Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUCAIMARS PUTUS CINTA KE? MOHON DIBERI PELUANG KEDUA!

JIKA di sebut Amirul Husyairi bin Nani tentu ramai yang tidak perasan siapa penyanyi ini.


Tetapi jika disebut nama pentasnya, Kucaimars pasti ramai yang mengenalinya waima memiliki nama yang unik bahkan penyanyi Dato Siti Nurhaliza pun pernah berpendapat sedemikian lantas memanggilnya sebagai Kucai sahaja secara ringkas.


Ketika itu, pada program realiti 'Big Stage 2019' lah nama beliau dikenali ramai apatah lagi apabila berjaya menempatkan dirinya ke peringkat separuh akhir walau pun gagal ke pentas akhir.



Khabarnya nama itu diperoleh daripada dua perkataan 'kucai' dan 'mars' di mana gelaran 'kucai' diberikan seorang jurulatih bola sepak kepadanya ketika menuntut di Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi di Senawang manakala 'mars' ialah jenama cokelat kegemarannya.


Pun begitu, tidak dinafikan kehadiran beliau dalam industri muzik mencuri perhatian pada tahun 2018 apabila video dirinya menyanyikan lagu-lagu saduran yang dikongsikan di laman sosial media menjadi tular. 


Kucaimars memulakan kerjaya sebagai penyanyi profesional menerusi single debutnya berjudul ‘Jawab’ pada Januari 2019. 


Dan selepas 'Big Stage 2019' Kucaimars kemudiannya melancarkan single keduanya ‘Khayalan’ pada Disember, sebuah lagu yang dirakam sempena penyertaannya dalam program realiti yang beraspirasi mengetengahkan bakat generasi muda dalam industri muzik Malaysia itu.


Selanjutnya, Kucaimars muncul pula dengan single ketiganya berjudul ‘Mudah Bagimu’ yang mendapat sambutan hangat peminat dan berjaya menarik  lebih 950,000 tontonan di You Tube.



Tidak mahu berhenti di situ, danpada Februari lepas Kucaimars melancarkan single keempatnya yang berjudul ‘Wanita’ dan sebagai penutup kalendar seninya pada tahun 2021 ini, Kucaimars hadir dengan single terbaharunya, "Kerna Ku Terpaksa'. 


"Kerna Ku Terpaksa" merupakan ciptaan bersama Neves dan Az Rahman, diberikan susunan muzik yang indah oleh mereka berdua. 


Menyifatkan single kelimanya ini sebagai lagu memohon peluang untuk berubah, Kucaimars berkata:


“Lirik lagu ini bercerita tentang seseorang yang memohon untuk diberikan peluang kedua dan memperbaiki hubungan cintanya. Saya berharap lagu ini dekat di hati pendengar yang pernah mengalami pengalaman yang serupa.” 


Apakah ini petanda penyanyi berusia 24 tahun ini putus cinta? Hanya Kucaimars yag mampu menjawabnya.


Apa pun single terbaharunya  terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 24 September lalu.



#Kucaimars #SingleTerbaharu #KernaKuTerpaksa #BigStage2019 #PutusCinta


Tiada ulasan:

Catat Ulasan