Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

APA 'RAHSIA GAYA RAYA' WATSONS MALAYSIA? TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50%


SEMPENA sambutan Aidil Fitri 2023, Watsons Malaysia meyumbang barangan kesihatan dan  kecantikan bernilai lebih daripada RM210,000 kepada 17 buah rumah kebajikan dan yatim di seluruh Malaysia bagi membawa semua keriangan dalam kalangan masyarakat.

“Watsons Malaysia berbesar hati untuk meneruskan komitmen dalam memberikan semula kepada komuniti sempena Raya yang yang bakal menjelang,” ujar Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia pada majlis Pelancaran filem ‘Rahsia Gaya Raya’ dan Berbuka Puasa  2023 bertempat di Boathouse, Glasshouse, Tasik Ampang, baru-baru ini.


Menurut Caryn. kempen Hari Raya Watsons pada tahun ini mencerminkan komitmen pihakya  mengeratkan rakyat Malaysia menjelang musim perayaan. 

..


“Filem jenama kami, Watsons Rahsia Gaya Raya, yang diilhamkan oleh karya detektif dan tema misteri,  mengetengahkan kepentingan kasih sayang, kebersamaan dan mengatasi cabaran sebagai sebuah keluarga. Filem ini membawakan kisah dua beradik yang bersaing untuk kasih sayang dan persetujuan ibu mereka, dan melalui keazaman dan kerjasama, mereka mengatasi cabaran dan akhirnya membawa keluarga mereka erat semula,” ujar Caryn sambil berharap kisah yang menyayat hati yang dipaparkan itu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai orang tersayang dan membina silaturrahim yang lebih kukuh sempena perayaan ini


Diinspirasi oleh misteri dan kegembiraan, ia menampilkan barisan pelakon seperti Duta Watsons Malaysia, Ayda Jebat, Fyna Jebat dan pelakon terkenal seperti Didie Alias, Faizal Hussein serta Nabil Mahir.



Berkongsi lanjut, Caryn memberitahu, selain sumbangan kepada rumah kebajikan,

pasukan pengurusan dan kakitangan Watsons Malaysia telah melawat Kampung Orang Asli Serendah bagi membina dua buah tandas awam dan menggalakkan pengamalan kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat. 


“Kami berharap usaha kecil kami dapat memberi impak besar kepada kehidupan mereka yang kami hubungi dan meletakkan senyuman di wajah mereka pada sambutan Hari Raya ini,” tambah Caryn.


Masyarakat di Kampung Orang Asli Serendah diberikan bengkel kesejahteraan dan kebersihan selain menerima pemeriksaan kesihatan daripada ahli farmasi Watsons dalam menggalakkan gaya hidup sihat.


Sempena kempen ini, Watsons menawarkan diskaun sehingga 50% di kedai-kedai dan secara dalam talian untuk semua pelanggan dan ahli kelab Watsons. 



Orang ramai boleh mengambil peluang ini bagi mendapatkan produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit dan kesihatan kegemaran mereka pada harga yang tiada tandingan.


“Watsons Malaysia membawakan anda pelbagai promosi hebat untuk semua ahli Kelab Watsons. Terdapat lebih banyak alasan untuk diraikan bersama kami kerana kami memberikan hadiah bernilai sehingga RM5,888,888 termasuk dua (2) buah kereta dari Perodua, barang kemas yang menakjubkan dan baucar tunai daripada Poh Kong, Baucar Watsons apabila berbelanja RM80 keatas menggunakan kad VISA,” kata Danny Hoh, Pengurus Besar Pemasaran & Pelanggan, Watsons Malaysia


Jelas Danny, kemeriahan sambutan tahun ini diteruskan dengan lebih banyak tawaran kepada pelanggan dan ahli dengan penjimatan baucar Kesihatan & Kecantikan bernilai lebih daripada RM355.


“Bukan itu sahaja, dapatkan paket Raya percuma untuk ahli Kelab Watsons dan hadiah eksklusif percuma untuk ahli Elite dengan pembelian. Selain itu, beli anak patung Unik edisi terhad pada harga RM29.90 (atau dengan 8 e-setem dan tambah RM9.90 di dalam talian) dan hasil jualan akan disalurkan kepada Yayasan Chow Kit untuk tujuan yang baik,” jelas Danny.


Sementara itu, selaku Duta Watsons Malaysia, Ayda Jebat  yang menjadi sebahagian daripada Watsons Rahsia Gaya Raya menyifatkan  pengalaman yang ditimba  sangat istimewa buat dirinya. 



“Mesej di sebalik filem ini sangat dekat di hati saya kerana ia adalah sesuatu yang boleh dikaitkan dengan kebanyakan keluarga – pentingnya untuk sentiasa bersatu dan mengatasi halangan bersama- sama sebagai sebuah keluarga. Saya harap filem ini akan menyentuh hati anda dan memberi inspirasi kepada anda untuk menghargai orang yang anda sayangi dan meraikan semangat kebersamaan,” ujar
Ayda.



Selain daripada promosi dan tawaran yang luar biasa ini, #KakiWatsons juga boleh:

  • menonton Resipi Raya Sihat yang dicipta oleh Chef Selebriti Sherson Lian
  • mempelajari petua kesihatan dan kecantikan di Glow TV Rahsia Gaya Raya
  • Jualan Watsons 4.4 khas yang berlangsung dari 4 hingga 6 April 2023.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba AR Filter Watsons Rahsia Gaya Raya dan pek pelekat Unik, yang sangat comel, sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan anda.


Muat turun disini:


Untuk maklumat lanjut layari:

  • www.watsons.com.my
  • muat turun aplikasi Watsons di Apple Store, Google Play Store & Huawei Store.


    #WatsonsMalaysia #RahsiaGayaRaya #AydaJebat #Boathouse #DidieAlias 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan