Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ZAMAERA LUAHKAN ISI HATI MELALUI MIXTAPE 'HEART BREAK TO HEAL'



NAMA Sharifah Zamaera Syed Zafilen Al Edros, 26, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Zamaera, barangkali tidak selalu didengar sebagaimana rapper wanita seperti Sofia Liana mahu pun Bunga Isme sekali pun.


Pun begitu berbanding Sofia atau pun Bunga,  Zamaera berada lebih awal dalam industri muzik hip hop bermula tahun 2017 dengan melancarkan dua lagu single serentak ‘Helly Kelly’ dan ‘Wanita’ malah EP sulongnya ‘Z’ menyusul kemudian pada tahun 2019.


Namun hampir 2 tahun ketika megara dilanda pandemik COVID-19, Zamaera terpaksa menyepi tetapi itu tidak meruntuhkan semamgatnya untuk bangkit.


“Alhamduillah semenjak menjadi artis indie, saya merasa bebas tanpa mana-mana ‘ikatan’. Pandemik COVID-19 banyak membuka mata tentang apa yang saya mahukan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi,” ujar Zamaera yang kini tampil melancarkan album Mixtape ‘Heart Break To Heal’ baru-baru ini.


Menariknya, album yang mengandungi 11 track kesemuanya dengan 6 buah lagu dalam Bahasa Inggeris, 4 buah lagu dalam Bahasa Melayu, dan sebuah ‘Interlude’ ini didatangkan dalam bentuk peranti USB yang menyerupai sebuah kaset klasik. 


Selain itu, pembeli juga akan menerima sebuah photobook 65 halaman yang mengandungi lirik tulisan tangan dengan visual yang menarik.


“Mixtape Heart Break To Heal' ini merungkai kisah hidup saya dalam sebuah album yang menceritakan tentang cinta, kehilangan, pemulihan dan penemuan semula diri saya,” cerita Zamaera di mana salah satu track berjudul ‘Jaga Diri’ menceritakan tentang kisah percintaan beliau sendiri.


“Saya akhirnya belajar untuk lepaskan apa yang sudah berakhir. Saya telah melalui fasa derita, sedih dan pada ketika itu saya tidak merasa marah pada bekas kekasih lagi, dan secara jujurnya saya hanya mahukan yang terbaik buat dia. Apa yang penting sekarang adalah 'Jaga Diri' dan hanya menyayangi dari kejauhan,” ulas penyanyi yang kini sudah mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan apabila buat julung kalinya berlakon dalam drama ‘SitikTok’.


Selain itu, tambahnya, lagu ‘Glow pula ditulis kerana sifat percaya diri dan mahukan perubahan, ibarat seekor ulat beluncas dalam kepompongnya yang bertukar menjadi rama-rama dan terbang bebas. 


“Lagu ini berkisar tentang keluarga dan kerjaya, bagaimana saya bangkit dari permasalahan tersebut,” dedah Zamaera.


Bercerita lanjut, Zamaera memberitahu, sejajar dengan perkembangan dunia moden serba digital sekarang ini dengan pelbagai akses boleh diperoleh secara atas talian, beliau mengambil pendekatan menggunakan peluang itu menjadikan  Mixtape 'Heart Break To Heal' sebuah projek yang unik kerana buat pertama kalinya kesemua beats (rentak) diperolehi melalui pasaran produksi digital, Beatstars.


“Ketika itu, pandemik masih lagi berlaku dan cara terbaik untuk mengumpul material adalah secara atas talian. 9 daripada 11 lagu yang terkandung dalam Mixtape adalah ciptaan produser muzik antarabangsa, LouXtwo, yang pernah menghasilkan ciptaan buat artis terkenal antarabangsa seperti Chris Brown, Bad Bunny, Tory Lanez, Russ & Wale, dan ramai lagi,” kenangnya.


Zamaera mengambil masa selama 8 bulan untuk menyempurnakan Mixtape tersebut agar ia betul-betul kena dengan citarasa dirinya yang sebenar.


“Semuanya bermula pada bulan April tahun lalu, saya memperuntukkan masa selama 5 bulan untuk menulis kesemua lagu, proses rakaman pula berlangsung selama sebulan di Studio Mass Music bersama produser muzik yang hebat iaitu saudara Ming-A-Ling aka Ming, manakala, proses adunan dan mastering pula mengambil masa selama sebulan,” jelas Zamaera.


Beliau melahirkan rasa seronok dapat berkarya sebebas-bebasnya memandangkan segala yang lahir adalah ilhamnya sendiri. 


“Ming faham etika bekerja saya dan kami sangat serasi di dalam studio kerana beliau sendiri mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang muzik,” tambah Zamaera puas.


Sambungnya lagi, kesemua lagu yang terkandung dalam Mixtape disusun mengikut aturan kronologi hidupnya kecuali ‘Distance’ dan ‘Syukur’ yang  diletakkan ketika segalanya bermula dengan kekecewaan, kehilangan dan penderitaan yang kemudiannya perlahan-lahan menuju refleksi diri, penerimaan dan penemuan. 


Kelainannya, perkataan ‘heartbreak’ dijarakkan menjadi ‘heart break’ kerana bukan sahaja hati Zamaera perlu pulih, tetapi perlukan masa juga untuk pulih.


“Kalau pendengar amati track pertama iaitu 'Interlude', ada bunyi tangisan saya yang kemudiannya berubah tenang sambil berkata kepada diri sendiri semuanya akan beransur okay,” jelas sepupu kepada penyanyi rap popular, Altimet ini, sambil berharap satu hari kelak dapat bekerjasama dengan lebih ramai rapper wanita Malaysia  hebat seperti Sophia Liana, Yunohoo, Kayda atau Bunga.  


Album Mixtape ‘Heart Break To Heal’ boleh mula dibeli di laman web rasmi officialzamaera.com pada harga pada harga RM69.00 seunit beserta photobook istimewa 65 halaman atau bole terus KLIK DI SINI.


#Zamaera #MixtapeHeartBreakToHeal #SitikTok #Rapper #Altimet #Interlude 

Tiada ulasan: