Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMSUNG GALAXY A34 5G MEMANG 'AWESOME'. ADA 4 PILIHAN RONA!




SAMSUNG sekali lagi tampil dengan model terbaharu keluaran edisi Galaxy A tahun 2023, kesinambungan daripada model sebelumnya A33 tahun lepas, iaitu Samsung A34 5G.


Walaupun secara kasarnya tidak banyak perubahan kelihatan namun perbezaan ketara adalah dari sistem pemprosesannya yang sedikit dtambah baik dan dipertingkatkan.


Secara visual, rekabentuk Galaxy A34 diubah suai lebih kepada edisi model Galaxy S23 berbanding rekabentuk peranti siri A biasa seperti pendahulunya Galaxy A33. 


Paparan Super AMOLED 0.2-inci lebih besar, kualiti yang lebih cerah dan lebih baik dengan kadar penyegaran 120Hz dipertingkatkan daripada 90Hz sebelumnya namun masih mengekalkan kapasiti bateri yang besar 5,000mAh walaupun selepas penggunaannya dilihat prestasi jangka hayat baterinya agak tidak konsisten.


Secara dasarnya mampu bertahan sehingga 2 hari seperti yang dinyatakan, hakikatnya ia subjektif, hayat bateri sebenar berbeza dan tertakluk mengikut penggunaannya dari aplikasi yang digunakan, kekerapan panggilan dan mesej, bilangan pengecasan serta banyak faktor lain.



Kelebihan:

- Rekabentuk dan binaan premium

- Paparan AMOLED 120Hz yang hebat

- Bateri 5,000mAh yang besar

- Peningkatan storan luaran

- IP67 untuk kalis air dan habuk



Kekurangan:

- Hayat bateri yang tidak konsisten

- Tiada sokongan paparan HDR

- Kadang-kadang agak lambat

- Pengecasan yang lambat 25W

- Tiada pengecasan tanpa wayar


SoC: 6nm MediaTek Dimensity 1080

Paparan: 6.6-inci FHD+ Super AMOLED, 120Hz

Ram: 8GB

Penyimpanan: 128GB, 256GB

Bateri: 5,000mAh

Port: USB-C

Kamera (Belakang, Depan): 48 MP f/1.8 (utama); 8 MP f/2.2 (ultrawide); 5 MP f/2.4 (makro)

Kamera depan: 13MP f/2.2

Ketersambungan: Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, LTE, 5G (sub-6GHz)

Dimensi: 161.3 x 78.1 x 8.2

Warna: Lime, Graphite, Violet, White

Berat badan: 199 g

Mengecas: 25W berwayar

Penarafan IP: IP67

Harga: RM 1,599.00

Sokongan kad SD mikro: Sehingga 1TB


HARGA & KETERSEDIAAN:


Di Malaysia, Samsung Galaxy A34 5G ditawarkan dengan harga RM 1,599.00 dalam satu konfigurasi: 8GB RAM dan 256GB storan.


Berbeza dari sebelumnya (Awesome Blue, Awesome Peach), Galaxy A34 5G juga didatangkan dengan pilihan 4 warna iaitu Awesome Graphite, Awesome White, Awesome Violet dan Awesome Lime.


Selain itu, Samsung Malaysia juga menawarkan jaminan 2 tahun Percuma (1+1), hadiah percuma, ‘A34 5G Card Slot Cover’ bernilai RM99 dan banyak lagi dari pembelian secara online di laman sesawang Samsung.


WHAT’S IN THE BOX:


Seperti pengeluar lain bagi tahun 2023, agak mengecewakan Samsung tidak lagi menawarkan pengecas dalam kotak, hanya kabel pengecas USB-C ke USB-C, peranti, alat pembuka SIM dan set kertas biasa.



REKA BENTUK & BINAAN:


Dengan ukuran 161.3 (panjang) x 78.1 (lebar) x 8.2mm (tebal), reka bentuk Galaxy A34 telah dirombak sepenuhnya walaupun ian kelihatan serupa dengan pendahulunya, namun rekaannya kini lebih kepada reka bentuk edisi model Galaxy S23 dengan menampilkan sudut bulat yang kelihatan lebih jelas dengan bezel di sekeliling paparan yang direka untuk dipadankan dan pembundaran yang besar ditepi.


Jika dilihat daripada mata kasar, anda mungkin akan tersilap membezakan Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G yang kelihatan sama seperti kembar, mempunyai tingkap terapung yang sama malah reka bentuk berhalangan juga kelihatan sama.


Walaupun tidak memiliki kualiti binaan mewah seperti S23 yang lebih mahal, kemasan matte belakang A34 masih kelihatan seperti kaca sedangkan hakikatnya menurut Samsung ia diperbuat daripada ‘Glastic’ gabungan plastik dan kaca dilindungi dengan Gorilla Glass 5.


Anda mungkin tidak akan menyedarinya dengan melihatnya di hadapan. Ini kerana perbezaanya ketara kelihatan jika dilihat di bahagian belakang, reka bentuk 3 kamera yang minimalis dan elegen dikelilingi cincin reflektif serta LED diselaputi kaca sama seperti rekaan model Galaxy S23 dan tiada lagi bonggol kamera seperti A33 yang memiliki 4 kamera.


Sama ada anda suka susunan kamera baharu atau tidak adalah keutamaan peribadi tetapi bagi Kak Fas agak merisaukan dengan permukaan kamera yang menonjol dari permukaan belakang jika diletakkan menghadap kamera di permukaan rata. (Lihat gambar)


Seperti S23, ia adalah peranti yang licin, tetapi kualiti binaannya sangat baik dan ia adalah salah satu daripada beberapa telefon jarak pertengahan terpilih dengan penarafan kalis debu dan air IP67. Mampu bertahan berdasarkan keadaan ujian makmal untuk rendaman dalam sehingga 1 meter air tawar selama sehingga 30 minit.


Galaxy A34 menggunakan bingkai plastik matte, tetapi tetap kukuh dan tidak licin ketika dipegang. Beratnya juga sedikit berbeza, meningkat 13g daripada A33 kepada 199g dan kurang 3g daripada Galaxy A54.


Anda akan menemui slot kad SIM/kad mikroSD dan mikrofon di bahagian atas telefon. Tiada apa-apa di sebelah kiri peranti, manakala sebelah kanan menempatkan penggoncang kelantangan dan butang kuasa.


Bercakap mengenai butang dan kedudukannya seperti sedia ada, butang kuasa dan kawalan kelantangan suara di sebelah kanan, port USB-C, pembesar suara utama Dolby Atmos serta mikrofon di bahagian bawah manakala gabungan dulang kad SIM dan microSD (Maksima 1TB) di bahagian atas. Dan buat kedua tahun berturut-turut, tiada lagi bicu fon kepala 3.5mm. Kena guna Bluetooth lah jawabnya...


KAMERA:


Kak Fas yakin sesiapa sahaja yang mahu membeli sebuah telefon bimbit pasti perkara pertama yang ingin diujinya tentulah pada kehebatan kameranya.


Kamera Galaxy A34 tidak mempunyai banyak peningkatan berbanding Galaxy A33, kedua-duanya menggunakan kamera utama 48MP, ultra lebar 8MP, makro 5MP dan kamera swafoto 13MP yang sama. 



Perbezaan di sini ialah A34 tidak mempunyai kamera kedalaman 5MP keempat di bahagian belakang, menjadikannya sistem tiga kamera sama seperti siri Galaxy S23

dan bukannya sistem empat kamera terdahulu.


Selain itu, kamera utama 48MP sebenarnya sudah cukup bagus. Dengan keseimbangan perincian dan pencahayaan yang baik tetap mampu menghasilkan gambar yang berkualiti. Walaupun pada waktu malam, ia mampu merakam foto yang sempurna melalui penggunaan Mod Malam.



Mod Potret membolehkan beberapa swafoto yang cukup bagus dengan kamera swafoto adapan 13MP, tetapi sekali lagi, ia memerlukan anda untuk mempunyai pencahayaan yang betul. Mojo pengoptimuman imej Samsung melakukan kerja yang cukup baik untuk memisahkan latar belakang daripada subjek juga.


Tidak hairanlah, Samsung mengetengahkan tagline ‘AweDay, Awe-Night’ dalam memperkenalkan peranti terbaharunya ini waima dalam keadaan mengambil gambar pada cahaya terang, foto yang terhasil agak memuaskan samada dipetik dalam mod auto, ultra lebar atau mod makro.



Manakala penggunaan night-mode pada gambar diambil waktu malam dengan menggunakan kamera utama tidaklah mengecewakan sungguh pun sumber cahaya agak terhad.


Kualiti rakaman video juga memuaskan cuma perlu dirakam pada resolusi 1080p dengan kadar bingkai 60fps sahaja memandangkan ciri penstabilan super steadynya mampu membantu mengambil gambar dengan stabil dan jelas.


Dengan skrin berukuran 6,6 inci  Super Amoled 120Hz, iaitu lebih besar sedikit dari Galaxy A54 5G, ia memberikan kepuasan untuk merakam gambar malah dengan bucu yang melengkung pada semua empat sudut ia memudahkan kita memegangnya dengan selesa. 


Memang sesuai jika  berhasrat memberikan hadiah pada anak-anak yang baharu mahu merasai memegang sebuah telefon pintar.


Dengan adanya slot sokongan kad mikro SD tidak perlu risau tentang had penyimpanan.


Sehubungan itu, tidak menghairankanlah ia dikatakan siri telefon pintar paling laris di seluruh dunia kerana harganya yang berpatutan bagi sebuah peranti yang sepesifikasinya lengkap untuk kegunaan seharian.


ANTARA ciri istimewa melalui aplikasi kamera lalai, kebolehan scan atau extract text terus dari gambar


SKRIN & PEMBESAR SUARA:


Sedia maklum, Samsung sememangnya terkenal dengan paparan OLED yang berkualiti, dan Samsung Galaxy A34 tidak terkecuali. Ia memaparkan paparan Super AMOLED 6.6-inci yang memaparkan reka bentuk 'Infinity U' yang sangat menakjubkan dengan gabungan resolusi FHD+ kadar penyegaran 120Hz. (120 kali per saat) berbanding A33 dengan paparan 6.4-inci dengan kadar penyegaran hanya 90Hz.


Ia cukup terang untuk kegunaan luar dalam cahaya matahari yang terik dan paparan juga dilengkapi dengan warna dan kontras yang sangat baik berbanding sebelumnya walaupun pada 1000 nits, paparan menjadi sangat terang dan masih mampu melihatnya.


Pada dinamik 120Hz, A34 kekal sebagai salah satu renjer pertengahan yang paling lancar, dengan mod penyesuaian dihidupkan secara lalai atau pilihan untuk menghadkannya pada 60Hz untuk jangka hayat bateri yang lebih lama.


Pengimbas cap jari terbenam serta pengecaman muka pembuka kunci juga mendapat manfaat daripada kesediaan paparan dan berfungsi dengan lebih sempurna.


Walaupun A34 tidak mempunyai bicu fon kepala namun pembesar suara stereo terbina penalaan Dolby Atmos adalah cukup terang dan memuaskan, menawarkan halaju dan kejelasan bunyi yang baik tanpa herotan walaupun pada tahap kelantangan yang lebih tinggi.


Menariknya, bagi yang mempunyai deria dengar yang sensitif, anda juga mampu untuk mengaktif atau menyahaktifkan penalaan Dolby Atmos selain boleh menyesuaikan bunyi mengikut kesesuaian dan umur (Bawah 30 tahun, 30-60 tahun dan atas 60 tahun) di tetapan suara sesuai bagi penggunaan fon kepala. (Lihat Gambar)


PERISIAN:


Perisian terkini tersedia bagi Galaxy A34 5G ialah sistem operasi Android 13 dengan paparan One UI 5.1 yang kelihatan bersih, dioptimumkan dengan baik dan intuitif. Reka bentuknya yang moden tanpa membebankan perkakasan dan menghalang prestasi.


Seperti kesemua peranti Samsung, aplikasi lalai Samsung diprapasang begitu juga kesemua aplikasi lalai utama Google serta beberapa aplikasi lalai kebiasaan lainnya.


Samsung juga menjanjikan peningkatan kemaskini 5 tahun sekuriti dan OS selama empat tahun, jadi anda bukan sahaja akan mendapat Android 14, tetapi sekurang-kurangnya sehingga  Android 17 pada telefon ini.


SPESIFIKASI & PRESTASI:


Samsung Galaxy A34 menggunakan Pemproses Mediatek Dimensity 1080; fabrikasi 6nm; Mali-G68 MC5 GPU; 2.6GHz, 2GHz yang dinaik taraf menawarkan kelebihan 17% kelajuan prestasi CPU dan 14% kelajuan prestasi GPU berbanding sebelumnya Pemproses Exynos 1280; 2.4GHz, 2GHz pada A33.


Digandingkan dengan 8GB RAM tidak kira sama ada anda memilih untuk varian storan 128GB atau 256GB, dengan keupayaan untuk menggunakan ROM ganti sebagai RAM dalam aplikasi yang mementingkan prestasi berbanding Galaxy A33 yang dihadkan hanya 6GB RAM dengan storan 128GB sahaja. 


Anda juga mempunyai pilihan untuk meningkatkan storan sehingga 1TB dengan slot microSD, sesuatu yang tiada daripada julat perdana Samsung.


Walaubagaimanapun, jangan mengharapkan prestasi peringkat premier walaupun menggunakan pemproses yang dinaik taraf, telefon kadangkala akan menjadi sedikit hangat apabila memuat turun aplikasi atau bermain permainan. Namun pengalaman keseluruhan adalah positif, prestasi operasi harian adalah agak baik dan berkemungkinan cukup untuk pengguna telefon pintar kasual.


Penggunaan aplikasi media sosial seperti Twitter dan Facebook berjalan dengan lancar tanpa banyak gangguan atau perlahan (lagging), dan juga mampu mendayakan grafik peringkat tinggi untuk permainan video tetapan berkualiti tinggi. Meleret masuk dan keluar aplikasi juga sangat lancar dan responsif.


Elemen seperti bertukar antara kanta utama dan ultralebar juga boleh mengambil masa satu atau dua saat, yang tidak sesuai jika anda cuba merakam gambar haiwan peliharaan atau anak anda melakukan sesuatu yang lucu.


Jadi, ya, walaupun anda akan mempunyai pengalaman yang agak lancar, ia tidaklah sepantas yang mungkin digemari oleh sesetengah pengguna yang haus kuasa. Elemen seperti bertukar antara kanta utama dan ultralebar juga sekali-sekala boleh mengambil masa satu atau dua saat.


Seperti namanya, Galaxy A34 5G dilengkapi dengan sambungan 5G dan Wi-Fi 6 yang dinaik taraf bersama Bluetooth 5.3 dan NFC.



BATERI:


DUA HARI SEKALI CAJ… Secara teorinya kedengaran sangat menarik dan mengagumkan, ya berkemungkinan dapat dilaksanakan. Namun ia tidak mencerminkan penggunaan yang sebenar, lebih bergantung kepada penggunaan individu.


Sebagai contoh, melalui eksperimen Galaxy A34 mampu bertahan sehingga 5-7 hari tanpa sebarang penggunaan aplikasi, talian telefon mahupun data internet.

Namun dengan hanya mengaktifkan talian dan data, ia jelas mampu bertahan lebih daripada 2 hari seperti yang dinyatakan. Belum lagi menggunakan Waze atau bermain permainan?


