan oleh Eric Edelstein, Bobby Moynihan dan Demetri Martin) dan percubaan mereka yang canggung untuk berintegrasi dengan dunia manusia di kawasan Teluk San Francisco.


Untuk rekod, pada tayangan perdana dunia yang diperkenalkan di Festival Animasi Amsterdam ‘KLIK’, siri ini memenangi hadiah dalam kategori ‘Penonton Amsterdam Muda’ malah di televisyen ia bersiaran selama empat musim dengan 140 episod keseluruhannya iaitu bermula pada 27 Julai 2015 dan berakhir 27 Mei 2019.


Dalam pengembaraan terbaru kini, ‘We Bare Bears: The Movie' memperlihatkan ancaman terbesar kepada beruang bersaudara ini apabila munculnya watak penjahat bernama Ejen Trout yang bertekad untuk memecah belah persaudaraan yang terjalin.


Ejen kawalan hidupan liar ini  akan melakukan apa sahaja cara untuk memisahkan Grizz, Ice dan Panda buat selama-lamanya!  Adakah ikatan persaudaraan mereka akan tetap bertaut dan bahagia atau sebaliknya gara-gara perbuatan jahat Ejen Trout?


Apa agaknya yang akan berlaku ekoran ketakutan yang telah dibangkitkan oleh Ejen Trout terhadap tiga beradik ini yang selama ini hidup aman damai dan selesa di rumah mereka?


Adakah mereka akan berpisah dan bermusuhan atau berjaya diselamatkan dengan jaya dan bahagia?



Pelakon Eric Edelstein, Demetri Martin dan Bobby Moynihan kembali sebagai ‘beruang’ yang disukai Grizz, Ice dan Panda, dengan bintang tamu berulang Cameron Esposito (sebagai Ranger Dana Tabes), Ellie Kemper (sebagai Lucy), Jason Lee (sebagai Charlie), Patton Oswalt (sebagai Nom Nom), Mel Rodriguez (sebagai Darrell Zaragosa), dan Charlyne Yi (sebagai Chloe Park).Filem ini juga akan menampilkan bintang-bintang tetamu khas seperti Marc Evan Jackson ( pelakon ‘The Good Place’) sebagai Ejen Trout dan pelakon berdarah kacukan Hong Kong/British, Jimmy O.Yang (Silicon Valley) sebagai rakun terkenal di internet, Joey Raccoon.


Sejajar dengan tayangan perdana, Cartoon Network juga mengundang peminat di seluruh Asia untuk menyertai pesta menonton pertamanya melalui talian interaktif di mana peminat dapat berkongsi reaksi langsung mereka semasa tayangan perdana filem dengan menambahkan hashtag #CNWatchParty dan #WeBareBears pada siaran media sosial mereka.


Sehubungan itu. untuk memasuki suasana pesta, peminat Malaysia juga dapat meningkatkan pengalaman menonton mereka dan menjadikannya momen Instagram dengan memuat turun kit pesta ‘We Bare Bears: The Movie ‘bertemakan filem dari https://cartoonnetworkasia.com/webarebearsthemovie, yang menawarkan templat hiasan seperti poster, cawan popcorn dan mahkota pesta, serta resipi bertema ‘We Bare Bears’ yang lazat serta aktiviti hiburan lain seperti video, permainan dan kuiz eksklusif.


Jadi, nantikan lebih banyak berita mengenai pengembaraan terbesar beruang ini! 


Sementara itu, anak-anak dan anda sekali pun masih boleh menyaksikan siri berepisod ‘We Bare Bears’ di Cartoon Network (Astro 615 HD / 635). Jom tonton sedikit treler "We Bare Bears: The Movie'  di bawah ini.



#WeBareBears #CartoonNetwork #ASTRO #WeBareBearsTheMovie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan