Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BINA SISTEM IMUN BADAN, AMALKAN ESKAYVIE DIFFENZ


SESUNGGUHNYA, abad ke-21 ini mengubah cara kehidupan manusia ke satu norma baharu di seluruh dunia tidak kira bangsa mahu pun agama. Semuanya gara-gara koronavirus atau ringkasnya, COVID-19.


Sehubungan itu, pelbagai langkah dilakukan bagi menangani pandemik COVID-19 secara menyeluruh termasuk mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan penularannya di kalangan semua individu termasuk kanak-kanak. 


Justeru, tidak syak lagi, penjagaan kesihatan paru-paru dan sistem imun yang baik perlu diambil berat bagi melindungi diri seterusnya mengelakkan komplikasi kesihatan yang lebih teruk.

 

Eskayvie Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Bumiputera melancarkan kempen Eskayvie Kita Ikhtiar dalam usaha membiasakan norma baharu, menyokong kesedaran terhadap penjagaan diri yang baik, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penjagaan kesihatan paru-paru.

 

Malah syarikat berkenaan yang giat melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut memperkenalkan produk suplemen 4 dalam 1 dipanggil Eskayvie Diffenz sejak awal tahun ini.


DR Syid Ayob bersama Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed.


Ia diusahakan melalui kajian sains terkini dan formulasi terperinci oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, graduan Vrije Universiteit Brussels, Belgium dalam bidang perubatan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie. optimis dengan khasiat produk berkenaan.

 

"Tablet berperisa blackcurrant ini dihasilkan dengan gabungan empat bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, buah Camu-camu, vitamin C dan vitamin D. Ia  sangat mudah diambil dan menerima sambutan sangat menggalakkan daripada  pengguna.


"Rasanya yang masam manis dan enak amat disukai golongan dewasa dan kanak-kanak daripada usia seawal lima tahun.

 

"Lebih 500,000 unit terjual dan ramai  mendapat manfaat serta khasiat terbaik sepanjang mengamalkan produk ini terutamanya bagi mereka yang ingin meningkatkan penjagaan kesihatan paru-paru dan sistem imun badan," katanya.

 

Tambah Dr Syid Ayob, Cendawan Susu Harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerus diiktiraf sebagai harta karun negara kerana ia sangat bernilai dan amat sukar didapati.



"Kajian terhadap kebaikan dan manfaat Cendawan Susu Harimau yang hampir pupus ini mula giat dijalankan pada tahun 2002. Ia bukan sahaja membantu menyokong kesihatan paru-paru malah turut mengandungi manfaat lain.

 

"Termasuk menguatkan sistem pertahanan badan, kaya dengan antioksidan dan membantu mengurangkan keradangan dalam badan.


"Malah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang doktor perubatan turut memanfaatkan nutrisi daripada cendawan berkenaan yang  membantu mengatasi masalah batuk yang dialami," katanya.

 

Produk keluaran Eskayvie diiktiraf halal oleh  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain mendapat kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.


Malah pernah menerima Anugerah Superbrand. Ini menjadikan Eskayvie Diffenz sebagai produk pilihan rakyat Malaysia yang menyokong matlamat penjagaan kesihatan masa kini.


Layari www.eskayvie.com atau KLIK SINI untuk info lanjut.



#EskayvieDiffenz #DrMahathirMohamed #ImunBadan #CendawanSusu #COVID-19



Tiada ulasan: