Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'BIG STAGE 2020' TAMPILKAN 12 FINALIS PELBAGAI KERJAYA



Program realiti ‘Big Stage’, sebuah pertandingan nyanyian yang mempertaruhkan bakat muda generasi ‘Budak Baru Nak Up’ atau lebih dikenali sebagai ‘BBNU’ kembali dengan pengisian serba mantap dalam norma baharu yang bakal dilaksanakan mengikut SOP dengan tagline ‘Dominasi BBNU Norma Baharu’.


Musim ketiga akan menyaksikan persaingan sengit di antara 12 bintang ‘BBNU’ yang terdiri daripada lapan [8] bintang lelaki dan empat [4] bintang wanita di pentas utama selama lapan [8] minggu bermula 16 Ogos ini di Astro Ria dan Astro Ria HD.


Masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua [2] bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan juri profesional dan undian peminat secara online. 


Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan.


Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.


Untuk makluman, barisan juri profesional adalah terdiri daripada lima  ahli panel iaitu tiga juri tetap terdiri daripada Faizal Tahir, Dayang Nurfaezah dan Ajai di samping seorang juri jemputan serta seorang presiden netizen yang bakal digalas oleh Michael Ang, Caprice atau pun Neelofa mengikut giliran.



Malah, bagi merancakkan lagi penganjuran musim terbaharu, produksi ‘Big Stage 2020’ juga bakal menyerahkan kuasa perlantikan kepada para peminat untuk memilih sendiri seorang lagi calon ‘Presiden Netizen’ sebagai kelainan musim ketiga.


Mereka boleh mencalonkan selebriti kesayangan masing-masing  sebagai ‘Presiden Netizen’ menerusi hantaran entri di laman media sosial menggunakan hashtag #PNBigStage2020 mulai 4 hingga 22 Ogos 2020. 


Nama-nama selebriti yang dicadangkan akan dinilai oleh pihak produksi berdasarkan kriteria yang ditetapkan sebagai ‘Presiden Netizen’ untuk mengisi kekosongan slot keempat untuk musim ini.


Big Stage’ selaku platform perkongsian integrasi yang mengangkat seni muzik turut melakar sejarah yang membanggakan apabila berjaya menembusi tembok empat buah negara iaitu Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan menerusi inisiatif penganjuran musim kedua tahun lalu. 


"Meskipun tidak dapat membuka ruang perkongsian di peringkat antarabangsa untuk musim ini atas faktor keselamatan dan kesihatan bagi menangani krisis Covid-19 yang sedang melanda dunia, pengalaman tersebut telah membuka satu lembaran baharu yang menjadi pemangkin kepada semangat kami untuk terus menerbitkan kandungan hiburan berkualiti," ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal.


Berdasarkan maklum balas positif yang diterima,Big Stage 2020’ turut mengekalkan selebriti popular Alif Satar dan Sherry Al Hadad yang akan mengendalikan pentas utama selaku ‘Hos’ untuk musim ini.


Sementara itu, alumni 'Big Stage' iaitu Sissy Imaan (2018) dan Neeta (2019) dibawa masuk untuk memeriahkan musim terbaharu ini sebagai hos untuk program kapsul "Studio Big Stage".



Manakala personaliti Era, Radin Amir dan hos program 'Gempak TV', Isha Norsham (kanan) pula digandingkan sebagai hos program 'Big Stage Live Plus' yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsunnya konsert minggusn di platform digital.


Juara 'Big Stage 2020' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. 


Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.


Tahun ini persembahan 'Big Stage 2020' turut disokong oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.


Untuk rekod, sebelum ini penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Manakala penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Han Byul pula dinobatkan sebagi juara musim kedua (2019).


Artikel berkaitan KLIK SINI dan juga INI.


Dua Naib Juara dari 'Mentor Milenia' turut bersaing- Qody & Usop.


Anak Raja Pop Datuk Jamal Abdillah, Yamani Abdillah juga turut bersaing.
Hanie Suraya pernah menjadi artis rakaman juri Faizal Tahir. Tak berlaku prejudis ke nanti? 

Nana Sheme popular dengan lagu viral 'Hantu atau Buaya'.

Sandra Dianne BBNU generasi pertama dari Sabah punyai vokal mantap.

Kak Fas: Melihat kepada kekuatan vokal barisan peserta Kak Fas yakin Big Stage 2020 norma baharu kali ini membuatkan para juri dan peminat sukar memilih mana satu yang benar-benar layak.


#BigStage2020 #DominasiBBNUNormaBaharu #DayangNurfaezah #FaizalTahir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan