Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RESTOREN SMALL KITCHEN SASAR PEROLEH TEMPAHAN MAKANAN 1,000 PEK SEHARI BANTU PERJATI



RESTORAN Small Kitchen berharap dapat memperoleh sasaran tempahan sehingga 1,000 set makanan pada setiap hari Jumaat dengan RM2 disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jati Diri atau PERJATI.


“Melalui dua set menu meliputi hidangan nasi ayam dan soto bernilai RM10 setiap set,  pihak Small Kitchen akan menyumbangkan RM2 kepada tabung PERJATI,” ujar Encik Mohd Shahril Ramli (gambar bawah, kiri) selaku pemilik restoren Small Kitchen bersama rakan kongsinya, Dato Hassan Saad (kanan).


Beliau ditemui pada majlis pelancaran ringkas sumbangan awal  kira-kira 100 pek makanan kepada PERJATi yang diserahkan kepada Pengerusinya, Encik Rosal Md Nasid bertempat di Restoren Small Kitchen terletak di Amara Residensi, jalan Raintree Utama, Batu Caves pada petang semalam, 11 September 2021.


Turut bersama kira-kira 5 ahli jawatankuasa PERJATI yang diketuai Pengerusinya, Encik Rosali Md Nasid terdiri daripada beberapa individu yang turut menaja antaranya Datuk  IDr Khairulzaman Kamaruddin dan isteri Datin Zauwiyah Morad (gambar bawah) serta Encik Amri Sham.



Menurut Mohd Shahril, idea yang dilontarkan oleh Dato Hassan merupakan program amal yang akan dianjurkan setiap hari Jumaat  bagi membantu mengisi Tabung PERJATI.

“DI samping itu, kami juga akan memberikan elauns kepada 10 orang ahli PERJATI untuk membantu dalam urusan pembungkusan dan tugasan ringan di restoran pada hari Jumaat sahaja,” tambah Shahril.


Menyambut dengan rasa bersyukur program amal yang dinamakan ‘Dapur Perjati’ itu, Encik Rosali memberitahu,  dengan sokongan dan bantuan daripada Small Kitchen dapatlah menambah kewangan tabung persatuan bagi memafaat keperluan seramai 165 ahlinya.


“Ahli-ahli kami terdiri daripada insan istimewa dalam pelbagai bidang kemahiran seperti menjahit, memasak dan sebagainya, jadi sekiranya mana-mana masyarakat yang memerlukan bantuan kami sedia ke hadapan,” tambah Rosali (kanan) sambil memberitahu PERJATI baharu setahun jagung ditubuhkan sejak tahun lalu pada 9 September 2020.



Sementara itu, sesiapa yang ingin membuat tempahan dan berkongsi rezeki membantu PERJATI boleh membuat tempahan awal dengan menghubungi pihak Small Kitchen secara wats app melalui talian bernombor 011 40549279.



“Sebaiknya tempahan awal dibuat seminggu sebelum Jumaat namun kami masih menerima tempahan sehari atau pada awal pagi Jumaat,” jelas Mohd Shahril sambil berharap ramai individu mahu pun orgsnisasi yang mahu menderma pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari memperoleh keberkatan dan pahala sebagai bekalan akhirat.


Benar tu, sambil kita menjamu selera kita turut beramal. 




Kak Fas: Jarang makan Soto tetapi Soto dari Small Kitchen ini memang lazat. Begitu juga Nasi Ayamnya. Korang harus cuba sebab  sekali cuba pasti nak lagi!






#DapurPerjati #ProgramAmal #Perjati #SmallKitchen #NasiAyam #Soto #Jumaat

Tiada ulasan: