Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SURIA KLCC BAWA SUASANA KAMPUNG NELAYAN, GANJARAN MENARIK BUAT PENGUNJUNG!


SEKALI lagi pusat membeli-belah terkemuka, Suria KLCC tidak ketinggalan menyambut suasana Aidil Fitri  2023 dengan dekorasi indah  serta pelbagai aktiviti bagi menarik pengunjungnya.


Replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia, berukuran setinggi 50 kaki yang menempa nama di dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 lalu turut dipamerkan buat kali kedua di kawasan Esplanade KLCC.


Jadi jika ada yang tidak berpeluang bergambar tahun lalu, bolehlah mengambil kesempatan tahun ini untuk menyaksikan pelita yang gah tersebut.



Selain itu, tumpuan tentu sekali pada laman ‘Centre Court’, yang merupakan pusat perayaan di Suria KLCC.


Masih mengekalkan suasana perkampunga seperti tahun lalu, namun kini reka bentuk ‘Rumah Kampung’ yang dibina bertemakan kehidupan di kampung nelayan sekali gus mengundang memori indah dengan tata landskap jendela yang gah serta atmosfera kampung yang ditemani dengan kewujudan replika pokok kelapa. 


Aktiviti interaktif “Wayang Kulit” bakal memberikan para pengunjung pengalaman langsung dalam mengendalikan wayang kulit disebalik tabir.


Melalui pengalaman ini, pengunjung berpeluang untuk menyingkap pengalaman bercerita melalui seni penceritaan tradisional masyarakat Melayu.


Dan melalui aktiviti interaktif lain disediakan, kanak-kanak boleh mencuba bermain permainanan lama seperti  teng tengbatu seremban, gasing dan juga congkak sementara halwa telinga dihiburkan dengan alunan muzik lebaran sepanjang hari.



Di samping itu, para pengunjung juga  berpeluang menari bersama-sama melalui persembahan tarian tradisional yang akan di persembahkan di laman “Centre Court” dan “Ramlee Mall” sepanjang tempoh kempen perayaan. 


Sebuah kiosk foto akan disediakan untuk pengunjung mengambil gambar bersama yang tersayang di mana mereka boleh menerima cetakan gambar percuma berserta salinan digital bagi mengabadikan detik bermakna semasa membeli-belah di Suria KLCC.


Dan bercakap mengenai membeli-belah, lebih menarik apabila pembelian diiringi dengan ganjaran dan penjimatan yang kini ditawarkan sehingga 24 April ini.



Para pengunjung yang berbelanja RM1,000 melalui dua (2) resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima Suria KLCC e-baucar (SKLCC e-Vouchers) yang bernilai RM100 serta satu set sampul raya eksklusif dari Suria KLCC. 


Tempoh tebusan e-Baucar tersebut akan berlangsung sepanjang tempoh kempen Hari Raya.


Malah, bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, 100 pembeli utama yang membuat pembelian Suria KLCC e-Baucar yang bernilai RM1,000 semasa kempen perayaan akan menerima tambahan e-Baucar bernilai RM100. 


Menarik kan jika ‘shopping’ kat Suria KLCC pada bulan puasa?


Dan bagi yang berpuasa jangan risau, jika tak sempat nak mencari tempat berbuka puasa kerana terleka dengan aktiviti membeli-belah, boleh terlebih dahulu berbuka dengan buah kurma memandangkan sepanjang bulan Ramadan pegawai perkihdmatan pelanggan yang bersedia di kaunter “Concierge” akan memberikan buah kurma kepada setiap pengunjung. 



Melalui inisiatif program kesedaran kesihatan mental yang masih berterusan, Suria KLCC akan menyumbangkan hasil penjualan “Suria Ribbon Pin” kepada badan atau pusat pertubuhan bukan kerajaan yang mengendalikan gerak kerja kesihatan mental. 


Pin tersebut yang dijual di kaunter “Concierge” bernilai RM10 bagi setiap satu. 


Pendek kata, sebagai destinasi utama dan terkemuka untuk membeli-belah di Kuala Lumpur, kempen perayaan Hari Raya ini merupakan pendekatan Suria KLCC membawa tradisi dan norma masyarakat Melayu untuk dipertontonkan buat pengunjung Suria KLCC yang majmuk dan berbilang bangsa yang bukan sahaja terdiri dalam Malaysia malahan dari serantau dunia pada setiap tahun setiba nya bulan Ramadhan dan Syawal. 



“Melalui langkah yang menitikberatkan semangat perayaan buat para pengunjung ini, kami berharap agar musim sambutan Hari Raya kali ini dapat mencerminkan tanda kerukunan terhadap warisan budaya Malaysia yang pelbagai,” kata Andrew Brien (gambar atas, tiga dari kanan), Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.


Rangkaian Kumpulan Suria KLCC turut melancarkan sambutan seumpama di dua lagi pusat membeli-belah di bawah pentadbirannya iaitu di Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu.


PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA PUTRAJAYA


Bermula dari 31 Mac sehingga 21 April 2023, Alamanda, Putrajaya turut menampilkan tema Desa Nelayan


Para pengunjung yang berbelanja RM700 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai program tebusan yang menawarkan set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda sebagai ganjaran. 


Tebusan ini terhad untuk setiap satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada. 


Pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang lebih besar bermula dari RM1,500 ke atas akan menerima Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda.



Para pengunjung juga akan dihiburkan melalui persembahan tarian tradisional seperti pencak silat, dikir barat, tarian gamelan, caklempong dan juga kompang berirama. 


Dalam menyambut ketibaan Hari Raya, Pusat Beli- Belah Alamanda akan melancarkan inisiatif menyumbang semula kepada masyarakat dengan menjemput kanak-kanak dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah untuk bersama-sama menyertai sesi berbuka puasa. 



Kanak-kanak ini akan menerima sumbangan duit raya selain daripada membeli-belah persalinan baju raya dan menonton pelbagai persembahan tradisional menarik.


Tidak ketinggalan, ahli VIKIds juga berpeluang untuk menyertai bengkel menghias biskut raya dan sampul hari raya di bengkel seni dan kraftangan. 


MESRA MALL


Tema Desa Nelayan juga membuka tirai di Pusat Beli-Belah Mesra Mall yang berlokasi Kemaman, Terengganu.


Para pembeli yang berbelanja RM500 melalui 3 resit melalui kedai-kedai terpilih berpeluang untuk menebus sebentuk ganjaran premium Hari Raya berserta set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Mesra Mall.


Pusat Beli-Belah Mesra Mall juga turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk ahli VIKIds yang mana antaranya adalah pertandingan kraf yang akan diadakan pada 7 April jam 2:30 petang. 


Kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 9 tahun berpelung menyertai Pertandingan Reka Cipta Kad Ucapan, manakala mereka yang berusia 10 sehingga 12 tahun boleh menyertai pertandingan Reka Bentuk Sampul Raya menggunakan kain “Felt”. 


Semua hasil kraftangan akan dipaparkan di perkarangan pusat beli-belah bermula dari 9 sehingga 27 April. 


Kanak-kanak perempuan yang berumur 3 sehingga 10 tahun berpeluang menyertai pertandingan peragaan baju raya iaitu “Miss Little Raya” pada 14 April


Kesemua ahli yang bertanding berpeluang untuk di tata rias oleh jurusolek dari The Body Shop. 


Sementara itu, pemenang yang memperagakan baju raya terbaik akan membawa pulang ganjaran daripada TMC Supermarket.


Bagi kanak-kanak lelaki dari peringkat pendidikan rendah, mereka berpeluang untuk memperlihatkan bakat tarian mereka melalui pertandingan tarian pada 7 April



Pertandingan ini terbuka untuk kumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada 5 orang ahli. Pemenang berpeluang memenangi hadiah menarik daripada TMC Supermarket.


Kesemua pertandingan adalah eksklusif untuk ahli VIKids. 


Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk menjadi ahli, boleh membuat pendaftaran hanya dengan beberlanja RM50 sebelum sesi pertandingan. 


Pengunjung dewasa pula akan dihiburkan dengan barisan persembahan hari raya yang bakal berlangsung mulai 8 sehingga 15 April. 


Persembahan pencak silat akan diadakan pada jam 2 petang dan tarian tradisional Hari Raya pada jam 3 petang. 


Tidak kurang dari itu, aktiviti tutorial memakai “shawl” dan persembahan peragaan busana akan dipersembahkan oleh Rasa Sayang, FOS dan Siti Khadijah serta Kidz pada 7 April jam 4 petang.



Bersempena dengan sambutan Nuzul Quran pada 8 April, Pusat Beli-Belah Mesra Mall akan mengedarkan 500 paket bubur lambuk yang ditaja bersama rakan niaga Pusat Beli-Belah Mesra Mall. 


Sesi edaran bubur lambuk tersebut akan di adakan bermula dari jam 11 pagi sehingga 5 petang.


Dalam meraikan kehadiran Ramadhan dan Hari Raya kali ini, pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Mesra Mall dengan kerjasama badan penguatkuasa tempatan akan menaja program buka puasa bersama mereka yang kurang bernasib baik.


Program buka puasa tersebut akan dihadiri oleh anak yatim dari Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman


Program sumbangan semula kepada masyarakat ini membawa tema “Jalinan Mesra”, akan diadakan pada 6 April bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam.



#SuriaKLCC #MesraMall #AlamandaPutrajaya #KempenRaya #KampungNelayan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan