Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KFC MALAYSIA TAMPILKAN 24 ARTIS DI FESTIVAL MUZIK KEPCI DI TIGA NEGERI


PEJAM
celik, pejam celik, dah 50 tahun  rupanya rangkaian restoran makanan segera terkemuka - KFC berada di Malaysia.


Dan sejak itu, KFC Malaysia sudah berkembang dari sebuah restoran pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1973, ia kini sudah ada lebih daripada 770 restoren seluruh negara sekali gus menawarkan peluang pekerjaan kepada ribuan orang setiap tahun.


Tahniah KFC,  restoran kegemaran Kak Fas bila teringinkan ayam goreng ranggupnya.


Terkini, sempena menyambut hari jadinya yang ke-50, KFC Malaysia dengan bangganya mengumumkam penganjuran festival muzik ‘KEPCI 2023’ yang akan menampilkan lebih 40 pemuzik tempatan.


Ia dIjadualkan berlangsung di tiga buah lokasi meliputi Stadium Melawati, Shah Alam pada 26 Ogos 2023; Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Sabah pada 6 Oktober 2023 dan Stadium Larkin, Johor pada 21 Oktober 2023.



Dan menariknya barisan artis terdiri daripada yang baharu dan lama, yang popular mahu pun yang BBNU antaranya seperti Amy Search, Dato' Sri Siti Nurhaliza, Ella, Misha Omar, Bunkface, Bunga, COEX, DOLLA, Dalia Farhana, Estranged, Evelyn Feroza, Forceparkbois, Insomniacks, Luqman Podolski, Masdo, MK (K-Clique), SOG, Yonnyboii dan ramai lagi.


Penganjuran festival muzik ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa untuk setiap individu, tanpa mengira lapisan umur dan latar belakang yang telah menjadikan KFC sebagai teman hidangan mereka selama lebih lima dekad. 


Pelbagai acara akan berlangsung sepanjang hari, termasuk permainan dan persembahan kebudayaan, serta kemuncaknya konsert yang menjanjikan persembahan muzik yang hebat.


SITI Nurhaliza bersama Nehchal Khanna. Siti akan berada di Stadium Larkin Johor pada 21 Okt.

“Hari ini, kita meraikan memori 50 tahun yang penuh bersejarah – dari mencipta ruang pekerjaan, menikmati detik-detik yang diidamkan, membina kenangan istimewa sehinggalah meraikan kebahagiaan. Dengan itu, kami ingin menunjukkan rasa terima kasih kami kepada wira sebenar KFC, iaitu pelanggan kami. 


‘Merekalah yang membuka peluang untuk kami menjadi begitu dekat di hati mereka dan menjadikan KFC lebih hebat seperti hari ini. Jadi, sambutan ini khas untuk mereka dan negara, membuktikan nilai unik kita bersama Malaysia iaitu persahabatan, perpaduan dan kepelbagaian,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna pada majlis pelancaran ‘Festival Muzik KEPCI 2023’ yang berlangsung di Sunway Pyramid baru-baru ini.



Turut hadir Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaludin Ibrahim serta barisan artis terbabit yang tampil menandatangani poster ‘KEPCI 2023’ pada majlis berkenaan.


“Kami sedar bahawa KFC sangat dekat di jiwa dan minda rakyat Malaysia sebagai satu jenama yang sudah sebati dalam diri mereka sejak dari kecil lagi dan memilih untuk terus menikmatinya sehingga kini,” tambah beliau.


Sementara itu, Jamaludin Ibrahim (gambar bawah, tengah) melahirkan rasa bangganya KFC dapat menjadi sebahagian daripada budaya yang menyatupadukan rakyat Malaysia.



Sehubungan itu, jika anda sebagai pelanggan setia KFC dan ingin bersama turut serta menyaksikan Festival Muzik KEPCI 2023 mudah sahaja.


Pelanggan hanya perlu membeli mana-mana Set Kombo Festival Muzik KEPCI daripada restoran KFC atau melalui laman web atau aplikasi KFC dan lampirkan resit belian di www.kepcimusicfest.com.


Untuk menyaksikan sendiri kemeriahan Festival Muzik KEPCI 2023, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana Set Kombo Festival Muzik KEPCI daripada restoran KFC atau melalui laman web atau aplikasi KFC dan lampirkan resit belian di www.kepcimusicfest.com. untuk mendapatkan sekeping tiket.


Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Festival Muzik KEPCI 2023, boleh layari laman web rasmi KMF di www.kepcimusicfest.com atau layari laman Facebook KFC Malaysia di https://rb.gy/zyyee atau nak lebih mudah KLIK SINI.


Jadi jangan lupa meraikan detik indah bersama KFC 'hingga menjilat jari' pada Festival Muzik KEPCI 2023 nanti ya...



#KFCMalaysia #HinggaMenjilatJari #FestivalMuzikKEPCI2023 #SetKombo #Makan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan