Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DR. MUSTAFA DIIKTIRAF PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK, LUFYA, CHEF BOB BUKTI KEJAYAAN


DALAM tempoh sebulan berat badan saya turun 11 kg daripada 85kg dan sasarannya saya mahu turunkan lagi kira-kira 7 kg untuk mencapai berat badan yang ideal,’ demikian harapan pelakon dan penyanyi Lufya Omar, 36, atau nama penuhnya, Lutfiyah Sheikh Omar.


Lufya ditemui pada majlis minum petang bersama Dr. Mustafa Mohammed Taher Al-Khafaji, 46, perunding dan pakar bedah Bariatrik yang bertanggungjawab melakukan pembedahan bariatrik atau bahasa pasarnya ‘potong usus’ terhadap dirinya pada bulan November tahun lalu.

Majlis diadakan bagi meraikan kejayaan Dr. Mustafa sebagai penerima Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global 2021  anjuran sebuah badan yang berpusat di Singapura tetapi serahannya berlangsung di Pusat Perubatan CENGILD di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Ia juga bertujuan menghargai komitmen Dr. Mustafa sebagai salah satu penyumbang dalam penjagaan kesihatan di rantau Asia Pasifik yang telah menunjukkan kontribusi yang konsisten dalam penjagaan kesihatan, terutamanya dalam pembedahan Bariatrik.


Beliau banyak  membantu pesakitnya sepanjang perjalanan mereka untuk menjalani gaya hidup yang lebih baik serta mendapat kesihatan yang terbaik dalam kehidupan dan buktinya Lufya Omar antara pesakitnya yang diundang bersama Chef Bob bagi berkongsi pengalaman mereka setelah menjalani pembedahan bariatrik.


Bercerita lanjut, Lufya memberitahu, keputusannya untuk melakukan pembedahan bukan kerana mahu kelihatan cantik semata-mata tetapi lebih kepada kesihatannya.


“Saya mempunyai masalah asma dan sering semput tetapi setelah disyorkan menjalani pembedahan batriatik, kesihatan saya bertambah baik dan Alhamdullillah tiada lagi serangan asma,” tambah Lufya.


Berbanding Lufya, Chef Bob atau nama sebenarnya, Alfie Sobri yang selama 3 tahun  menggunakan kerusi roda dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya, seolah mendapat peluang kedua dalam hidup.


“Ini kerana dulu saya mengalami masalah obesiti yang teruk sehingga berkait dengan darah tinggi, kencing manis serta kolestrol tinggi,” ujar Chef Bob yang asalnya memperoleh berat badan mencapai 200kg.


Tambahnya, dua minggu sebelum mengambil keputusan melakukan pembedahan bariatrik, berat badannya dalam lingkungan 173kg dan kini sudah turun ke paras 62kg.


Wow! Banyak tu dalam tempoh setahun!


“Kini, saya sudah boleh berjalan dan masalah kesihatan bertambah baik malah rasa lebih konfiden dan tidak takut lagi untuk naik tangga jika perlu keluar ke acsra-acara tertentu,” cerita Chef Bob dalam nada puas.


Itu antara testimoni pesakit Dr. Mustafa yang dikenali antara pakar bedah yang popular di kalangan selebriti dan kenamaan.


Setahu Kak Fas, antara artis yang pernah mendapat khidmatnya termasuk Rahim Sepahtu dan penyanyi Aishah.



Dalan pada itu, Dr. Mustafa tidak menolak pandangan skeptikel setengah golongan terhadap pembedahan bariatrik walau pum hakikatnya beliau sudah melakukan lebih daripada 2,000 pembedahan bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu.


Tidak syak lagi, pengalaman  35 tahun beliau menyakinkan ramai untuk tampil melakukan pembedahan bariatrik bukan untuk kurus atau cantik semata tetapi lebih kepada rawatan kesihatan.



“Saya boleh katakan lebih 90% daripada mereka yang melakukan pembedahan berjaya mengatasi masalah dalaman yang dihadapi sambil badan pun ringan,’ ujar Dr. Mustafa berasal dari Iraq tetapi telah lebih 17 tahun berhijrah ke Malaysia sehingga berkahwin dengan warga tempatan, Rafeah Ariffin dan dikurniakan tiga cahaya mata.


Menurut Dr. Mustafa yang merupakan graduan dari Kolej Perubatan Universiti Baghdad, orang ramai yang mempunyai masalah penyakit tiga serangkai atau apa sekali pun boleh memperoleh peluang kedua dan kembali sihat dengan melakukan pembedahan bariatrik.


Katanya, daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, 50.1% daripada populasi dewasa kini dilaporkan mengalami berat badan berlebihan (30.4%) atau obes (19.79%). 


Dr. Mustafa berpendapat statistik itu sangat membimbangkan kerana obesiti adalah penyumbang utama kepada pelbagai penyakit berbahaya. 


Kebanyakan pesakit yang berlebihan berat badan akan mengalami beberapa jenis masalah refluks yang merupakan punca utama pembentukan kanser di esofagus atau perut. 


“Pembedahan bariatrik boleh menyelesaikan masalah ini secara kekal. Ia bukan sahaja berjaya membantu mereka mengurangkan berat badan tetapi memberikan mereka lebih keyakinan dalam menjalankan tugas harian memandangkan masalah kencing manis dan darah tinggi  yang dihadapi selama bertahun-tahun mampu dirawat sekali gus.


“Ia juga mampu membantu masalah tidur yang teruk, kemandulan, serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang dan anti sosialisme.” ujar beliau penuh yakin.


Seperkara lagi tambahnya, masalah kemandulan dan pengguguran berulang yang disebabkan oleh Poly Cystic Ovarian Syndrom (PCOS) boleh diatasi dengan pembedahan bariatrik dengan menyelaraskan ketidakseimbangan hormon dan mengurangkan beban lemak dalam badan.


Daripada akaun media sosial Dr. Mustafa (Instagram dan TikTok), umum dapat melihat bahawa semua pesakitnya sangat berterima kasih atas bantuannya dalam perjalanan pembedahan bariatrik mereka.


Jadi, jika anda ada masalah seperti yang dinyatakan iaitu obes dan berpenyakit apa kata cuba kaedah bariatik.


Dengan harga daripada RM29,000 ke atas, bergantung kepada pesakit dan jenis pembedahan bariatik yang sesuai, Dr, Mustafa mengulangi hujahnya bahawa usah gentar dan menerima pandangan negatif terhadap pembedahan yang dilakukan.


"Ia selamat dan tidak berbahaya," akhirinya sambil rasa bangga dapat menyumbangkan tenaga dan kepakaran kepada Malaysia apatah lagi bila dapat memberi peluang hidup kedua buat pesakitnya. 


Nak dapatkan nasihat dan maklumat lanjut boleh hubungi Rafeah di talian +60162330678 atau ikuti Instagram Dr Mustafa di @dr.mustafamt dan facebooknya Dr.Mustafa Mohammed Taher.


Nak lagi cepat dan senang KLIK SINI.



Kak Fas: Ini kali kedua bertemu dengan Dr. Mustafa selepas lebih 3 tahun dan ternyata beliau kelihatan sama, tidak berubah, tetap nampak 'fit' dan mesra.


#Bariatrik #LufyaOmar #ChefBob #DrMustafaMohammedTaher #CENGILD #Bedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan