Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG BERGELAR 'MISS & MRS CHIPAO. APA MAKSUD CHIPAO?



SEJUJURNYA Kak Fas bukan mengikuti sangat bab perkembangan acara-acara berkaitan ‘ratu cantik’. ‘ratu kebaya’ atau apa apa pertandingan yang melibatkan gelaran ‘ratu’ kecuali Ratu Cantik Dunia tahu lah. 


Itu pun hanya mengenali beberapa  ratu  tertentu sahaja contohnya pelakon Erra Fazira yang pernah membawa gelaran Ratu Cantik ‘Miss Malaysia World’ psda tahun 1992 atau  pelakon Hindi popular, Aishwarya Rai selepas bergelar Ratu Cantik Dunia 1994.


Di peringkat tempatan, Kak Fas jarang membuat liputan acara ‘Ratu Cantik’ waima dalam kategori apa sekali pun.


Namun baru-baru ini, Kak Fas terpanggil untuk menerima jemputan rakan seperjuangan yang Kak Fas panggil Dragon dan Anas dari portal 'Rentak Sejuta' untuk bersama mereka  mengikuti sidang media secara virtual berkaitan beberapa aktiviti tempatan yang melibatkan pertandingan ratu.


Salah satu daripadanya adalah ‘Miss and Mrs Chipao 2021’ anjuran sebuah organisasi yang dinamakan Miss Kebaya Malaysia (MMK) Organisation dipimpin  pengasasnya, Dr. Jason Hee bersama rakan kongsinya, Nicole Fe Lynne dan dengan   kerjasama dari Juara Mrs. Chipao Malaysia 2018, Esther Bungan Michael dari Miri.


Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa agaknya kali ini Kak Fas tertarik untuk melaporkan acara sedemikian ya?


Sebenarnya, perkataan ‘chipao’ itu yang membuat Kak Fas tertanya-tanya. Bunyinya pelik dan seakan bahasa pasar  Melayu yang maksudnya tak perlulah Kak Fas rungkaikan lagi sebab semua tahu kan? Jadi kenapa guna ‘Chipao’?


Chipao’ dalam bahasa Mandarin bermaksud ‘cheongsam’, begitu jelas Jason Hee pada ucapan aluannya melalui sidang media secara maya yang diadakan baru-baru ini.


Penerangannya itu membuatkan Kak Fas tak perlu dah tanya  persoalan sama apabila sesi soal jawab dibuka. 


Barulah tahu apa maksud ‘chipao’ sebenarnya,


Rupanya ‘cheongsam’ dalam bahasa Mandarin dan bahasa kuno itu dipilih pihak penganjur dalam usaha mereka mengembalikan kisah disebalik asal usul pakaian tradisional Cina itu.


Dan Kak Fas juga baharu tahu bahawa pertandingan Miss & Mrs Chipao Malaysia 2021 telah memasuki musim keenam cuma bezanya ini kali pertama tahun ini ia dianjurkan mengikut norma baharu secara maya.



“Semua pertandingan akan diadakan secara dalam talian dan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Miss Chipao Malaysia,” ujar Jason Hee pada sidang akhbar secara maya baru-baru ini.


Turut hadir, Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) Malaysia untuk bahagian dasar (kebudayaan) Datin Salida Ibrahim dan Timbalan Presiden Pertubuhan Pelancongan Penyelidikan Dunia (WRTO) Malaysia yang juga mantan setiausaha jeneral kementerian Datuk Rashidi Hasbullah.


Manakala barisan para juri yang hadir terdiri daripada personaliti terkenal seperti Ratu Unduk Ngadau 2021 dari Sabah, Maya Hejnowska;  pengasas Miss CosmoWorld Carrie Lee, pemenang Mrs Universe 2013 Carol Lee, serta pengasas Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) Bon Zainal dan pengusaha batik, Rasta Rashid.



Sambil menyifatkan tujuan pertandingan selama ini adalah untuk menghantar mesej penting kepada semua wanita dan ibu muda  bahawa  kecantikan itu tidak ditentukan oleh penampilan fizikal semata sebaliknya kecantikan dalaman perlu juga dititikberatkan.


“Acara  begini juga dirancang untuk membantu syarikat komersial mengenal pasti duta besar yang sesuai untuk mewakili dan mempromosikan jenama mereka sekali gus  mendorong orang menjalani gaya hidup sihat terutama semasa pandemi Covid-19, ” tambah Hee.


Selain ‘Miss & Mrs Chipao 2021’,  tahun ini akan turut menyaksikan kembalinya beberapa pertandingan sampingan yang membawa gelaran ‘Little Miss Chipao’ dan ‘Little Mr Culture’ (Samfu); ‘Mr Culture (Samfu) Malaysia’; ‘Classic Chipao Malaysia ”; dan juga pencarian 'Duta Chipao' tempatan dan antarabangsa.


Penyertaan untuk pertandingan terbuka untuk rakyat Malaysia dan ekspatriat berusia tiga hingga 17 tahun  untuk  Little Miss Chipao dan Little Mr Culture (Samfu); berumur 17 hingga 35 tahun untuk Miss Chipao dan Mr Culture (Samfu) Malaysia; 21 hingga 50 untuk Puan (Mrs) Chipao dan berumur 50 tahun ke atas untuk Classic Chipao Malaysia.


Dalam pada itu aktiviti sanpingsn lain yang akan memeriahkan pentas sempena sambutan perayaan Festival Pertengahan Musim Gugur 2021 yang akan datang adalah 'Pertandingan Tanglung Kreatif Dalam Talian’.


“Kesemua acara-acara ini dimaksudkan untuk semua orang yang berada dalam keadaan terkunci di rumah, di mana mereka masih dapat menikmati Festival Pertengahan Musim Gugur, atau Mooncake, bersama keluarga dan rakan mereka melalui kaedah maya,” ujar Hee.



Pendaftaran Miss Chipao, Mrs Chipao serta Little Miss Chipao dan Little Mr Samfu kini dibuka, dengan tarikh tutup penyerahan penyertaan ditetapkan pada 15 September dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM50 atau melalui pembelian kek bulan bernilai RM138.


Kira-kira 100 finalis dijangka  akan ke pentas akhir yang akan bersiaran  secara langsung melalui halaman Facebook Miss Chipao Malaysia.


Selain daripada latihan bengkel oleh pemimpin industri yang berlangsung dari 17 hingga 19 September, para peserta yang terpilih juga akan berpeluang untuk menyertai pameran ‘Fesyen Keluarga dan Bakat Keluarga’ pada 15 September, menjelang Hari Malaysia.


Hadiah bernilai keseluruhan lebih dari RM10,000, yang terdiri daripada produk dan biasiswa, menanti pemenang bertuah dari semua pertandingan bertema pakaian tradisional Cina ini.


Untuk maklumat lanjut boleh KLIK SINI.



#Miss&MrsChipao #Cheongsam #MoonCakeFestival #Motac #WRTO #MMK

Tiada ulasan: