Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LAGU 'KITA DISISIMU' GABUNGKAN ARTIS BANTU MANGSA BANJIR


BENAR kata pepatah, 'bersatu teguh, bercerai roboh' dan inilah yang telah dibuktikan oleh lebih 30 buah persatuan dan pertubuhqn bukan kerajaan (NGO) tempatan bernaung di bawah Rescue Union apabila mereka bergabung suara menghasilkan lagu 'KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后'.


Bukan kerana lagu itu tetapi lebih kepada tujuannya di mana penerbitan lagu tersebut diusahakan sebagai salah satu langkah membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.


Pelancaran lagu tema itu yang menampilkan gabungan 15 selebriti dan artis tempatan dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid, berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama menjiwai semangat ‘Keluarga Malaysia’ dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, ia juga diharap mampu menyuntik semangat kepada mereka agar tidak berputus asa dan tabah menghadapi cabaran dengan berpegang pada istilah “sesudah ribut, datangnya pelangi”.


Pada masa yang sama, lagu tersebut juga menggalakkan rakyat Malaysia turut membantu baik dari sumbangan wang ringgit, mahupun kerja-kerja sukarelawan dan sebagainya.

Pendek kata,  setiap orang mampu menyumbang dengan cara tersendiri bagi memberi impak yang besar secara kolektif.



'KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后' merupakan sebuah lagu berbilang bahasa yang diterbitkan oleh pelakon tempatan Lenny Ooi yang dikenali melalui filem “Mrs K” dan “You Believe in Ghost?”. 


Video muzik lagu itu juga memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir dan para sukarelawan yang terlibat dalam program kemanusiaan dan menampilkan lebih 15 orang personaliti berbangsa Cina, Melayu, dan India, menginspirasikan keharmonian berbilang kaum.


Artis-artis yang terlibat ialah:



”Kerja-kerja sukarelawan mencerminkan budaya dan moral rakyat Malaysia yang suka membantu antara satu sama lain. Saya amat berbangga melihat tindakan pantas artis-artis tempatan yang memberi bantuan secara kolektif kepada mangsa-mangsa banjir dengan menggunakan bakat dan pengaruh mereka," ujar Zakaria Abdul Hamid.


Menurutnya, sebagai salah sebuah badan kerajaan utama dalam industri kreatif yang turut berkhidmat di kawasan-kawasan terjejas bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir, FINAS menyokong segala usaha seperti ini, kerana ia menyuntik semangat moral ketika negara sedang menghadapi pelbagai musibah. 


"Saya juga percaya seni hiburan merupakan satu bentuk motivasi yang mampu memupuk semangat kebajikan dalam setiap orang dan memberi inspirasi kepada bakal sukarelawan akan datang. Saya berharap para penerbit kandungan kreatif atau penghasil kandungan di Malaysia mengikut jejak langkah selebriti-selebriti ini yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti CSR seumpama ini, supaya amalan ini dapat diteruskan, terutamanya di kalangan belia,” tambah beliau.


Dari kiri: Kenny Chan, Co-Founder Rescue Union; Jack Lim, Hos Radio MY FM; John Yap, PPj.(PA) Abdul Wahab Bin Rahim – Pengarah (Bahagian Pengurusan & Operasi Bencana), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; Lenny Ooi, Pengacara Kebangsaan & Penerbit ‘Kita Di Sisimu’; Zakaria Abdul Hamid; Dato’ Dr. Gavin Voon, Co-Founder Rescue Union; Dr. Lee Tuck Wah, Co-Founder Rescue Union; Dr. KC Chia, Co-Founder Rescue Union dan Gilbert Pang Co Founder Rescue Union


Untuk rekod, Rescue Union ditubuhkan oleh dua badan NGO iaitu Worldwide Wellness Club dan Malaysia Ecological Civilization Communication Centre (MECCC) disertai lebih 30 buah badan NGO dan persatuan, bersama hampir 300 sukarelawan yang berganding bahu bekerjasama dalam gerakan ini.


Mereka mendedikasikan masa, keringat, kecerdasan dan sumber-sumber bagi mengumpulkan dana dan menyediakan kemudahan kepada mangsa. 


Pada masa ini, dalam 30 orang usahawan dan ketua-ketua sosial telah bersetuju untuk menjadi perunding kepada Rescue Union, dengan harapan lebih ramai sukarelawan dan pertubuhan menyertai usaha kebajikan ini.


”Semasa bencana banjir di tahap yang kritikal, ia jelas bahawa kami memerlukan banyak sokongan daripada NGO dan persatuan-persatuan bagi memberi impak yang ketara dalam menyediakan kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir. 


"Saya ingin mengingatkan semua orang walaupun banjir telah surut di sesetengah lokasi, tetapi masih ramai mangsa banjir yang masih terkesan akibat bencana ini. Saya berharap melalui inisiatif ini, kita mampu meringankan beban mereka dan membantu memulihkan kediaman yang terjejas akibat bencana banjir," ujar Pengasas Rescue Union, John Yap.



#RescueUnion #KitaDiSisiMu #FINAS #TohetherAsOne #KeluargaMalaysia #Lagu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan