Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI SIARAN LANGSUNG SUKAN OLIMPIK MUSIM SEJUK DI BEIJING



HARI
ini akan berlangsungnya sukan ‘Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 iaitu dari 4 hingga 20 Februari 2022 di Beijing, China.


Dengan pandemik COVID-19 dan SOP yang perlu dipatuhi sudah tentu ramai yang sebelum ini telah  rancang untuk ke negara yang terkenal dengan Tembok China itu tidak kesampaian hajat mereka.


Namun, usah khuatir, jika anda tidak dapat ke sana, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan tetap membawa anda menikmati acara sukan berprestij itu melalui siaran langsung yang bakal bermula serentak dengan upacara perasmiannya,


Menjanjikan siaran terbaik bagi tontonan jutaan rakyat Malaysia selaras dengan tagline ‘sukan untuk semua’, RTM  sebagai sebuah organisasi media sentiasa peka dan maklum dengan kehendak rakyat Malaysia yang mahu mengikuti perkembangan atlet Malaysia di Beijing, China.




Liputan siaran langsung akan bermula  malam ini dengan siaran upacara perasmiannya   di saluran TV2, dan Saluran Sukan RTM, 111 Myfreeview pada pukul 7.55 malam.


Seterusnya penonton dapat mengikuti Laporan Harian Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang disiarkan tiga sesi setiap hari menerusi saluran Sukan RTM bermula pukul 9.00 pagi hingga 12. 00 tengahari, pukul 2.00 hingga 5.00 petang dan sebelah malam pukul 8.00 hingga 10.00 malam.


Pengulas-pengulas terbaik RTM  yang diamanahkan untuk memberi ulasan terbaik sepanjang temasya Olimpik Musim Sejuk Beijing berlangsung ialah Rasdi Jumaat, Syafiq Asyraf dan Dr. Harmi Taazim.


Sementara itu pada siaran kali ini turut melibatkan pengacara berpengalaman RTM iaitu Nazrie Fahmi, Jeet Zulkefli, Ninie Ibrahim dan Zackhi Ahmad Suri.




Pastinya pada tahun ini antara yang paling dinantikan adalah acara Alpine Skiing dimana Malaysia turut menghantar penyertaan dua orang atlet, iaitu Jeffrey Webb, 23, yang akan bertanding dalam kategori slalom lelaki dan Aruwin Idami Salehhuddin, 17, bagi kategori slalom dan giant slalom wanita.


Untuk rekod, kali terakhir RTM menyiarkan temasya ini ialah pada tahun 2018, iaitu di Pyeong Chang, Korea Selatan. 


Siaran langsung liputan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang diterbitkan sepenuhnya oleh pasukan penerbitan Unit Sukan TV RTM ini juga dapat ditonton melalui laman sesawang rtmklik.rtm.gov.my.


Dan untuk makluman, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 adalah penganjuran edisi terakhir daripada 3 Sukan Olimpik yang diadakan berturut turut di Asia Timur malah ia adalah penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk pertama di China dan penganjuran Sukan Olimpik yang ke 3 di negara tersebut.


Malah dalam pemilihan Tuan Rumah, 3 bandar terakhir disenaraikan iaitu Almaty, Beijing dan Oslo semasa sesi IOC ke-128 yang dianjurkan di Kuala Lumpur dan Beijing telah diumumkan sebagai Tuan Rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.


#SukanOlimpikMusimSejuk #Beijing #JeffreyWebb #AruwinIdamiSalehhuddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan