Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

STOR KE-500 GUARDIAN TANPA BUMBUNG, LANTAI & DINDING? TAPI LAGI CEPAT BELI BARANG!


SIAPA tak kenal dengan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini iaitu GUARDIAN.


Rasanya satu ‘Malaya’ dah kenal apatah lagi Guardian yang bermula sebagai  kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi,  menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 55 tahun lalu.


Lama itu, jadi kalau tak tahu memang tak tahulah nak kata apa kan?


Kini,  Guardian dah ada lebih 500 buah stor di seluruh negara yang menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya di mana setiap tahun ia memberikan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.


Dan menariknya, stor ke 500th yang baharu dilancarkan tahun ini tidak berlantai, tidak berdinding dan beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu.


Aik! tak ada lantai, bumbung dan dinding? Apa maksud tu? 


Mesti ada yang tertanya-tanya kan?


Meh Kak Fas cerita…


Stor ke-500  tersebut merupakan aplikasi mudah alih baru Guardian yang telah dibangunkan dengan tujuan menawarkan manfaat yang lebih besar kepada pelanggan. 


Antara ciri-ciri aplikasi tersebut meliputi ikon pintasan untuk akses lebih pantas bagi tawaran pukal, tawaran eksklusif dalam talian, produk-produk popular, fungsi menambah produk ke “Senarai Hajat”, carian terhangat dan penghantaran ke seluruh negara - tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja untuk Malaysia Barat dan enam (6) ke sepuluh (10) hari bekerja untuk Malaysia Timur.  


“Kami terus mengembangkan stor-stor fizikal sejak dua tahun lalu kerana kami tahu pelanggan masih ingin berkunjung ke stor apabila ia wujud berhampiran mereka. Pada masa yang sama, kami juga mempercepatkan perjalanan transformasi digital kami membangunkan saluran-saluran e-dagang, kerana kami mengiktiraf penerimaannya yang semakin meningkat di kalangan pelanggan dan perniagaan,” ujar Tae Hoon Kim, Pengarah Komersil & E-Dagang Serantau, DFI Retail Group, Asia Tenggara, Kesihatan dan Kecantikan pada majlis pelancaran aplikasi berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Aplikasi Guardian yang anda lihat hari ini adalah sebuah pencapaian penting dalam transformasi digital Guardian untuk berada seiring dengan pengguna yang mahir teknologi seperti anda.


Menurut Kim, ia juga merupakan cara  Guardian menerima sepenuhnya perubahan baru yang melanda industri sepanjang dua tahun lepas.



“Kami berasa sangat bangga memperkenalkan aplikasi yang dibangunkan secara teknologi ini dan pada titik perjalanan transformasi ini, kerana kami percaya persekitaran runcit kini benar-benar bersedia untuk aplikasi sebegini. Kami akan komited untuk mengikuti arus perubahan dalam dunia aplikasi mudah alih dan bekerja keras untuk membawakan promosi-promosi eksklusif aplikasi kepada anda,” tambah beliau.


Pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan produk yang ditawarkan melebihi 10,000 barangan keperluan kesihatan dan kecantikan dengan banyak tawaran ekslusif hanya di aplikasi. Selain itu, mereka akan menikmati platform pembayaran yang selamat dan dipercayai, penghantaran percuma dan lebih banyak peluang untuk mendapatkan e-baucar. 


Untuk meraikan pelancaran stor ke-500 itu, Guardian mengadakan peraduan istimewa Beli dan Menang App-Clusive menawarkan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk dimenangi. 


“Hadiah pertama peraduan Beli dan Menang APP-Clusive ialah Set Barang Kemas HABIB Citrine and Diamond bernilai RM12,800, hadiah kedua berupa sebuah Kerusi Urut Ogawa Luxe Amour bernilai RM6,599 manakala lima hadiah ketiga ditawarkan berupa peranti Habo Cleaning Foaming Ogawa bernilai RM349 setiap satu. Secara keseluruhannya, 500 orang pemenang akan dapat memenangi sembilan jenis hadiah,” jelas Kim. 



Selain itu, Guardian juga akan mengadakan peraduan Guardian App Dance Challenge dimana video paling kreatif dengan lagu singkat (jingle) Aplikasi Guardian akan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa RM5,000 (berupa kombinasi wang tunai RM2,500 dan baucar Aplikasi Guardian RM2,500). 


Terdapat juga lima hadiah saguhati berupa baucar Aplikasi Guardian bernilai RM500 setiap satu untuk dimenangi. Peraduan ini  akan berlangsung dari 13 Januari hingga 27 Februari 2022.


Hah! Bab tu siapa yang rajin berTIKTOK bolehlah cuba terutama yang bijak menari tu.. ayuh cepat download aplikasinya.


“Untuk pembelian App-Clusive pertama anda, kami juga akan memberikan potongan RM15 daripada pembelian anda beserta penghantaran PERCUMA.


“Jadi, sila muat turun aplikasi mudah alih baru Guardian hari ini untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif dan mendapatkan tawaran eksklusif yang hanya terdapat di aplikasi yang pastinya akan menjadikan membeli-belah di Guardian lebih menyeronokkan, lebih mudah, bebas masalah dengan nilai yang lebih baik,” kata Kim mengakhiri.


Aplikasi mudah alih baru Guardian boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.


Kalau anda nak tahu, Guardian tidak ketinggalan prihatin terhadap mangsa-mangsa banjir khususnya rumah anak-anak yatim yang terlibat.


Sehubungan itu, sebagai tanda sokongan  dan berkhidmat kepada komuniti secara berterusan dimana sahaja, Guardian turut menyumbang RM5,000 kepada setiap satu daripada 10 rumah anak-anak yatim di Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir.


10 rumah anak-anak yatim yang menerima sumbangan RM5,000 tersebut adalah:


  1. Maahad Tahfiz As-Sahabah, Hulu Langat, Selangor
  2. Yayasan Chow Kit, Kuala Lumpur
  3. Pertubuhan Amal Rumah Anak Yatim dan Hidayah Alhijrah, Hulu     Langat, Selangor
  4. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Muhammad Al-Fateh, Kajang, Selangor
  5. Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor
  6. Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang, Kuantan, Pahang
  7. Rumah Kebajikan Anak Yatim & Fakir Miskin Perempuan (Permata Al-Insyirah), Pahang
  8. Persatuan Kebajikan Jagaan Sri Sai Selangor
  9. Rumah K.I.D.S, Selangor
  10. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi, Selangor



Kak Fas: Guardian sentiasa dihati bila nak cari produk gunaan seharian mahu pun ubat-ubatan apatah lagi dah ada satu stor baharu di buka di bawah kediaman di United Point. Tunggu kut kut ada pelancarannya,,, hihi,,, Terbaiklah Guardian!


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Top Casino Site For UK Players | Online Casinos
Online Casino: Play Slots Online from the UK with the best 샌즈카지노 odds · Spin Casino · Best 카지노사이트 Bonus Offers · Bet365 Casino · Playamo Casino · All New 인카지노 Slots.