Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

INTEAM SASAR RM1 JUTA KINI DI SYRIA SERTAI MISI MUSIM SEJUK


TIDAK
lama lagi semua muslimin dan muslimat seluruh dunia akan menyambut kehadiran bulan penuh suci iaitu Ramadan dan seterusnya Syawal.


Menjelang itu, pelbagai amal kebajikan dilakukan sesetengah golongan bagi membantu sesama insan yang memerlukan bantuan baik di dalam negeri mahu pun di luar negara.


Dan HARI INI, sejarah bakal dicipta oleh Ikon Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, kumpulan nasyid terkenal, Inteam yang kini sedang berada di Syria bagi menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria Siri 10.


Di bumi Syria itu, Inteam, yang diwakili Muhammad Hazamin Harun, Abdul Rahim Osman dan Mohd. Syahril Abdul Khalid akan melancarkan kempen ‘Cabaran 12 Jam Syria’ pada hari ini, 18 Februari 2022.



Melalui kempen itu, mereka bercadang mencuba pengalaman tinggal di dalam sebuah khemah di kem pelarian yang terletak di wilayah utara Syria untuk  merasai sendiri berada dalam suasana cuaca yang sejuk dan sukar di sana. 


“Cabaran 12 Jam Syria adalah inisiatif bersama di antara Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dan Inteam untuk berkongsi secara telus dan terus tentang realiti kehidupan sebagai seorang pelarian di Syria,” ujar Syahril merangkap ketua kumpulan Inteam. 


Menurutnya, cabaran  akan dilaksanakan bermula dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam waktu tempatan melalui siaran secara langsung (Facebook LIVE) di akaun rasmi Facebook Inteam @officialinteam,  bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000,000. Klik LINK INI.



“Sumbangan yang terkumpul semasa cabaran ini akan disalurkan terus di dalam bentuk bantuan berupa bakul makanan, set hidangan panas, alat pemanas serta bahan bakar, selimut dan set pakaian musim sejuk kepada 100,000 pelarian Syria,” jelas Syahril menjawab pertanyaan mengenai ke mana dana tersebut akan disalurkan.


Dalam pada itu, Hazamin yang pernah mengikuti Misi Bantuan Kemanusian Musim Sejuk bersama Peduli Insan di Syria pada tahun lepas melahirkan rasa kesyukurannya apabila tahun ini anggota Inteam yang lain dapat sama-sama menyertai misi kali ini dan melihat sendiri situasi kesukaran di kem-kem pelarian di Syria. 



Selain Inteam, beberapa selebriti tanah air juga dijangka turut menyertai 'Cabaran 12 Jam Syria' sebagai tetamu istimewa secara atas talian  antaranya seperti Dr. Fitri Haris, Mawi, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Dato’ Sri Mahadi, Bob Lokman, Ustaz Syamsul Debat dan ramai lagi. 


“Ini adalah tanda solidariti serta sokongan terhadap krisis yang dihadapi oleh pelarian Syria yang telah berlarutan selama hampir 11 tahun,” sambung Syahril.


Serentak dengan 'Cabaran 12 Jam Syria' ini juga, Inteam akan  melancarkan single terbaharu mereka dengan kerjasama  Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berjudul ‘Selimut Kasih’.


Tambah Syahril, single berkenaan akan berada di platform-platform digital manakala muzik videonya akan turut dirakamkan di beberapa lokasi di Syria. 


“Kami sangat berharap semua pihak tampil menyatakan sokongan terhadap pelarian-pelarian Syria dengan berkongsi maklumat mengenai kempen ini melalui sosial media dengan menggunakan tanda pagar #Cabaran12JamSyria #12HoursWithSyria,”  celah Rahim Inteam penuh harapan.


Jadi bagi mereka yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam bernombor 07043011061824 yang didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atau melalui laman web rasmi Peduli Insan www.peduliinsan.org. atau boleh KLIK SINI.


Semoga usaha murni Inteam dan rakan-rakan ekspedisi lain dipermudahkan dan sasaran mengumpul dana sehingga RM1 juta dicapai InsyaAllah!.




#Inteam #Cabaran12JamSyria #MusimSejukSyria #PeduliInsanMalaysia #Amal




Tiada ulasan:

Catat Ulasan