Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WOWI & MITDA JALIN USAHA BEKAL PEKERJA ASING GUNA APLIKASI DALAM TALIAN PADA KADAR SERENDAH RM1K


PERSATUAN
Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia atau ringkasnya MITDA  buat pertama kalinya akan memperkenalkan Sistem Pengambilan Pekerja Asing dan Pengurusan Sumber Manusia (SPDRM) dengan kerjasama 
World One Worker Integrated Malaysia  (WOWI HR Malaysia) selaku peneraju pasaran untuk pengambilan antarabangsa & Pengurusan Sumber Manusia.

     

“Sistem digital pengambilan tenaga kerja itu dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja asing sekali gus mampu mengurangkan kos tersembunyi yang tinggi oleh ejen-ejen tertentu,” ujar Presiden MITDA, Dato Noor Zaleha Baharuddin ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan SPDRM di MATIC Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut hadir Pengerusi WOWI HR (M) Sdn Bhd., Datuk Dr. Hassan Saad; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prakash Gaire dan Ketua Pegawai Esekutif MITDA, Kapten Mahadzir Tan Sri  Mansor.


DARI kiri: Dr. Hassan, Prakash, Noor Zaleha dan Kapten Mahadzir pada sidang media di MATIC KL baru-baru ini.


Menyedari situasi kritikal yang dihadapi berhubung kekurangan pekerja asing dalam beberapa sektor utama seperti  perkilangan, pembinaan, peladangan, pertanian mahu pun perkhidmatan pelancongan, diyakini kepakaran lebih 20 tahun yang dimiliki prinsipal WOWI mengendalikan urusan pengambilan pekerja asing dapat mengatasi masalah tersebut.


Menurut Noor Zaleha, dianggarkan Malaysia telah menghadapi kekurangan lebih dari satu juta pekerja asing dalam tempoh dua tahun ketika dilanda pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dan 2021.


“Ia disebabkan pengambilan pekerja asing dibekukan manakala mereka yang tamat tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pula dihantar pulang waima tiada pekerja asing baharu yang menggantikan mereka,” jelas Noor Zaleha sambil memaklumkan sektor pelancongan memerlukan di antara 15,000 hingga 20,000 orang pekerja khususnya dalam bidang perhotelan.


Katanya, dengan wujudnya sistem SPDRM ini akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia bagi mengisi jawatan kosong yang diperlukan di samping memilih secara teliti pekerja asing bagi menampung keperluan yang terdesak oeh pengusaha dalam semua sektor pelancongan.


Berkongsi lanjut, Kapten Mahadzir menjelaskan keunikan SPDRM yang dibangunkan bersama WOWI HR Malaysia, ia memberi kebajikan kepada pekerja asing yang selama ini belum pernah dilaksanakan.


“MITDA mereka bentuk kad pekerja asing  yang majikan perlu sediakan dengan beberapa ciri termasuk pemberian insurans, perubatan dan sistem pertukaran wang bagi memudahkan pekerja membuat pemindahan wang kepada keluarga di kampung,” ujar Kapten Mahadzir.


Sementara itu, Prakash Gaire berkata, ‘WOWI tidak mahu membebankan majikan waima segala urusan pengambilan pekerja asing diuruskan dengan hanya bayaran fi sebanyak RM1,000 manakala segala kos lain seperti tiket penerbangan serta  kadar levi kepada Kerajaan ditanggung sendiri oleh majikan.


Berpengalaman memberi perkhidmatan pada lebih 30 negara di dunia dengan terakhirya membekalkan pekerja asing di Qatar ketika berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2022, Prakash yang berasal dari Nepal memberi jaminan pihaknya menyediakan  warranti selama 100 hari sekiranya pekerja yang dibawa tidak memenuhi syarat kelayakan diperlukan majikan.


“Baik pihak korporat atau individu, semua boleh membuat permohonan melalui sistem SPDRM ini," kata Prakash.


Beliau percaya objektif SPDRM mampu menjimatkan kos yang tidak perlu dibayar majikan kepada ‘orang tengah’ yang cajnya mencecah ribuan ringgit.


“Sistem yang kami ciptakan ini telus sekali gus dapat membanteras gejala rasuah apabila majikan perlu membayar kepada beberapa pihak tertentu sebagai komisyen,” sambung Prakash terhadap cara pengambilan pekerja asing terkini yang tak ubah seperti membeli dalam talian waima segalanya di hujung jari.


Dengan terlaksana sistem ini kelak Malaysia secara tidak langsung akan disebut sebagai negara mesra pekerja asing.



BERSAMA hadir memberikan sokongan kepada Dr. Hassan (kanan) adalah Dato Seri Ramle Mat Daly (kiri) selaku Presiden Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia.

#MITDA #WOWIHrMalaysia #PekerjaAsing #SPDRM #

Tiada ulasan:

Catat Ulasan