Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SOGO RAI KEMPEN 'IHSAN RAYA', TAWAR PELUANG MENANGI HADIAH KERETA SAMBIL BERAMAL



IHSAN RAYA BERSAMA SOGO’ begitulah kempen bagi menyambut bulan Syawal yang akan hadir tidak lama lagi dan kebetulan yang melayangkan jemputan pun bernama Ikhsan, selaku Eksekutif Kanan Bahagian Pemasaran dan Kommunikasi SOGO.


Hanya abjad ‘k’ yang memisahkan maksud kedua-duanya.


Apa pun itu sekadar kebetulan haha…  yang menjadi fokus utama tentulah program dan jualan Raya di kompleks membeli-belah ternama ini yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur apa tah lagi lokasinya strategik di Jalan Tuanku Abdu Rahman yang sentiasa sebuk.


SOGO antara pusat membeli-belah kegemaran Kak Fas waima segala kelengkapan yang diperlukan ada di bawah satu bumbung bak kata ungkapan Inggeris ‘You name it, SOGO has it’ bermaksud apa sahaja yang anda mahukan SOGO ada.


Sejak COVID-19 menyerang negara, rasanya sudah tiga tahun SOGO tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan pihak media khususnya meraikan musim perayaan seperti Tahun Baru Cina atau pun Hari Raya Puasa.


Alhamdullilah, tahun ini dalam skala yang lebih ‘intimate’ Kak Fas dijemput hadir dalam satu pertemuan eksklusif bersama media terpilih bagi melihat dan menyaksikan sendiri kemajuan SOGO berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Selain Ikhsan yang ,menemani, turut hadir Pengurus Kanan Pemasaran & Komunikasi SOGO iaitu Rosma Tajuddin.


Menurut Rosma, untuk tahun 2023 ini, SOGO menyediakan tiga kempen  meliputi ‘Promosi Bonanza Harga Raya’, ‘Ihsan Raya Bersama SOGO’ dan Peraduan Jom Balik Kampung bersama SOGO & Paynet.


Jom kita teliti satu persatu:


1. Ihsan Raya Bersama SOGO (24 Mac – 10 Apr 2023)

  • Kempen ‘Ihsan Raya Bersama SOGO’ memberi keceriaan kepada anak-anak dari Rumah Nur Hati. 
  • Para pelanggan digalakkan untuk bersama-sama memberi sumbangan serendah RM50 bagi seorang kanak-kanak untuk membeli pakaian Raya.
  • Sumbangan boleh dilakukan di Kaunter Khidmat Pelanggan, Tingkat Bawah, SOGO KL.

2. Peraduan Jom Balik Kampung bersama SOGO & PayNet (24 Mac – 31 Mei 2023) 

  • Peraduan berlangsung di seluruh stor SOGO di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Johor Bahru. 
  • Dianjurkan bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). 
  • Ia terbuka untuk pemegang kad ATM MyDebit dengan pembelian minimum RM50 di semua stor SOGO dan/ atau SOGO Foodgarden di SOGO Kuala Lumpur. 
  • Cara penyertaan: 
  1. Peserta perlu meneka jumlah ketupat di dalam Bola Gergasi yang disediakan di mana-mana satu stor SOGO dan sertakan resit pembelian pada borang penyertaan.
  2. 28 penyertaan dengan jawapan yang betul atau jawapan terdekat akan layak ke acara Peringkat Akhir untuk memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM150,000! Hadiah utama: Kereta Perodua Aruz 1.5 (bernilai RM72,900) 
  • Hadiah kedua: Kereta Perodua Bezza 1.3X (bernilai RM43,980) 
  • Hadiah ketiga: Kad Hadiah SOGO bernilai RM10,000 
  • Hadiah sagu hati untuk 20 pemenang berupa Kad Hadiah SOGO bernilai RM1,000.

3. Promosi Bonanza Harga Raya (24 Mac – 23 April 2023) 

  • Promosi ini diadakan di seluruh stor SOGO di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Johor Bahru. 
  • Potongan harga sehingga 80% ditawarkan ke atas pelbagai barangan berjenama daripada paian wanita, lelaki dan kanak-kanak, aksesori, kecantikan, barang kelengkapan rumah dan produk gaya hidup.


4. Promosi Raya Bazaar (21 Mac – 26 April 2023) 

    Diadakan di Arena Promosi, Tingkat 7, SOGO Kuala Lumpur. 

  • Pengunjung boleh mendapatkan segala kelengkapan menyambut Aidilfitri di dalam bawah satu bumbung. 
  • Tawaran-tawaran yang tidak harus dilepaskan termasuklah Belian dgn Belian (BDB), Hadian dengan Belian (HDB), pelbagai aktiviti lain termasuklah peraduan berfoto, cabutan bertuah harian dan banyak lagi.
  • Sesi ‘Meet & Greet’ bersama Fazura & Fattah Amin pada 9 April 2023 pada 3.30 petang - 4.30 petang. Terhad kepada 100 pelanggan pertama yang membuat pembelian minimum RM50 dalam satu resit bagi produk Fazbulous pada 6 - 9 April 2023. 
  • Sesi ‘Meet & Greet’ bersama Dato Sri Siti Nurhaliza pada 9 April 2023 pada 12.30 tghri - 1.30 petang. Terhad kepada 100 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM150 dalam satu resit bagi produk SimplySiti dan Beausiti pada 7 - 9 April 2023.

Sementara itu, pada hari Kak Fas dan rakan-rakan blogger hadir pasangan artis terkenal, Fazura bersama suaminya, pelakon kacak mengadakan sesi ‘Meet & Greet’ bersama pengunjung yang membeli produk jualan Fazura di Raya Bazaar yang dibuka khas sempena musim perayaan.



Walau pun dah beberapa kali bersua dan bergambar, namun Kak Fas tetap mahu bergambar lagi jadi kenalah turut mengambil kesempatan beratur dan berfoto dengan pasangan yang sama cantik dan sama padan itu bagaikan ‘pinang dibelah dua’ gitu.


Mereka yang dibenarkan bergambar dengan Faz dan Fattah harus menunjukkan bukti pembelian produk Fazura dengan membawa bag Fazura yang berona pink diberikan bagi mengisi barang pembelian.



Selain itu Raya Bazaar ini turut  menjual produk-produk daripada artis lain seperti antaranya ‘Simplicity’ dari Dato Seri Siti Nurhaliza, Jovian Mandagie dan Alif Satar


Memang happening petang itu apatah lagi SOGO memang sentiasa sesak dengan pengunjung membeli-belah malah pihak pengurusan menyediakan tikar bagi dibentang untuk pengunjung berbuka puasa andai kata tidak sempat tempah di kedai berhampiran.



“Mereka boleh berbuka puasa di hadapan SOGO sambil halwa telinga dihiburkan oleh lagu-lagu daripada buskers yang sentiasa ada di hadapan pintu utama SOGO,” ujar Rosma.


Menghampiri waktu berbuka Kak Fas dan rakan-rakan dibawa ke Restoran Siang untuk menjamu selera berhidang Set Ramadan yang berharga RM668 ++ satu meja.


Terima kasih SOGO moga bertemu kembali tahun hadapan InsyaAllah!





Tiada ulasan: