Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PROGRAM KITA BANTU TERUS SALUR BANTUAN RINGANKAN BEBAN RAKYAT SELANGOR

TENGKU Amir Shah mendengar rintihan salah seorang penerima bantuan program Kita Bantu,



SEJAK negara diserang virus COVID-19 dan dilanda banjir besar baru-baru ini, rata-rata penduduk menghadapi kesukaran dengan situasi yang berlaku tanpa diundang.


Dan antaranya negeri Selangor Darul Ehsan menyaksikan sebahagian besar dari rakyatnya yang terkesan teruk.


Sehubungan itu atas keprihatinan membantu meringankan beban rakyat, komuniti belia Selangor atau SAY (Selangor Youth Community) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) memperkenalkan ‘Program Kita Bantu’.


Sejak tercetusnya idea itu pada April 2020, program Kita Bantu telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada golongan yang terkesan antaranya keluarga B40, pelajar, peniaga kecil dan petugas barisan hadapan.


Setakat Januari 2022, sebanyak 50,405 penerima telah mendapat manfaat daripada sumbangan orang ramai dan pihak korporat seperti Sunway Group yang telah dikumpulkan melalui inisiatif Kita Bantu. 



Terbaharu, sumbangan telah diberikan oleh Lau Gek Poh Foundation diwakili oleh Encik Gary Pang,  Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan Hap Seng Consolidated Berhad yang telah disampaikan kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor bagi membantu mengurangkan beban buat mereka yang terkesan dengan banjir di Selangor pada penghujung Disember 2021. 


Sebanyak 50 buah keluarga telah menerima sumbangan yang bertempat di Kampung Kebun Bunga Shah Alam. 



Sumbangan termasuk makanan basah dan kering, pek penjagaan kesihatan, barang keperluan elektrik, alatan pembersihan, dan sebagainya yang diperlukan oleh mangsa banjir untuk bangkit semula daripada musibah yang melanda. 


Bantuan barangan elektrik seperti pengisar, cerek jag elektrik, dapur das, dan periuk nasi merupakan antara barangan yang diterima oleh penduduk di kawasan lain seperti Sungai Lui dan Batu 13, Puchong yang terjejas pasca banjir. 


Pendek kata, bermulanya banjir, pihak SAY bersama YRMS telah bertungkus lumus  membantu mereka yang terkesan di beberapa daerah sekitar Selangor, sntaranya di Kuala Langat (melalui Majlis Belia Malaysia), di Hulu Langat (melalui Yayasan Sukarelawan Siswa), Petaling serta  di Klang. 



Untuk rekod, Selangor Youth Community (SAY) diasaskan oleh seorang anak raja berjiwa rakyat, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. 


SAY merupakan organisasi bukan kerajaan, bukan politik dan juga bukan berasaskan keuntungan yang berpegang teguh kepada matlamat untuk mewujudkan komuniti belia oleh belia yang dinamik, progresif dan cergas. 


Atas kajian dan bengkel yang dijalankan oleh Boston Consulting Group untuk mengenal pasti belia yang ada di Selangor, SAY telah bergerak berpandukan empat fokus utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Seni dan Kreatif dan juga Khidmat Komuniti, ia adalah untuk menyentuh secara menyeluruh minat dan fokus utama belia-belia di dalam negeri Selangor.


Setakat Januari 2022, SAY telah memberi kesan positif kepada seramai 300,000 belia, bukan sahaja tertumpu di dalam negeri Selangor tetapi juga di Malaysia secara menyeluruh melalui 200 inisiatif dan program bermula dari tahun pertama SAY ditubuhkan. 


SAY juga menjalankan program dan inisiatif yang holistik melalui rakan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan, korporat dan komuniti untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem agar tiada komuniti yang tercicir.



#SAY #YayasanRajaMudaSelangor #TengkuAmirShah #Bantuan #Selangor

Tiada ulasan: