Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DR. ROZMEY SASAR JUALAN RM100J HASIL TIGA PRODUK TERBAHARU DIFORMULASIKAN


MENYINGKAP kisah pemilik bernama Datuk Dr Hj Che Rozmey Che Din atau lebih popular dikenali sebagai Dr Rozmey, pasti ramai yang tahu pakar sakit puan dan perbidanan ini melalui pelbagai fasa jatuh bangun dalam kehidupannya  baik sebelum atau selepas bergelar usahawan.


Tak perlulah Kak Fas panjangkan atau bangkitkan kembali detik-detik yang tentu sekali membawa satu nostalgia yang pahit untuk dikenang.


Mengenali Dr Rozmey pada waktu singkat dalam dua pertemuan, apa yang dapat Kak Fas simpulkan beliau seorang yang berjiwa kental dan tidak mudah mengalah dengan pelbagai dugaan yang dilalui.


Hidup perlu di teruskan dan itulah yang dibuktikan oleh bapa kepada tiga anak ini melalui syarikat dibina, Herba Prima Marketing yang memberi fokus terhadap pembuatan produk kesihatan dan kecantikan.


Sejak kali pertama bertemu dengannya pada tahun 2019, beliau menghasilkan produk baja yang dinamakan DDR Bio Grow.


(Baca artikel berkenaan di LINK INI).


Terbaharu, Dr. Rozmey sekali lagi berkunjung ke Kuala Lumpur dari Jitra, Kedah Darul Aman membawa harapan baharu selepas kelonggaran merentas negeri dibenarkan.



Kali ini beliau bersama isterinya, Datin Effa memperkenalkan tiga produk sekali gus yang diformulasikannya sendiri - My Booster, Neutral G dan Kopi Espresso DDR.


Wah! ‘My Booster’ satu nama yang Kak Fas rasa memang pilihan tepat dalam tempoh dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini sehingga rakyat perlu mengambil dos ‘penggalak’ bagi keselamatan diri dan mengawal wabak berbahaya itu merebak.


Mungkin kah idea itu ditimbulkan daripada dos-dos suntikan dan ‘booster’ itu?



“Memang produk tersebut dihasilkan untuk menguatkan sistem imun badan apatah lagi sejak COVID-19 melanda dunia  saya lihat masyarakat mula mengamalkan gaya hidup sihat kerana bimbang mengenai kesihatan.


"Malah, trend ini semakin meningkat dan pengguna memanfaatkan sains dan teknologi untuk membuat pilihan makanan tambahan yang diambil," kata Dr. Romzey yang memiliki kilang sendiri di Kedah.


Tambahnya lagi, masyarakat Malaysia kini lebih bijak memilih makanan tambahan sebagai keperluan nutrisi untuk tujuan kesihatan dan kesejahteraan mereka.


Dan sebagai individu yang bertanggungjawab dalam industri produk makanan tambahan, Dr. Rozmey tidak mahu melepaskan peluang berkongsi bagaimana Mybooster memberi manfaat kepada orang ramai.


"Produk gantian makanan bukan sahaja perlu memberi manfaat, namun ia penting untuk sesuatu produk mematuhi keperluan kualiti dan mengekalkan standard kualiti," katanya.


Hal ini adalah bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk terus menggunakan produk mereka tanpa sebarang kebimbangan, jelasnya.



Dalam pada itu, Dr. Rozemy yakin Espresso DDR yang menggunakan 100 peratus herba tulen  bakal mendapat sambutan hebat daripada peminat tegar minuman kopi di negara ini.


"Produk kami dihasilkan di kilang yang mempunyai tahap piawaian kebersihan dan kualiti tinggi. Kopi Espresso merancang meluaskan lagi pasaran produk sedia ada ke seluruh negara secara runcit menerusi kempen promosi secara agresif di media sosial,” sambung Dr. Rozmey panjang lebar.


Ternyata sebagai pengusaha yang memformulasikan produknya sendiri beliau yakin mampu mensasarkan jualan mencecah RM100 juta sepanjang tempoh 2022 apatah lagi ketiga-tiga  produk sudah pun menembusi pasaran Kemboja, Vietnam dan Indonesia.


PRODUK dah masuki Kemboja.


Berkongsi lanjut, beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin menghasilkan produk sendiri OEM menghubunginya.


“Penghasilan produk kami dijalankan di kilang kami sendiri yang diiktiraf oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP). Sebut sahaja produk yang ingin dihasilkan, kami cuba membantu,”  ujarnya.


Selain suplemen kesihatan dan produk Baja DDR yang Kak Fas sebutkan awal, Dr. Rozmey turut menghasilkan produk pertanian lain seperti Awesome Pengalak Buah, Bio Shield Gold Racun Organik dan Bio Clear Pereputan Jerami


Tidak ketinggalan, beliau masih mengekalkan produk suplemen seperti Mate 5, Kopi Gomo, The Man untuk tenaga lelaki, DDR Queen  Wanita Beauty, DDR King dan Mate 3 Slimming yang merupakan hasil ciptaan awalnya.


Pendek kata, walau pun pernah gagal sebagai produser filem kala menghasilkan filem ‘Dua Alam’ yang turut melibatkan kerugian besar apatah lagi setelah  dikhianati orang kepercayaannya sendiri, Dr Rozmey tidak mengenal erti kekecewaan.



“Meskipun saya tidak dapat kembali wang yang hilang, tetapi saya bersyukur kerana sudah mendapat keadilan,” lapor Dr. Rozmey sebaik  keputusan tiga kes pecah amanah  berjumlah RM246,600 memilihak kepada dirinya sementara bekas penasihat peribadi dan kewangannya dijatuhkan hukuman setimpal.


Apa pun hidup perlu diteruskan dan dengan produk terbaharunya Dr. Rozmey mahu membina kembali empayar perniagaan yang pernah mencetuskan fenomena tersendiri satu ketika dahulu bangkit cemerlang.


Sehubungan itu, orang ramai yang ingin maklumat lanjut samada berminat menjadi ejen jualan atau sebarang kemusyhkilan boleh menghubunginya di talian 0122627125.


"Doktor sentiasa ada untuk membantu," akhirinya penuh yakin.



Kak Fas: Pertama kali bertemu Effa atau nama penuhnya Nur Zulaifa Zulkifli dah mesra dan yakin beliau pendokong kuat di belakang kejayaan Dr. Rozmey bangkit membina kembali Herba Prima Marketing ke tahap lebih tinggi.


#MyBooster #EspressoDDR #DrRozmey #HerbaPrimaMarketing #NeutralG 


Tiada ulasan: