Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NAK BERGAYA PERSIS SITI NURHALIZA? APA RAHSIANYA?


SIAPA peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin di sini sehingga mahu kelihatan persis penyanyi nombor satu negara itu dari segi penampilannya dan gayanya yang praktikal, mudah dan sentiasa tampil menawan.

Tetapi apa rahsianya kan?


Kalau anda nak tahu sudah tentulah kerana beliau menggunakan produk jenamanya sendiri ‘SimplySiti’ yang sudah lama di pasaran sejak ditubuhkan pada tahun 2010.


Jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatannya ini dirumus secara saintifik serta klinikal terbukti  mencerminkan gaya hidup Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti.


Iyalah kalau sendiri tak guna jenama sendiri mana nak tahu keberkesanannya ya tak? 


Apa tah lagi dengan berpaksikan Sijil Halal Jakim, diyakini semua produk SimplySiti suci dan bersih sehingga menjadi pilihan wanita Islam di Asia.


Kini, walau pun dilanda pandemik COVID-19, SimplySiti terus mengorak langkah memperkenalkan produk terbaharu bagi memperkasakan lagi jenamanya.


Berkonsepkan ‘SimplySiti For All’, rangkaian produk kosmetik terbaharu dilancarkan dengan sasaran ditujukan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia.



“Saya yakin rangkaian kosmetik terbaharu ini akan dapat memenuhi citarasa ramai kerana rona-rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit wanita Asia dan peringkat umur bagi penggemar-penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi’, kata Tok Ti.


Dilancarkan sejak 9 September 2021 lalu, kosmetik terbaharunya itu menampilkan koleksi solekan yang terdiri dari SimplySiti ‘2-way Cake’, ‘Compact Powder’, ‘Loose Powder’, ‘Cushion Foundation’, ‘Liquid Foundation’, ‘Powder Blush’, rangkaian gincu dengan tiga kemasan iaitu ‘matte’, ‘semi-matte’ dan ‘moist’, ‘9 in 1 Eyeshadow’, ‘SimplySiti Valumizing dan Lash Extension Mascara’, ‘Eyeliner’ dan ‘Eye Brow Pencil’ dalam rona hitam dan coklat serta ‘Micellar Water’


Wow! Banyak pilihan tu, rabun mata nak memilih kan?


Apa pun, menurut Siti, setelah 11 tahun berada di pasaran, beliau amat teruja dengan pelancaran kosmetik terbaharu ini kerana ingin memperkenalkan wajah baharu ‘Brand Ambassador’ SimplySiti yang akan bersama-sama beliau untuk mempromosi koleksi kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk keluaran SimplySiti yang akan datang.


Zahra Zura Aziza Zahanor, 20 tahun, merupakan gadis bertuah yang terpilih sebagai ‘Brand Ambassador’ SimplySiti. 


Beliau berjaya menjadi ‘top finalist’ melalui Pertandingan Pencarian Wajah SimplySiti yang diadakan pada bulan Jun lalu, di mana pihak SimplySiti telah menerima lebih dari 700 penyertaan. 


Zahra yang merupakan pelajar tahun akhir, Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans UiTM, adalah anak pertama dari dua orang adik-beradik. 


Berasal dari Kuala Lumpur dan bercita-cita untuk menjadi Pembaca Berita selain meneruskan kerjaya dalam bidang Insurans. 


‘Saya amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan tidak menyangka menjadi ‘top 4’ dan seterusnya pemenang bagi pertandingan ini. Saya juga tidak pernah bermimpi untuk berkerjasama dengan Penyanyi Nombor 1 Malaysia – Datuk Sri Siti Nurhaliza, dan saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini,’ kata Zahra. 


Bertuah dia kan? Tahniah Zahra.


Jadi jika korang nak bergaya seperti Tok Ti apa kata singgah ke Watson untuk melihat sendiri rangkaian produk terbaharunya itu.


Pembelian juga boleh dilakukan secara dalam talian di platform Shopee atau pun laman web rasmi www.simplysiti.com.my dan SimplySiti Elite atau lebih cepat KLIK INI untuk terus ke laman berkenaan.



#SimplySiti #CTDK #SitiNurhalizaTarudin #Kosmetik #ZahraZura #SimplySitiForAll


Tiada ulasan: