Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'ASTRO 25 CONCERT' GABUNGKAN ARTIS TEMPATAN, LUAR NEGARA SECARA VIRTUAL 25 SEPT.


LEBIH kurang 54 artis tempatan dan antarabangsa merangkumi negara rantau Asia mahu pun Eropah dan Amerika bakal dipertemukan melalui konsert virtual, ‘Astro 25 Concert’ sempena sambutan ulang tahun Jubli Perak stesen televisyen berbayar itu pada 25 September 2021 ini.


Bersiaran selama tiga jam mulai 8.30 malam di Astro 25 saluran 100 dan platform Astro Go, ia bakal dihoskan pengacara popular Nabil Ahmad dan personaliti radio, Ean, Arnold dan Aishah Sinclair.


Siapa kah selebriti-selebriti berkenaan?


* Bintang ‘Running Man’, Kim Jong Kook, yang turut dikenali dengan suara balada yang merdu dan penuh melankolik; beliau akan mempersembahkan salah satu lagu popular beliau. Running Man merupakan program variasi Korea pilihan nombor 1 rakyat Malaysia dan disiarkan di ONE HD (Astro Saluran 393) pada setiap hari Jumaat. 


* Kumpulan Gen Z yang kini begitu digilai ramai, TOMORROW X TOGETHER, merupakan kumpulan terbaharu dan popular dari Seoul kerana memilik suara yang merdu dan mampu menyampaikan persembahan yang cukup hebat. Muzik mereka dianggap cukup dekat dengan generasi hari ini kerana diinspirasikan dari kisah-kisah tauladan dan sesuai dengan remaja di seluruh dunia. 


*Pemenang anugerah Grammy sebanyak dua (2) kali, Jason Mraz, pemuzik dari Amerika, Pink Sweat, penyanyi serta penulis lagu, Bazzi, dan alumni program The Voice UK, Jamie Miller. 




* Barisan penghibur tersohor negara termasuklah nama-nama legenda tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Ella, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Datuk M. Nasir, Datuk Syafinaz, Erra Fazira dan Anuar Zain ke Ernie Zakri, Datuk Hattan, Misha Omar, Mugen Rao, Syamel, Zee Avi, Shio Yee, Liza Hanim, Hael Husaini, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Zynakal. 


* Kumpulan lelaki Cantopop Hong Kong sensasi, Mirror, bintang Hong Kong Ruco Chan, dan pemenang TVB Stars Academy yang baru sahaja berusia 15 tahun, Gigi Yim. 


* Kumpulan popular Indonesia, Dewa 19, yang turut merupakan kumpulan rock yang begitu disegani ramai khususnya di Indonesia, Once Mekel, bekas penyanyi utama kumpulan Dewa 19, Slam, kumpulan rock tanah air, dan pemenang Singapore Idol, Taufik Batisah.  


* Pelawak dan hos terkemuka negara, Harith Iskander, bersama pemain komedi, pelakon dan pengacara TV popular Singapura, Kumar. 


* Bintang-bintang dari program terbitan Astro seperti Amir Masdi, Siti Nordiana, Naqiu, Yoke Chen, Sarah Suhairi, Santesh, Nicole Lai, Azharina, Han Byul, Noryn Aziz, Vanessa, Vince Chong dan Aina Abdul.


* Barisan artis sensasi tanah air seperti Lil J, Orga, TUJULOCA, MK K-Clique, Haqiem Rusli, Yonnyboii dan Abigail – figura generasi hari ini, yang mana popular dan menempa nama menerusi platform media sosial umumnya. 



“Sebagai sebahagian dari usaha Astro untuk meraikan rakyat Malaysia selama 25 tahun kami berkhidmat ini, kami begitu teruja untuk membawakan ‘Astro 25 Concert’, yang akan menyaksikan persembahan terhebat dari artis-artis naungan Astro yang mana mereka akan turut digandingan bersama ramai lagi nama-nama hebat di rantau ini mahupun di peringkat antarabangsa,” ujar Agnes Rozario, Pengarah Kandungan Astro.


Menurutnya, seiring dengan tema sambutan Astro yang ke-25 tahun iaitu ‘Better Together’,  Astro percaya bahawa mayarakat semua akan lebih baik jika terus kekal bersama. 


“Konsert ini diadakan istimewa buat setiap pelanggan dan bakat-bakat tempatan dalam industri khususnya yang selama ini setia menyokong Astro dalam misi memastikan rakyat Malaysia sentiasa terhibur dan kekal berinformasi di kala kami berusaha melebarkan sayap menjangkaui TV dan radio,” tambah Agnes.



Bakal disiarkan di Saluran 100, semua pelanggan Astro boleh menikmati persembahan terhebat yang dibawakan secara terus ke rumah anda, ditonton dengan selesa bersama keluarga tersayang.


Jadi sekali lagi diingatkan jangan lupa untuk menyaksikan konsert terbesar hebat dalam norma baharu ini, ’Astro 25 Concert’, pada hari Sabtu, 25 September, pada jam 8:30 malam di Astro 25 (Saluran 100) dan boleh juga distrim menerusi Astro GO. 


Siaran ulangan atau ‘encore viewing’ juga boleh ditonton menerusi platform On Demand, selepas berakhirnya konsert. 


Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Astro 25 Concert’, layarai laman Facebook @Astro, Twitter @astroonline and Instagram @astromalaysia. 


Dalam pada itu, penonton Astro juga boleh menantikan tayangan perdana dua dokumentari istimewa, 'Tanah Tumpahnya Darah Kita' dan 'We Are No Different', juga di Astro 25 (Saluran 100). 


Kedua-dua dokumentari ini berkisarkan tentang keindahan dan keharmonian kita hidup bersama sebagai rakyat Malaysia – dari seawal kisah sejarah bagaimana bekas perajurit kita berkorban untuk mempertahankan negara tanpa mengira bangsa, agama, bahasa dan budaya sehinggalah kepada kisah bagaimana ada di kalangan rakyat Malaysia yang mengambil dan membesarkan anak angkat tanpa membataskan bangsa masing-masing. 


Kisah-kisah ini bersama 150 program lain yang mengangkat pelbagai cerita dan filem Malaysia serta serantau terhebat, program-program sepanjang zaman kegemaran rakyat Malaysia dan rancangan realiti kini sedia menanti penonton di Astro 25, Saluran 100. 


Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ke-25 Astro ini dan tawaran-tawaran menarik yang disusun khas buat anda semua, layari www.astro.com.my/bettertogether atau KLIK SINI.


 

#Astro25Concert #BetterTogether #Astro25Years #KimJongKook #AgnesRozario

Tiada ulasan: