Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SYILING EMAS UPIN & IPIN SAMBUT MERDEKA!


WOW! Syiling Upin Ipin dah ada!


Apa lagi? Peminat maskot kembar ini tentu suka kan terutamanya kanak-kanak. Bolehlah syiling tu dijadikan loket emas untuk dihadiahkan kepada anak-anak ya tak?


Mampu milik pula tu cuma RM118 dan boleh didapati di semua gedung pengeluar barangan kemas tempatan yang terkenal, HABIB.


Ya, Habib baru-baru ini telah bekerjasama dengan penerbit animas Upin & Ipin, Les' Copaque bagi pengeluaran syiling Upin & Ipin itu sempena meraikan kempen Merdeka dan #SokongLokal.


Majlis pelancarannya disempurnakan bersama oleh Dato Sri Meer Habib selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib dan Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Produksi Les’ Copaque Sdn Bhd bersama-sama maskot Upin Ipin di ruang legar IOI Mall, Putrajaya.




Syiling emas Upin dan Ipin  seberat 0.2gram dan dijual pada harga RM118 itu  adalah kemuncak kepada pameran merdeka yang berlangsung dari 27 Ogos sehingga 6 September di pusat membeli-belah berkenaan.


Majlis juga turut dimeriahkan dengan tarian goyang Upin Ipin yang dipersembahkan oleh kakitangan Habib dan maskot Upin dan Ipin bersama-sama selebriti dan deejay radio tempatan.

 

HABIB memilih kerjasama ini kerana animasi terkenal ini merupakan hasil karya anak tempatan dan bertepatan dengan tema kempen Habib pada tahun ini iaitu #SokongLokal. Animasi Upin dan Ipin tidak hanya ditonton oleh kanak-kanak malahan setiap peringkat usia. Penghasilan syiling emas ini bukan hanya menarik perhatian pembeli namun dapat mendidik generasi muda agar mula berjinak dalam melabur serta memupuk tabiat bijak berbelanja. 


Syiling emas edisi terhad ini juga merupakan sebahagian daripada kempen #SokongLokal yang dianjurkan di mana ia bertujuaan untuk membantu merangsang perniagaan tempatan di saat keadaan ekonomi yang mencabar ini. 


Melalui kempen ini, pengguna digalakkan untuk menyokong produk dan servis tempatan kerana mereka merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat membantu perkembangan ekonomi negara. 


Tambahan pula, tiada yang lebih bermakna untuk menyahut seruan #SokongLokal di Bulan Kemerdekaan memandangkan Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63 pada 31 Ogos ini. 


Seperti stok dan bon, emas juga merupakan satu bentuk pelaburan yang menjamin kerana harganya sentiasa meningkat. Malahan, harga bagi logam berharga ini dilihat meningkat sehingga 30 peratus tahun ini berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. 




Secara tuntasnya, tiada bentuk pelaburan lain yang lebih menguntungkan seperti pelaburan emas. Selain daripada menjadi penghias koleksi terhad syiling emas, kembar seiras ini berkongsi jalan cerita yang hampir sama dengan Habib di mana Upin dan Ipin membesar secara sederhana di sebuah rumah di Kampung Durian Runtuh. Manakala kisah Habib bermula di sebuah rumah Jawi Peranakan di Pulau Pinang yang sekarang ini sudah berusia lebih 100 tahun namun berjaya mencipta kejayaan yang membanggakan. 


Animasi Upin dan Ipin telah berjaya melebarkan sayap ke segenap rumpun di seluruh pelosok Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura. 


Malahan  muzik video animasi ini juga telah mendapat jumlah tontonan sehingga 31 juta (semasa siaran media ini dikeluarkan) di saluran Youtube Produksi Les’ Copaque. 


Jangan terlepas peluang untuk berkunjung ke Pameran Merdeka Habib untuk mendapatkan syiling emas 24K edisi terhad dari Koleksi Merdeka dan juga Upin & Ipin sepanjang pameran ini berlangsung sehingga 6 September 2020. 




Kak FasTerlepas peluang miliki syiling Upin & Ipin, tersangkut jam dan ....jawabnya tiada rezeki huhu...


#HABIB #LesCopaque #UpinIpin #SyilingEmasUpinIpin #SokongLokal






5 ulasan:

  1. upin ipin ni famous kan, hari tu p Indonesia, diorg tegur atie .. cakap sal upin ipin saja ..hahah

    BalasPadam
  2. Yeah these famous duo from the virtual world is really a big hit now. :D

    BalasPadam
  3. kalau anak tahu ni mesti suruh beli. boleh buat koleksi emas ni.pandai habib nak tarik customer beli emas

    BalasPadam
  4. wah unik yer habib keluarkan syiling emas upin ipin ni. nak beli gak lah untuk anak2

    BalasPadam
  5. Dalam keadaan mcam ni kita memang kena support brand local. Cara ni la nak naikkan balik Malaysia and tolong peniaga2 kecil. Syiling upin ipin tu comel sangat la. Rasa mcm nk buat koleksi pulak.

    BalasPadam