Jadi keselurahannya, segalanya bergantung kepada cara penggunaannya. Bateri 5,000mAh dalam Galaxy A34 adalah saiz yang sama seperti tahun lepas walau bagaimanapun pengecasan masih menjadi masalah apabila membandingkan Samsung dengan pasaran pembekal lain yang boleh mencapai kelajuan melebihi 200W sekarang. 


Pengecasan 25W pada A34 tidak begitu moden dan, lebih menyedihkan, Samsung tidak membekalkan pengecas penyesuai dinding di dalam kotak - hanya kabel.


Ini bermakna walaupun setelah anda mendapatkan pengecas, prosesnya perlahan, pengecasan penuh mengambil masa sekurangnya 82 minit hingga 160 minit. Bukan itu sahaja, pengecasan tanpa wayar juga tidak tersedia pada A34.


Bagi yang ‘on-the-go’, anda disarankan mendapatkan pengecasan pantas lain yang terbukti dan telah diuji (jenama lain) mampu mempercepatkan proses pengecasan.


KESIMPULAN:


Samsung Galaxy A34 5G memberikan persepsi baharu dan terkini kepada peranti kategori pertengahan melalui peningkatan prestasinya, kualiti binaan yang lebih baik serta paparan yang lebih besar serta pemproses yang pantas, menjadikannya antara pilihan untuk peranti kelas pertengahan.


Samsung Galaxy A54 adalah serba lengkap dengan binaan premium dengan rekabentuk yang dikemas kini hampir dengan rangkaian premier siri Galaxy S23. Sokongan IP67, khususnya, adalah yang paling bernilai pada titik harga ini.


Tiada peningkatan kamera atau hayat bateri yang ketara, tetapi ia sudah memadai pada Galaxy A34. Kamera 48MP utama masih relevan meningkatkan lagi prestasi dalam keadaan terang dan cahaya malap dengan banyak cahaya dan perincian yang ditawarkan bersesuaian dengan harga.



Hayat bateri juga bukan permasalahan. Selagi anda tidak menggunakan telefon terlalu kerap, ia sepatutnya bertahan, tetapi walaupun bateri 5000mAh tidak boleh sentiasa memberikan hayat bateri yang selesa sepanjang hari jika anda benar-benar menggunakan telefon. Dapatkan pengecas yang lebih pantas.


Keseluruhannya, Galaxy A34 5G merupakan peranti serba boleh yang mampu melakukan kebanyakan tugasnya dengan baik dan sempurna. 


Anda bukan sahaja akan mendapat sambungan peranti 5G pada bajet bawah RM1,599, tetapi juga paparan 1080p moden dengan kadar segar semula 120Hz yang tinggi. Tambahan pula, reka bentuk Galaxy A34 baharu adalah nafas segar yang bermula dengan siri Galaxy S23 yang lebih mahal.


Sila layari LINK INI untuk saksikan artikel UNBOXING terdahulu.



Apa pun, mulai 7 April 2023 lalu,  anda boleh mendapatkan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G di mana-mana Kedai Pengalaman Samsung, Peruncit Sah Samsung, Kedai Dalam Talian Samsung dan Kedai Jenama Samsung di Shopee dan Lazada.


Dan menariknya, mereka yang membeli model ini dari sekarang hingga 30 April 2023 boleh menikmati tawaran hebat ini:


Dapatkan sarung percuma dan Waranti 2 Tahun apabila membeli sama ada Galaxy A54 5G atau Galaxy A34 5G.

• Nikmati 30% pembelian-dengan-pembelian pada penyesuai perjalanan apabila membeli Galaxy A54 5G, Galaxy A34 5G, Galaxy A14 LTE atau Galaxy A14 5G.

Dapatkan Galaxy Buds2 pada harga RM149 sahaja dengan 70% tawaran belian dengan pembelian apabila membeli Galaxy A54 5G.


Untuk maklumat lanjut yang lebih terperinci boleh layari laman sesawang ini :


Samsung Galaxy A34 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a34-5g-silver-256gb-sm-a346ezsexme atau KLIK SINI.




#SamsungElectronicsMalaysia #GalaxyA345G #Technology #Review #TelefonPintar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan