Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AHLI KELUARGA TAHANAN SOSMA SERAHKAN MEMORANDUM KEPADA SUHAKAM!


HANYA
tinggal tiga  hari sahaja lagi sebelum 69 tahanan SOSMA mengancam untuk melakukan mogok lapar pada 30 Julai 2023 manakala ahli keluarga mereka juga akan menyambung langkah sama pada 31 Julai 2023 sekiranya Kerajaan Perpaduan tidak menyahut rayuan untuk membebaskan tahanan SOSMA dan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu.

(Baca link berkaitan ancaman Mogok Lapar tersebut DI SINI.)


THROWBACK... Sidang media umum rancang Mogok Lapar pada 25 Julai lalu.


Sehubugan itu,  satu majlis penyerahan Memorandum Organisasi Nambikkai diketuai Dato Dr, Kalai Vanar diserahkan kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia atau SUHAKAM di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada hari ini, 27 Julai 2023.


“Kami menuntut agar Kerajaan Malaysia meminda seksyen 13 SOSMA dan memberi saru moratorium supaya peruntukan ini tidak digunakan sehingga pindaan peruntukan ini selesai. Kami turut berharap agar OKT boleh mendapatkan jaminan tanpa sebarang bantahan daripada Jabatan Peguam Negara,” ujar Dr. Kalai ketika ditemui pada sidang media yang berlangsung selepas penyerahan Memorandum Tuntutan berkenaan.


Mewakili suara ahli-ahli keluarga SOSMA yang ditahan, Dr. Kalai berharap jasa baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  dapat mempertimbangkan permohonan membebaskan tahanan mangsa SOSMA dengan kadar segera sebelum mereka mengambil langkah meneruskan hasrat mogok lapar berrmula 30 Julai ini.


Bersama Dr. Kalai di majlis sidang media berkenaan terdiri daripada ahli-ahli keluarga 35 orang mangsa tahanan SOSMA (GST 08), ahli keluarga 24 orang mangsa tahanan SOSMA (Geng SAKAI) dan SOSMA (Rusa Boy).


Turut hadir ahli-ahli daripada Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) serta Sebaran Kasih.


“Kami ingin menyeru agar pibak Datuk Seri menggunakan mandat dan amanah daripada rakyat untuk memberikan keadilan kepada semua mangsa tahanan SOSMA yang sedang menunggu tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada Julai 2024 hingga September 2024 (bagi tahanan SOSMA GST 08) dan yang sedang menjalani perbicaraan (Geng SAKAI), “ tambah Kalai.


Menurutnya, di bawah peruntukan Seksyen 13 (SOSMA), tiada sesiapa yang dipertuduh atas kesalahan keselamatan dibenarkan ikat jamin kecuali mereka adalah dibawah umur 18 tahun, wanita dan scorang yang sakit atau seorang yang uzur. 


“Kami berpendapat bahawa seksyen ini adalah bercanggah kepada prinsip kedaulatan undang-undang ('rule of law') atau prinsip keadilan semula jadi ('natural justice') kerana ia memberi kuasa kepada pihak penguatkuasa untuk memenjarakan seseorang walaupun beliau belum didapati bersalah di mahkamah,” jelas Kalai.


Sambungnya, akibat proses perbicaraan yang panjang, peruntukan ini turut disalahguna oleh pihak polis untuk berunding dengan OKT malah OKT dinasihatkan untuk mengakui salah supaya mendapat hukuman rendah agar tidak perlu meringkuk di penjara schingga bicara selesai. 


“Terdapat kes-kes dahulu dilaporkan bahawa OKT berbuat demikian untuk mengelakkan sebarang pelanjutan tempoh penahanan, Hal ini menunjukkan bahawa peruntukan ini telah menafikan hak-hak OKT untuk mendapat satu perbicaraan yang adil dan saksama,” dedah Dr. Kalai panjang lebar.


Selain itu, walaupun terdapat beberapa tahanan dalam kes ini telah memenuhi syarat untuk mendapatkan jaminan iaitu mereka yang sakit, namun pemohonan ikat jamin masih ditolak.


“Perbicaraan bagi kes ini hanya akan berlangsung pada Julai hingga September 2024. Hal ini juga menyebabkan ramai keluarga yang hilang sumber pendapatan kerana kebanyakan OKT merupakan pencari nafkah yang tunggal dalam keluarga. Keluarga dibelenggu dengan kemiskinan, malah taraf kehidupan ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan ibu bapa yang uzur turut terjejas,” jelas Kalai.




Melalui Memorandum yang diserahkan, ahli-ahli keluarga berpendapat pemberian ikat jamin sangat penting berdasarkan kepada beberapa perkara berikut:


1. Rata-rata ahli keluarga mengalami masalah kewangan kerana hilang punca pendapatan.Ada diantara mereka menjaga ibu bapa  yang uzur dan bertanggungjawab sebagai pencari nafkah utama buat keluarga mereka.


2. Akaun bank tahanan SOSMA ini dibekukan tanpa mempunyai sebarang bukti kesalahannya. Notis pembekuan diberikan kepada keluarga hanya sebulan selepas pembekuan. Ini menyebabkan pemiagaan mereka terjejas kerana tiada modal untuk menjalankan perniagaan oleh ahli keluarga mereka.


3. Anak-anak mangsa tahanan SOSMA menghadapi masalah emosi dan sosial kerana bapa mereka tidak dapat bersama mereka untuk membimbing ke arah kesejahteraan keluarga.


Mereka yang bersekolah sering diejek dan dicaci serta dipinggirkan.

4 Hubungan suami isteri menjadi renggang dan berakhir dengan penceraian, Masa depan kedua-dua suami isteri musnah akibat perpisahan disebabkan tahanan dalam tempoh masa yang lama.

5. Orang awam sering mengutuk dan memandang rendah terhadap keluarga tahanan malah dilihat sebagal ancaman. Ahli keluarga terpaksa menanggung perasaan malu kerana tahanan dianggap sebagai pengganas negara.


“Kesimpulannya, kami ahli keluarga mangsa tahanan SOSMA berharap pihak Datuk Seri mengambil kira kesemua isu. Kami memohon pertimbangan dan Jasa baik pihak Datuk Seri untuk membebaskan tahanan mangsa SOSMA dengan kadar segera,” ujar Kalai bagi pihak keluarga tahanan SOSMA.


ANTARA ahli keluarga yang hadir pada sidang media 25 Julai lalu.


#SOSMA #SUHAKAM #Nambbikkai #MogokLapar #Tuntutan #AnwarIbrahim #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan