Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LUQMAN PODOLSKI SINGKAP TIRAI 2022 BERSAMA 'RING RING'

MENYEBUT nama personaliti media sosial ini, Luqman Podolski, tentu ada yang terfikir apa kah beliau mempunyai darah campuran Melayu Polish/German atau pun kerana beliau peminat pemain bolasepak German, Lucas Podolski.


Bagaimana nama itu diperoleh Kak Fas tak berani nak nyatakan sebab belum berjumpa dengan pemilik nama sebenar Luqmanulhakim Kamaruddin ini untuk bertanya hal tersebut.


Yang pasti Luqman dikenali di media sosial apabila sering berkongsi video-video lucu sejak tahun 2014 dan beliau menggilap bakatnya sebagai rapper menerusi kejayaan ‘Kalau Kau Rindu’ yang berada di dalam album EP ‘Hitam Putih’ pada tahun 2020. 


Selain daripada mencipta kandungan video di YouTube, personaliti yang mesra disapa sebagai Luqman sahaja ini juga sudah mula mencipta kandungan permainan secara penstriman menerusi laman Facebook. 


Tidak pernah berhenti mencari idea untuk menghibur peminatnya, Luqman yang boleh melawak, berlakon, mengacara dan menyanyi ini berjaya mengekalkan namanya dalam industri kreatif sehingga kini. 


Sebagai pembuka tirai tahun 2022, Luqman muncul dengan single terbaharunya berjudul RING RING yang merupakan karya ciptaannya bersama Airliftsz dan Mingaling manakala susunan muzik oleh Mingaling, Jova Devito, Aden King dan Mas Dewangga


Sejak mula hadir dengan EP ‘Hitam Putih’, Luqman sering digambarkan sebagai penyanyi yang mempunyai keunikannya tersendiri yang disampaikan melalui lagu. 


"Lagu RING RING ini berbeza dengan lagu-lagu saya yang sebelum ini kerana melodinya yang 'catchy' boleh membuatkan mereka yang mendengar turut menyanyi bersama,” ulasnya.


Lirik bagi lagu ini pula tambahya, sangat mendalam dan membuatkan para pendengar berasa dekat dengan pengalaman hidup masing-masing. 



“Saya amat berharap lagu ini dapat diterima oleh semua pendengar terutama sekali peminat-peminat saya,” ujar Luqman penuh harapan.

 

Video muzik rasmi RING RING arahan ATG yang menampilkan Luqman Podolski sendiri sebagai teraju utama ini dijangka akan menarik perhatian para penonton dengan jalan ceritanya yang menarik.

 

RING RING boleh didengari di kesemua pelantar digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox , Deezer, dan juga iTunes bermula hari in (7 Januarimanakala video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Black Hat Cat Records.



#LuqmanPodolski #RingRing #ATG #Airliftsz #HitamPutih #Single #KalauKauRindu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan