Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAMANDA, MESRA MALL RAI ANAK-ANAK YATIM BELANJA RAYA


SEPERTI
tahun-tahun lalu selepas berlangsungnya acara kempen Raya di Suria KLCC,  akan disusuli pula dengan majlis berbuka puasa bersama 
anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik di Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya.


Dan tahun ini Kak Fas tidak ketinggalan berpeluang meraikan acara tersebut bersama anak-anak yatim di mana kali ini Alamanda menjemput mereka dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Bangi. 


Seramai 42 kanak-kanak berumur 8 sehingga 17 tahun disambut mesra oleh Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Alamanda, Pang Sook Fong sebaik  mereka tiba di perkarangan ‘Centre Court’, Pusat Beli-Belah Alamanda baru-baru ini.



Turut hadir penjaga Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim/Miskin Rukaiyah, Puan Siti Eshah.


Antara detik yang paling bermakna buat anak-anak kecil ini apabila mereka menerima tajaan kelengkapan Hari Raya. 



Senyuman dan kegirangan jelas terpancar di wajah mereka ketika diberi peluang untuk memilih sendiri persalinan Aidilfitri termasuk baju raya serta kasut raya yang baharu. 


Selain daripada tajaan membeli-belah, anak-anak ini dihiburkan dengan persembahan tradisional ‘dikir barat’. 



Untuk keceriaan berganda, mereka turut menerima sumbangan berbentuk ‘duit raya’ dan sepasang lagi persalinan baju raya yang ditaja oleh rakan niaga Pusat Beli-Belah Alamanda. 


Program menyantuni anak-anak yatim ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa di sebuah restoran di Pusat Beli-Belah Alamanda. 


 “Sebagai sebuah organisasi yang fokus dengan tanggungjawab sosial korporat, adalah suatu yang sinonim bagi kami untuk terus memberi semula kepada masyarakat dan komuniti sekitar. Kami amat berbangga dengan peluang yang diberikan untuk menyantuni Anak-Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah pada bulan yang mulia ini. 


“Kami berharap sumbangan kecil kami mampu mengukir senyuman di wajah anak-anak yatim ini selain daripada memberi semangat kepada organisasi yang lain untuk turut proaktif dalam penganjuran program seperti ini. Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan niaga kami yang turut menyalurkan sumbangan bagi menjayakan program ini,” ulas Pengarah Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.



Sementara itu, Siti Eshah melahirkan ucapan terima kasihnya di atas penganjuran majlis dan sumbangan yang diberikan kepada anak-anak di rumah Rukaiyah.


“Kami amat terharu dengan kebersamaan pelbagai pihak di dalam memastikan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan tidak dilupakan untuk sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.


Untuk rekod, Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun. 



PUSAT BELI-BELAH MESRA 


Di Kemaman, Pusat Beli-Belah Mesra tidak ketinggalan mengadakan majlis amal jariah pada 6 April 2023 yang mana mereka berkesempatan untuk menyantuni 30 orang anak yatim daripada Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman (Rumah Huzai). 


Majlis yang diberi nama ‘Jalinan Mesra’ telah diadakan di Dewan Mesra yang mana barisan anak yatim tersebut dirai dengan sambutan yang meriah. 


Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Mesra, Junaidy Jamaludin menyambut ketibaan 16 kanak- kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan yang berumur dari 7 tahun sehingga 17 tahun. 



Kanak-kanak perempuan telah menerima sepersalinan baju kurung serta selendang, manakala kanak-kanak lelaki menerima persalinan baju melayu bersama sampin sebagai persiapan menyambut ketibaan Aidilfitri. 


Tidak kurang daripada itu, kanak-kanak tersebut menerima pelbagai hadiah daripada pihak pengurusan dan duit raya yang bernilai RM100 setiap seorang


Anak-anak yatim tersebut menerima tajaan berbuka puasa dan dalam pada masa yang sama, mereka turut dihiburkan dengan persembahan nasyid.



Majlis iftar yang berlangsung itu turut menerima tajaan daripada rakan niaga Pusat Beli-Belah Mesra seperti Rasa Sayang, The Body Shop, TMC, BH Beauty, U-Sport, Tealive, Cuckoo, D'Laksa, Rasa Kampung, Mee Tarik Warisan Asli, Tastebuds, Nasi ZNZ, Yong Tau Fu dan VV Rosegold


“Majlis ini adalah majlis yang sangat memberi makna kepada semua penghuni Rumah Huzai. Ia bukan hanya kerana hadiah dan sambutan yang diberikan, tetapi perhatian dan sikap ambil peduli yang kami terima. Kami amat berterima kasih kerana telah menjadikan hari ini hari yang amat istimewa,”  ujar Pengurus Rumah Huzai.



#AlamandaPutrajaya #AnakAnakYatimMiskinRukaiyah #MesraMall #Sumbangan 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan