Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PENGUSAHA SHELL KOD AREA C06 JALANI TANGGUNGJAWAB SOSIAL SUMBANG KEPERLUAN HARI RAYA ANAK YATIM, ASNAF


SERAMAI
53 pelajar dari Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, Puchong diraikan dengan sumbangan RM150 setiap seorang bagi membeli keperluan sambutan Hari Raya yang akan datang tidak lama lagi.


Sehubungan itu, mereka yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf berusia di antara 7 hingga 12 tahun telah diiringi oleh tujuan orang ustaz dan ustazah ke Mydin Mall Subang dengan menaiki bas sekolah.



Lebih kurang RM8,000 diperuntukkan daripada sumbangan Pengusaha Shell Kod Area CO6 meliputi kawasan Puchong, sebahagian Petaling Jaya dan Shah Alam dalam menjayakan majlis tersebut.


“Ini adalah tanggungjawab sosial daripada pihak kami bagi  suku tahun pertama ini bertujuan meringankan beban keluarga anak-anak yatim dan asnaf dalam persiapan menyambut Hari Raya,” ujar wakil C06, Hani Saleh ketika ditemui pada Majlis Sumbangan Hari Raya Anak Yatim dan Asnaf Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5 bersama Pengusaha Shell Area C06 Selangor di Mydin Mall baru-baru ini.


DARI kiri: Hani Saleh, Mohd Haniff dan pengusaha2 Shell C06. 


Turut hadir Pengurus kawasan C06, Mohd Haniff Tajul Urus; Pengusaha2 Shell C06Guru Besar dan Guru Guru Sekolah Agama Bandar Kinrara 5; Pengurusan Mydin Mall serta ibu bapa anak-anak terbabit.


Majlis yang berlangsung dari 11.30 pagi sehingga 3 petang dijayakan dengan kerjasama seramai 25 orang pengusaha stesyen minyak Shell yang masing-masing menyumbang sebanyak RM300 setiap satu.


“Mereka  berpeluang untuk bersama-sama memilih keperluan anak-anak ini seperti baju kurung, baju melayu, tudung, kasut dan sebagainya,” tambah Hani sambil memaklumkan jumlah sebenar keseluruhannya adalah 55 pelajar namun dua pelajar tidak dapat hadir atas sebab tertentu.



"Apa pun kami tetap akan menyerahkan sumbangan kepada dua pelajar terbabit," akhiri Hani.


Suasana kegembiraan dapat dilihat pada pancaran wajah setiap anak-anak yatim dan asnaf yang menerima sumbangan sambil menunjukkan pembelian masing-masing.



Sebahagian besarnya memilih pakaian baju raya, kasut raya, samping mahu pun tudung yang merupakan pakaian Hari Raya yang harus digayakan pada Raya pertama.



#ShellAreaKodC06 #SumbanganRaya #SekolahAgamaBandarKinrara5 #MydinMall

Tiada ulasan:

Catat Ulasan