Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AMAN RA PERTARUH 'SEMANGAT IMPIAN' SELEPAS 'BANGUN'


“Bangun… budak flat bangun…” apabila dialunkan lirik ini pastinya ramai peminat hip hop dah pun ketahui ia lagu popular penyanyi Aman Ra yang berjaya merangkul trofi Naib Johan pada Anugerah Juara Lagu ke-34 tahun lalu.


Berikutan kejayaan lagu “Bangun” Aman RA bakal melancarkan single terbaru yang merupakan kesinambungan kepada cerita Budak Flat yang mengambarkan perjalanan hidup peribadi dalam mencapai impiannya. 


Single terbaru, “Semangat Impian” telah di tulis bagi menginspirasikan seluruh masyarakat Malaysia untuk tidak berputus asa dalam usaha menggapai mimpi mereka.


Perjalanan Aman RA dalam industri muzik bermula dengan “Budak Flat” yang mengisahkan dirinya yang menghadapi kesusahan dan realiti harian tetapi tetap memegang kepada impian untuk berubah nasib. 


‘Budak Flat’ kemudiannya beralih ke “Bangun” yang memberi rentak yang lebih positif kepada pendengar dalam menyampaikan pesanan motivasi untuk bangun dan berjuang demi memperbaiki hidup. 


Lagu “Bangun” telah menjadi anthem dan inspirasi kepada ramai dan korus yang agak menarik menjadi bahan nyanyian anak- anak kecil.

“Semangat Impian” pula merupakan lagu yang di inspirasikan oleh pencapaian Aman RA dalam bertanding di Anugerah Juara Lagu dan kejayaan manis memenangi tempat kedua sebagai penulis lagu.


Ini telah menunjukkannya bahawa keazaman dan kepercayaan untuk melalui segala rintangan telah mendorong dalam merealisasi impiannya.


Video muzik rasmi pula menonjolkkan aspirasi dua pemuda iaitu pemain bola sepak gaya bebas, Muhammad Ariff bin Abd. Karim yang pernah mewakili Malaysia ke peringkat dunia and pelakon muda Mohd. Daniel Emirrul; di mana cerita mereka menggambarkan

kegigihan dan semangat untuk mencapai matlamat masing-masing.


Menerusi lagu dan liriknya, Aman RA mengharapkan agar ia menjadi pembakar semangat dan memberi inspirasi untuk selalu berpegang pada impian, sentiasa berusaha untuk mengatasi segala rintangan demi mencapai impian.


“Semangat Impian” kini didapati di semua platform digital dan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran AmanRAVEVO di YouTube.


Mungkin kah "Semangat Impian" mampu mengatasi pencapaian lagu "Bangun"? 


Sejak dilancarkan pada 31 Julai lalu, lagu terbaharu Aman RA ini baru memperoleh 45,866 tontonan berbanding 'Bangun' yang kini telah mencapai lebih 10 juta (sejak Ogos 2018) manakala 'Budak Flat' meraih tontonan lebih 3 juta sejak  dilancarkan pada April 2016.



#SemangatImpan #BudakFlat #Bangun #AmanRa #LaguBaharu



Tiada ulasan: