Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LAGENDA PROPERTIES TAWAR RUMAH MAMPU MILIK DISOKONG KUMPULAN AMBANK

Dalam usaha membuka peluang kepada komuniti kumpulan isi rumah berpendapatan 40 % terendah (B40) dan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 pertengahan atau M40 memiliki rumah, AmBank Group menyokong komitmen syarikat hartanah, Lagenda Properties bagi membangunkan perumahan mampu milik dengan kemudahan pinjaman dan pembiayaan akhir.


Sejak 2012, bahagian Perbankan Perniagaan Ambank telah meluluskan sejumlah RM480 juta pinjaman termasuk kemudahan terbaharu berjumlah RM150 juta.


“Kami kagum dengan komitmen Lagenda Properties Berhad untuk melaksanakan perumahan mampu milik selaras dengan usaha AmBank Group untuk terus menyediakan kemudahan pembiayaan optimum sesuai dengan keperluan pelanggan. Kami berbesar hati dapat  menjadi sebahagian daripada kisah pertumbuhan mereka dan berharap banyak lagi peluang  untuk AmBank Group dan Lagenda Properties bekerjasama.” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd Tahir (gambar bawah, kiri) pada majlis menandatangani perjanjian (MoU) dan pertukaran dokumen antara AmBank Group dan Lagenda Properties yang sebelum ini dikenali sebagai D.B.E. Gurney Resources Bhd.,  di Hotel Sheraton Petaling Jaya, pagi tadi.


Gambar kredit: Alias Abu Bakar.

AmBank Group diwakili Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan, Christopher Yap (tengah) manakala Lagenda Properties oleh Pengarah Urusan, Datuk Jimmy Doh Jee Ming (kanan).


Selain itu, Perbankan Runcit AmBank sedang berusaha untuk meluluskan pembiayaan akhir bernilai sehingga RM300 juta untuk pelbagai projek kumpulan yang sedang dan akan membangun. 


Ini termasuk pembinaan tiga fasa pertama perbandaran baru - Lagenda Teluk Intan dengan anggaran pembinaan 6,390 unit rumah mampu milik.



Sementara itu, AmInvestment Bank Berhad adalah Penasihat Utama Lagenda Properties untuk pemerolehan aset harta tanah mereka yang baru-baru ini bernilai kira-kira RM823 juta, dengan AmInvestment juga menjadi satu-satunya Ejen Penempatan untuk Lagenda Properties dalam latihan penempatannya akan datang.


Dalam ucapan balas melahirkan rasa penghargaan terhadap sokongan AmBank Group, Jee Ming berkata, model perniagaan unik Lagenda Properties membolehkan pihaknya menjual rumah pada harga sehingga 30 peratus di bawah harga setanding terdekat (kurang daripada RM200,000) di samping mengekalkan margin dua angka (keuntungan selepas cukai) bagi syarikat.


“Pada masa yang sama, kami akan terus meneroka peluang perniagaan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan kehadiran kami di seluruh Malaysia,” tambah Jee Ming.


Dengan pengambilan alih tiga syarikat  iaitu Blossom Eastland Sdn Bhd, Rantau Urusan (M) Sdn Bhd dan Yik Wang Trading Sdn Bhd baru-baru ini, Lagenda Properties Berhad telah meningkat dengan ketara dengan baki agregat nilai pembangunan kasar keseluruhan berjumlah kira-kira RM2.1 bilion, penjualan belum ditagih berjumlah RM532 juta serta simpanan tanah berjumlah 485.62 hektar yang akan dibangunkan.


Lagenda Properties kini melaksanakan dua projek perbandaran perumahan mampu milik utama dikenali sebagai Bandar Baru Setia Awan Perdana dan Lagenda Teluk Intan.



#AmBankGroup #LagendaPropertiesBerhad  #MoU #LagendaTeluk Intan 

Tiada ulasan: