Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NEUTROVIS, HIMAYA SUMBANG 500,000 PELITUP MUKA PERUBATAN


KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima sumbangan 10,000 kotak pelitup muka perubatan bernilai RM350,000 daripada dua syarikat tempatan, Maystar Beauty Sdn Bhd dan Anggun Kirana Sdn Bhd untuk diagihkan kepada golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan Frontliners.


Serahan disampaikan oleh Pengarah Urusan Maystar Beauty dan pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah serta Pengarah Urusan Anggun Kirana sebagai pemilik jenama Himaya, Dato KK Chua (kanan) kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Hajah Zuraida Binti Kamaruddin (tengah) di KPKT, Putrajaya petang semalam. Turut bersama duta jenama Neutrovis, Izzue Islam (kiri).



Inisiatif oleh Neutrovis dan Himaya ini dilancarkan dalam semangat perayaan Tahun Baru Cina untuk mengurangkan beban anggota-anggota frontliners dan golongan B40 malah mereka melihat kolaborasi untuk menyumbangkan pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA di beberapa organisasi amal dan sektor kerajaan ini bertujuan untuk lebih membantu usaha membanteras kes COVID-19.

“Usaha CSR kami adalah untuk mengurangkan beban rakyat dan frontliner pada masa pandemik ini," kata Zayn Puah

"Dengan semangat Tahun Baru Cina, kami ingin menyampaikan mesej positif dan berkongsi kesejahteraan kami dengan mereka yang memerlukan, kita akan melalui wabak ini bersama-sama," sambung KK Chua (kanan).




"Mari kita semua mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pemerintah dan mengelakkan kita tidak peduli untuk kesejahteraan bersama negara kita," tambahnya.


“Terima kasih kepada Anggun Kirana dan Maystar Beauty kerana telah menyumbangkan pelitup muka perubatan kepada golongan rakyat yang memerlukannya. 


"Pelitup muka perubatan yang disumbangkan adalah istimewa kerana telah diluluskan oleh Medical Device Authority. Saya harap sumbangan ini dapat membantu penduduk PPR dan golongan B40," ujar Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin sambil  mengucapkan kesyukuran beliau atas inisiatif Neutrovis dan Himaya itu. 

 

Objektif Neutrovis dan Himaya adalah semata-mata untuk membantu kerajaan membanteras penularan wabak COVID-19  dengan meringankan beban golongan kurang kemampuan sambil memainkan peranan mereka sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab secara sosial.

 

Sementara itu, sebagai duta pelitup muka Neutrovis, pelakon Izzue Islam memuji usaha murni berkenaan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.



"Bagi saya, di norma baru ini, pelitup muka sangat penting dalam kehidupan seharian. Dalam memerangi wabak ini, pastinya ada golongan yang sangat terkesan dalam pelbagai aspek, jadi saya selalu berpesan pada diri sendiri bahawa jika kita masih mampu berdiri, hulurlah tangan pada mereka yang sedang jatuh. Dan sama-sama kita lindungi diri dan keluarga tersayang," pesan Izzue Islam (kanan).


Sebagai duta produk, Izzue akan menggunakan suara dan akaun-akaun media sosialnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan rakyat semenjak penularan wabak COVID-19.



#Neutrovis #IzzueIslam #Himaya #ZuraidaKamaruddin #COVID-19 #PelitupMuka

1 ulasan:

Balqis Athirah berkata...

Terbaik usaha ini. Memang ada rakyat yang tak mampu sediakan pelitup muka ni memandangkan banyak pendapatan terjejas.