Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SERTAI PERADUAN DI 4 SALURAN ASTRO RADIO MENANG HADIAH


ASTRO Radio melalui empat saluran popularnya meliputi ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN bakal menganjurkan peraduan-peraduan yang membolehkan pendengar berpeluang memenangi hadiah wang tunai dari sekarang hingga 1 Oktober depan.


Empat peraduan yang boleh disertai adalah ‘Teka Bunyi ERA’, ‘Test Muzik SINAR’. ‘Kotak Lagu GEGAR’ dan ‘Teka Suara ZAYAN’.


ERA: Teka Bunyi ERA


Mulai sekarang hingga 1 Oktober, para peminat ERA boleh sertai Teka Bunyi ERA’ di udara dan berpeluang menang wang tunai sebanyak RM150. 


Cara-caranya:

  • Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Teka sedutan bunyi yang dimuat naik menerusi Instagram ERA dan peserta boleh mendapatkan pembayang, juga menerusi Instagram ERA.
  • Peserta yang memberikan jawapan tepat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150.
  • Jika jawapan yang diberikan adalah salah, wang tunai tersebut akan digandakan ke pusingan seterusnya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Teka Bunyi ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA. 

SINAR: Test Muzik SINAR



Para peminat SINAR teka tajuk lagu berpeluang pula mmenango sebahagian wang tunai bernilai RM8,000.


Cara-caranya:


  • Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Berikan tajuk lagu dari sedutan muzik yang akan dimainkan oleh personaliti SINAR. Peserta boleh rujuk pembayang di ‘Instagram Story’ SINAR.
  • Peserta dengan jawapan yang tepat akan menang wang tunai sebanyak RM200 dan jika peserta memberikan jawapan yang salah, wang tersebut akan ditambah ke pusingan seterusnya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Test Muzik SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR. 


GEGAR: Kotak Lagu GEGAR



Pendengar berpeluang memenango sebahagian wang tunai bernilai RM12,000, bermula 26 September di udara.


Cara-caranya:

  • Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Berikan tajuk lagu mengikut ‘Kotak Lagu’ yang dimuat naik di Facebook dan Instagram GEGAR.
  • Peserta boleh mendapatkan pembayang di ‘Facebook dan Instagram Story’ GEGAR.
  • Peserta bersama jawapan yang tepat membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 dan jika jawapan yang diberikan adalah salah, wang tunai tersebut akan digandakan ke pusingaseterusnya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Kotak Lagu GEGAR’ yang dibawakan oleh O’BETTY by Glow Glowing, di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

ZAYAN: Teka Suara ZAYAN




Para peminat ZAYAN boleh teka suara selebriti dalam ‘Teka Suara ZAYAN’, bermula 27 September di udara untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM200


Cara-caranya:

  • Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Berikan nama selebriti yang menyebut ‘ZAYAN #IndahDiHati’, berdasarkan sedutan yang dimuat naik di Facebook dan Instagram ZAYAN.
  • Peserta boleh mendapatkan pembayang di ‘Facebook dan Instagram Story’ ZAYAN.
  • Peserta bersama jawapan yang tepat memenangi wang tunai sebanyak RM200 dan jika peserta memberikan jawapan yang salah, wang tunai tersebut akan digandakan ke pusingan seterusnya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Teka Suara ZAYAN’ di laman rasmi dan media sosial.

#AstroRadio #ERA #Gegar #Zayan #Sinar #Peraduan #IndahDiHati #Hadiah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan