Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON RANGKUL ANUGERAH EMAS PUTRA BRAND AWARDS 2021


AEON CO. (M) BHD. atau AEON tak perlu diperkenalkan lagi. Ia antara peruncit terbesar di Asia dan merupakan gedung membeli-belah yang menjadi kegemaran Kak Fas untuk berbelanja.


Membuka tirai kejayaan bagi tahun 2022 AEON memahat satu lagi titik kecemerlangan apabila dipilih oleh pengguna Malaysia sebagai jenama runcit pilihan negara sehingga berjaya membawa pulang Anugerah Emas dalam Kategori Peruncitan di Anugerah Putra Brand 2021 (Putra Brand Awards 2021) baru-baru ini.


Untuk rekod, ini merupakan kejayaan AEON kali kesepuluh untuk kategori yang sama sejak anugerah itu diperkenalkan pada 2010, sekaligus membuktikan keutuhan jenama AEON di dalam industri peruncitan negara. 


Majlis penyampaian anugerahnya telah diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 21 Januari 2022 lalu.


 “Kami bersyukur dengan pengiktirafan ini yang datangnya dari undian rakyat. Di AEON, para pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. AEON amat berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan dan berbesar hati dengan peluang yang diperolehi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan menyediakan kemudahan serta pengalaman yang menyenangkan kepada setiap pelanggan yang berada di pasar raya kami," ujar Tsutomu Motomura, Timbalan Pengarah Urusan AEON. 


“Kami mendedikasikan anugerah gemilang ini kepada pekerja kami yang dikenali sebagai AEON Warriors atas kerja keras dan ketabahan mereka dalam memenuhi permintaan pelanggan serta rakan perniagaan kami yang komited dalam memastikan produk keperluan sentiasa mencukupi melalui pendekatan perniagaan penuh sinergi untuk mewujudkan ekosistem yang efektif. 


"Kami berusaha untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan kami - luar talian dan dalam talian - bagi memenuhi keperluan para pelanggan yang sentiasa berubah,” tambah Motomura. 


Anugerah Putra Brand yang juga dikenali sebagai Anugerah Pilihan Rakyat (People’s Choice Award) adalah sebuah anugerah yang amat disanjung kerana ia merupakan hasil pilihan para pengguna. 



Tahun ini merupakan edisi ke dua belas ia dilangsungkan dan menerima lebih 11,000 maklum balas daripada para pengguna di seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam tinjauan keutamaan pengguna untuk menentukan jenama kegemaran mereka. 


Sejumlah 162 anugerah telah disampaikan untuk 24 kategori produk dan perkhidmatan yang berbeza merangkumi 24 Platinum, 33 Emas, 50 Perak dan 55 Gangsa serta lima (5) anugerah khas

 

Untuk rekod, Anugerah Putra Brand juga merupakan salah satu inisiatif Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) yang bekerjasama dengan “Malaysia’s Most Valuable Brands”, dan disokong oleh “Malaysian Advertisers Association”, ”Malaysian Digital Association”, “Media Specialists Association”, serta diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). 



#AEON #AnugerahPutraBrand #AnugerahPilihanRakyat #MATRADE #4As  

Tiada ulasan: