Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIAPA SUPER MODEL UNIVERSE MALAYSIA KE PENTAS FINAL ANTARABANGSA?

Apabila digabungkan orang dewasa bersama kanak-kanak sudah tentulah gamat jadinya sesebuah majlis itu apatah lagi jika melibatkan penyertaan bagi mengimpikan gelaran sebagai 'supermodel'. 

Siapa tak nak kan? 

Lebih-lebih jika bergelar 'Super Model Universe Malaysia 2020' dan menjadi wakil negara pula di peringkat antarabangsa pada pentas akhir Super Model Universe 2020.


Tahun lalu, pemenang Supermodel Universe Malaysia 2019,Thalia Thin Yi En, membanggakan negara  apabila berjaya merangkul  gelaran juara dunia Super Model Universe 2019 dalam kategori wanita ketika dia bertanding pada pertandingan peringkat akhir di Sofia, Bulgaria.


THALIA Thin...Foto: Miss Malaysia Tourism Pagaent.


Tahun ini, dengan satu dunia bergelut memerangi wabak pandemik COVID-19, siapa agaknya yang bertuah daripada 12 finalis wanita, 13 finalis  yang berjaya ke pentas final 'Super Model Universe Malaysia 2020' yang bakal berlangsung pada 13 September 2020 di Hotel Royale Chulan Damansara.


Menariknya, tahun ini mereka akan disertai bersama oleh pelapis muda di mana 9 finalis akan bersaing dalam kategori remaja/kanak untuk mendapatkan penghormatan.


CHANEL Lico antara supermode kanak-kanak yang sertai. Foto: @_chanel_1211.


Selain menyaksikan para finalis berkenaan bertanding, majlis anjuran bersama Target Fitness PJ dan Yinzi Event & Marketing itu dijangka menampilkan beberapa pereka fesyen terkenal di Malaysia bagi menambahkan lagi gaya eksplosif setiap peserta.


Foto Kredit Megat.

"Super Model Universe ditubuhkan dengan visi dan misi untuk mencari, memperoleh dan membantu pemula model muda dan bakat komersial dengan tujuan untuk memperlihatkan dan menciptakan peluang bagi mereka dalam pemodelan, industri fesyen dan kecantikan, ” ujar Ammetta Malhotra  selaku pemegang lesen dan pengarah kebangsaan Super Model Universe Malaysia pada majlis sidang media memperkenalkan barisan finalis yang berlangsung di Restoran Netverk, Oval Damansara baru-baru ini.


AMMETTA bersama duta Super Model Universe Malaysia, Renee Tang.

Malhotra dianugerahkan lesen  untuk menganjurkan edisi tempatan pertandingan pemodelan berprestij di Malaysia setelah berjaya mendapat kedudukan 3 teratas di pertandingan Mrs Universe Classic di Sophia, Bulgaria pada tahun 2019.


Untuk rekod, persaingan Supermodel Universe  berasal dari Sophia, Bulgaria dan merupakan sebahagian daripada francais Mrs Universe Ltd yang terkenal di peringkat antarabangsa.


Dan memandangkan Thalia memenangi gelaran juara dunia Super Model Universe 2019, Malaysia dianugerahkan hak untuk menganjurkan pentas peringkat antarabangsa tahun ini tetapi kerana wabak  COVID-19, ia ditunda ke 2021, setelah sekatan perjalanan global dicabut. 


Walau bagaimanapun, pentas bagi finalis tempatan masih akan diadakan lagi tahun ini tetapi di bawah SOP yang ketat, setelah pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan.


Sesi ujibakat terbuka untuk pertandingan edisi Malaysia diadakan di Palace of The Golden Horses  pada 1 Mac 2020 waima finalis yang disenarai pendek dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada profesional industri dari pelbagai bidang termasuk fesyen, pemodelan, acara, penjenamaan, perniagaan, pendidikan, media (Rentak Sejuta) dan juga penaja utama.


Walaupun terdapat sekatan pergerakan pergerakan, para peserta terus sibuk dengan pelbagai cabaran dalam talian bagi mempromosikan produk penaja seperti antaranya XES, Evo, Diamonia. TBC & Body Breakfast.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penaja  kerana telah mempercayai organisasi kami dan kembali lagi tahun ini untuk memberikan sokongan penuh kepada kami sekali lagi", tambah Malhotra.


Sementara itu, pengasas jenama Diamonia Jewelry, Shingary (kanan)   mengumumkan Ammetta Malhotra sebagai Duta Ratu Diraja jenama itu dalam acara tersebut. Jenama ini juga akan memilih salah seorang finalis sebagai duta jenama mereka semasa final.



Gelaran utama yang akan diraih di final akan merangkumi Super Model Universe Borneo, Super Model Universe Malaysia dan Super Model Universe International. 


Antara gelaran subsidari  yang akan diberikan pada peringkat akhir termasuk Best Physique, yang disertakan dengan hadiah wang tunai RM 1,000 setiap satu untuk pemenang lelaki dan wanita. Ia akan ditaja oleh Target Fitness PJ.


Majlis yang berlangsung penuh meriah turut menyaksikan rekaan fesyen para pereka terkenal seperti Maya Ubrani, Qif Alvarez, Faridz Salleh, Adryana Dvora, Zuridah dan Azmi. 



Turut dipamerkan adalah koleksi perhiasan berlian yang mengagumkan dari Diamonia Jewellery, pertunjukan topeng couture oleh Sweet Royal Cheeks dan jam tangan elegan oleh Evo.


Bagi mereka yang mahu bersama memeriahkan pentas final boleh mendapatkan tiket yang sudah pun mula dijual. Pembeli boleh menghubungi +60 12-238 7900 atau +60 16-2724858 untuk tempat duduk meja dan teater. Kerana SOP yang ketat, hanya 287 tempat duduk yang boleh dijual.















Video Kredit: Alias utvmediamalaysia.


#SupermodelUniverseMalaysia2020 #SupermodelUniverse2020 #Bulgaria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan