Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CADBURY DAIRY MILK, MYDIN CIPTA REKOD MBO MASAK KUIH RAYA DARI HATI TERBANYAK!


ANDA
masih ingat tak yang baru-baru ini Kak Fas ada muat naik cerita mengenai jenama cokelat kegemaran ramai, Cadbury Dairy Milk yang melaksanakan program Kuih Raya Dari Hati dengan kerjasama MYDIN di empat lokasi terpilih seluruh negara.

Apa kata flashback dan baca LINK INI.


Menerusi program tersebut, Cadbury Dairy Milk telah berkongsi kemanisan Ramadan bersama rakyat Malaysia untuk turut sama mencipta kenangan dengan membuat kuih Tart Cadbury dan berkongsi kebaikan untuk disumbangkan kepada badan kebajikan melalui MYDIN Prihatin.

Matlamat utama kempen Kuih Raya Dari Hati adalah untuk berkongsi kebaikan Ramadan dengan menyumbangkan kuih tart yang dihasilkan bersama kepada komuniti yang memerlukan. 



Dengan sokongan daripada chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain, (juga dikenali sebagai shafiquecute) rakyat Malaysia dapat mengeratkan ikatan silaturahim dan berjaya menghasilkan sebanyak 26,550 kuih Tart Cadbury.


“Kami tersentuh hati dan berasa bangga dengan sambutan daripada rakyat Malaysia yang menunjukkan sifat pemurah dengan menyumbangkan masa, tenaga serta keprihatinan untuk berkongsi keceriaan bersama golongan yang memerlukan. Kami juga berterima kasih kepada MYDIN selaku penganjur yang banyak memberi sokongan serta dedikasi sepanjang program ini berlangsung. Acara ini membuktikan bahawa kebahagiaan boleh dikongsi melalui sumbangan dan dapat memberikan impak positif kepada komuniti,” kata Narmeen Khan, Pengarah Urusan MondelÄ“z International Malaysia & Singapore.



“Kami di MYDIN amat berbesar hati dapat bekerjasama dalam kempen Kuih Raya Dari Hati bersama Cadbury Dairy Milk untuk menjadikan Ramadan ini suatu kenangan bermakna buat komuniti yang memerlukan melalui MYDIN Prihatin. Hasilnya, sebanyak 26,550 kuih tart Cadbury berjaya disalurkan kepada 21 badan dan rumah kebajikan yang  memberikan manfaat kepada lebih 900 penghuni. Kempen ini memberi peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam kebajikan sambil meluangkan masa bersama insan tersayang,” kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).


Majlis keraian kejayaan penghasilan kuih tart Cadbury yang banyak dalam jangka masa yang singkat telah diadakan di pejabat MondelÄ“z International pada 7 April yang lalu. 



Sijil pencapaian telah disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records (MBO), Siti Nurhanim Mohd Noh dan Siti Hajar Johor kepada Narmeen Khan


Turut hadir wakil MYDIN iaitu, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin dan Pengarah Eksekutif MYDIN, Datin Wira (Dr) Hajah Siti Hawa Mohd bersama chef selebriti Sue Razip dan Mohd Shafiq Zulkarnain


Tidak ketinggalan, pengacara majlis iaitu Nazrudin Rahman dan Chris MJ yang memeriahkan lagi suasana majlis. 


Sementara itu, dapatkan peluang untuk menebus barangan eksklusif dUCk x Cadbury Dairy Milk seperti tudung eksklusif, apron, sarung tangan ketuhar, set membuat kuih raya atau baucar diskaun dUCk dengan setiap pembelian produk Cadbury Dairy Milk bernilai minimum RM15 dalam satu resit


Nak tahu maklumat lanjut mengenai tempoh penebusan di seluruh negara hingga 30 April ini, boleh  melayari https://bit.ly/CDMRaya23 atau klik SINI.


Maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia boleh didapati di laman Facebook https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.




#CadburyDairyMilk #KuihRayaDariHati #MYDIN #MalaysiaBookOfRecords #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan